ISU BATAL OD DIBAWA KE PARLIMEN HARI INI, TAPI JALAN MASUK PARLIMEN DISEKAT

Editorial

2 Ogos 2019

Pada 27 Julai, Speaker beria-ia memberi jaminan bahawa isu pembatalan Ordinan Darurat (OD) akan dibawa dan dibincangkan pada hari Isnin 2 Ogos 2012, sebagai prosedur mematuhi peraturan Sidang Khas Parlimen.

Isu pembatatal OD tersebut telah dikejutkan oleh Menteri Undang-Undang, DS Takiyuddin Hassan pada hari pertama sidang iaitu 26 Julai, apabila dia mendedahkan bahawa kerajaan telah bersetuju membatalkan Ordinan Darurat berkuatkuasa 21 Julai 2021.

Pengumuman pembatalan OD serta tarikh kuatkuasa pembatalan yang diketerbelakangkan (backdated) telah mengundang kekecohan antara MP pembangkang dan kerajaan.

Lantas pada hari kedua sidang, Datuk Azhar Azizan Harun (Speaker Dewan), memberi jaminan isu pembatalan OD akan dibawa pada sidang hari Isnin, 2 Ogos.

Bukan itu sahaja, Speaker juga telah menegaskan bahawa Takiyuddin hendaklah bersedia menjawab semua persoalan yang telah dibangkitkan oleh MP pembangkang dan juga MP kerajaan, mengenai pembatalan OD.

Perkara aneh yang terbangkit ialah MP kerajaan sendiri tidak tahu-menahu tentang pembatalan tersebut, termasuk Timbalan Speaker DS Azalina Othman Said, sedangkan Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan duka cita DYMM Agong terhadap pembatalan OD yang tidak dibincangkan dalam parlimen.

Namun terbangkit juga persoalan, adakah MP UMNO sememangnya diketepikan daripada maklumat pembatalan itu, untuk menggambarkan betapa hinanya MP UMNO dalam minda kepimpinan Muhyiddin.

Keadaan menjadi bertambah kusut apabila pada hari ketiga Sidang Khas Parlimen, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan semua sesi mesyuarat di Parlimen, ditangguhkan selama dua minggu bermula 29 Julai bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Sudah pastilah penangguhan tersebut mendapat bantahan keras daripada MP pembangkang.       

                          

Pembangkang menyifatkan tindakan penangguhan itu langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, proses demokrasi berparlimen dan membelakangi kenyataan media Istana Negara.

Majlis Presiden PH membantah keras terhadap keputusan Muhyiddin menangguhkan sidang khas hari ini, Isnin 2 Ogos walaupun jumlah kes positif membabitkan Parlimen hanya 0.9 peratus setakat 29 Julai.

Mereka juga mendesak TS Muhyiddin Yassin dan seluruh jemaah menteri meletakkan jawatan secara terhormat.

Kenyataan Majlis Presiden PH turut disertai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; Pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; ahli Parti Sarawak Bersatu, Baru Bian dan ahli parlimen Bebas Maszlee Malik.

Secara kasar, nampaklah sangat TS Muhyiddin Yassin cuba lari daripada berdepan dengan pelbagai persoalan dan perdebatan daripada pihak pembangkang dalam Sidang Khas Parlimen itu dengan menggunakan Covid19 sebagai senjata.

Namun, bagaimanakah sekiranya hakikat serangan Covid19 yang sudah menyerap masuk ke parlimen adalah benar?

Menurut KP Kesihatan, TS Dr Noor Hisham Abdullah, sidang Parlimen adalah perhimpunan berisiko tinggi untuk penularan wabak itu kerana dewan Parlimen yang bertutup, meningkatkan risiko jangkitan memandangkan Covid19 menular melalui udara.

Perkongsian kemudahan asas seperti tandas, surau, kafe dan sebagainya oleh ramai individu termasuk kes, penjarakan fizikal dalam dewan yang kurang satu meter antara satu sama lain walaupun ada penghadang meja, dan perkumpulan kecil kerap berlaku di dalam serta luar dewan.

Selain itu, ramai dalam kalangan yang hadir ke parlimen adalah dalam kategori warga emas yang meningkatkan risiko jangkitan.

Hari ini, Isnin 2 Ogos, pihak PDRM tanpa kompromi telah mengadakan sekatan keras pada jalan masuk ke parlimen.

Terdapat beberapa Ahli Parlimen daripada DAP, antaranya RSN Rayer dan Teresa Kok yang cuba masuk, tetapi dihalang oleh pihak PDRM.

Tidaklah hairan sekiranya ada persepsi Covid19 dijadikan sebagai senjata oleh Muhyiddin untuk menyelamatkan diri daripada menghadapi perdebatan dan mungkin juga tindakan usul ‘undi percaya’ apatah lagi ‘undi tidak percaya’.

Segala persepsi, putar-belit baik ahli politik mahupun media adalah terletak kepada paradigma penilaian,dan minda rakyat sendiri.

Walau bagaimanapun kekuatan serangan varian Delta Covid19 adalah 1,200 kali lebih gagah dan kuat daripada virus biasa Covid19.

Fikirkanlah.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: