Editorial
3 Ogos 2021
Semalam 2 Ogos, Tun Mahathir telah menyatakan kekesalannya menyertai perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang yang diketuai oleh DS Anwar Ibrahim di Dataran Merdeka untuk mencanangkan bantahan mereka terhadap Sidang Khas Parlimen selama 2 minggu.
Mahathir seperti baru sedar bahawa perhimpunan sebegitu tidak sepatutnya diadakan kerana kurang penjarakan fizikal ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19 yang tinggi.

Dia mengaku bahawa soal SOP adalah sesuatu yang amat susah dipatuhi apabila sudah berada di khalayak ramai, dan dia mengakui dia telah melakukan kesalahan.
Tapi sebagaimana biasa, dia juga mahu dunia tahu, siapakah yang berani menahannya dan mengenakan kompaun kerana melanggar SOP PKP.
Hakikatnya dia menyesal kerana diasak untuk berdiri bersama di sebelah DS Anwar, musuh lama yang menjadi pesaingnya.
Mahathir yang sebelumnya bercadang untuk duduk di dalam kereta sahaja tanda sokongan tetapi telah terpengaruh dengan orang ramai untuk bersama-sama di barisan hadapan dengan DS Anwar.
Hari ini dia mengaku dia segera membuat saringan Covid19 dan mendapati ia adalah negatif.
Dia tidak sedar tempoh inkubasi virus Covid19 adalah 14 hari dan bukannya 24 jam.

Bagi pemimpin yang cerdik MP yang tamak kuasa seperti Anwar Ibrahim tidak perlulah berguling di jalan raya, kerana ia tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada lanskap poltik yang kini dipegang oleh TS Muhyiddin.
DS Najib Tun Razak, membidas golongan yang gemar sangat bergolek-golek di jalan raya, apabila dia memberikan rasional bahawa undian di Parlimen atau PRU yang boleh menentukan perubahan kuasa secara sah dan legitimate, bukannya demonstrasi murahan di tepi jalan.
Najib berpendapat, undian di Parlimen tidak boleh dinafikan oleh sesiapa termasuk Peguam Negara, Idrus Harun yang sebelum ini mengatakan Muhyiddin mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.
Atas rasional itulah DYMM Agong sudah empat kali bertitah agar Parlimen sambung bersidang dan Ordinan-ordinan Darurat dibahas (dan diundi) dalam Dewan, supaya ia boleh membuktikan sama ada Perdana Menteri memperoleh sokongan majoriti ke tidak.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, cukup hanya melakukan undian di Dewan Rakyat untuk membuktikannya tanpa perlu turun “berguling” di atas jalan raya ketika pandemik.
Kami percaya DS Anwar Ibrahim akan sentiasa membawa kalkulator ke mana sahaja dia pergi untuk mengira jumlah MP yang menyokongnya.
*****
Tinggalkan Jawapan