BANYAK SOALAN TERBANGKIT BILA PM DEDAH DESAKAN CAMPURI URUSAN MAHKAMAH

Editorial

4 Ogos 2021

Tengah hari tadi, jam 12.30, bertarikh 4 Ogos 2021, Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutusan khas sebagaimana yang disiarkan dalam Buletin TV3 serta dapat juga ditonton melalui YouTube.

Amat menarik kandungan perutusan PM TS Muhyiddin yang dikasih rakyat itu kerana, terdapat pendedahan dan sindiran terhadap golongan tertentu yang didakwa mendesak beliau untuk mencampuri urusan mahkamah.

Muhyiddin menjelaskan bahawa golongan ini terperangkap dengan kes jenayah dan mahu PM membantu membebaskan mereka dengan menggunakan kuasa dan pengaruh sebagai seorang Perdana Menteri untuk mengubah keputusan mahkamah.

Kata TS Muhyiddin, “Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka, termasuklah desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas tuduhan mahkamah.”

Adakah oleh kerana Muhyiddin tidak mahu membantu mereka, lantas mereka telah isytihar tidak mahu lagi menyokong kepimpinan Muhyiddin?

Terdapat beberapa isu semantik (makna) yang boleh diangkat oleh oleh khalayak dan rakyat yang menonton video tersebut. Antaranya:

  • Golongan yang dimaksudkan pastilah pemimpin UMNO yang sedang menghadapi tuduhan pecah amanah dan rasuah.
  • Terdapat unsur-unsur menghina mahkamah daripada ucapan PM itu, kerana mahkamah boleh dikawal oleh kuasa eksekutif yang ditafsirkan sebagai pertindihan kuasa badan eksekutif dan badan kehakiman
  • Adakah golongan UMNO yang tidak mahu meninggalkan PN pada hakikatnya cuba berlindung di bawah kuasa eksekutif PM? Dengan alasan yang sama juga adakah golongan yang melompat parti untuk bersama dengan Bersatu ketika Mahathir berkuasa adalah kerana mereka mahu Mahathir masuk campur urusan Mahkamah? Kini setelah Mahathir jatuh, mereka membuntuti Muhyiddin pula kerana Muhyiddin kini lebih berkuasa berbanding Mahathir?
  • Mengapakah Muhyiddin memohon maaf kepada Tun Mahathir setelah dilantik sebagai PM, setelah Mahathir mendakwa Muhyiddin sebagai pengkhianat? Adakah Muhyiddin cuba merayu Mahathir supaya melindunginya daripada diheret ke mahkamah atas kes-kes tertentu? Sebagaimana dakwaan Tommy Thomas, janganlah mudah percaya bahawa Mahathir memusuhi Muhyiddin.
  • Bagaimana pula dengan dakwaan DS Anwar Ibrahim bahawa ada pemimpin UMNO yang tidak didakwa kerana rasuah setelah menyertai Bersatu semasa pentadbiran PH? Anwar juga mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin UMNO yang diheret ke mahkamah adalah mangsa kepada pendakwaan terpilih pentadbiran 22 bulan Tun Mahathir.
  • Nampaknya kes Lim Guan Eng, kes Rafizi Ramli, kes aktivis LTTE yang digugurkan, kes pembunuh anggota bomba Adib Kassim yang dibebaskan, kes rasuah Phang Li Koon dan beberapa lagi, adalah benar sebagai kes terpilih yang digugurkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas, kerana campur tangan kuasa eksekutif. Tidakkah rentetan daripada pendedahan Muhyiddin itu, telah mencemarkan imej mahkamah dan badan kehakiman negara?
This image has an empty alt attribute; its file name is image-25.png
  • Bagaimana pula dengan pendedahan MP Muar YB Syed Saddiq yang mendakwa orang kuat PM Muhyiddin mengugut beliau supaya parti MUDA menyokong PN jika mahu parti itu diluluskan pendaftarannya? Adakah dia juga mendesak PM supaya mencampuri urusan mahkamah?
This image has an empty alt attribute; its file name is image-26.png
  • Jika benar pemimpin UMNO itu telah mendesak PM untuk menggunakan kuasa eksekutif membantu membebaskan mereka, maka pastinya sudah lama mereka melompat ke Bersatu ketika Mahathir berkuasa. Tapi nampaknya mereka tidak melompat, baik ketika Mahathir berkuasa mahupun ketika Muhyiddin berkuasa.
  • Adakah kes Covid19 hari ini yang meningkat sehingga mengatasi 19,000 jangkitan harian dan tertinggi dalam sejarah, dengan kadar kematian harian juga tinggi, van-van mayat berderetan di hospital, kontena mayat diperlukan oleh hospital, mangsa covid19 dinasihatkan kuarantin sendirian di rumah, dan kes ‘Brought in Death’ meningkat tinggi, tiada kena-mengena dengan urus tadbir PN dan PM Muhyiddin?
  • Adakah tekanan hidup rakyat hari ini, yang ramai sudah jatuh miskin, hilang pekerjaan, kadar pengangguran yang meningkat, harga barang naik melambung di kawasan luar bandar, kes bunuh diri juga meningkat, dan fenomena bendera putih menjadi-jadi, adalah bukan merupakan gejala demerit kepada PN dan PM TS Muhyiddin yang dikasihi rakyat?

Maafkanlah sekiranya minda rakyat seperti kami tidak mudah menyerap masuk segala apa yang kami tonton, kerana kami dianugerahkan Allah untuk berfikir, dan tidak terus menerima apa-apa yang kami tonton kerana kami bimbang terdapat elemen fitnah dalamnya.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: