PH HIPOKRIT, JANGAN CUBA JADI PEMBELA DOKTOR KONTRAK

Editorial

31 Julai 2021

Isu hartal doktor kontrak adalah sesuatu yang memilukan penjawat awam negara.

Mereka berkorban nyawa untuk menyelamatkan mangsa Covid19, bersama-sama dengan frontliners yang lain.

Malangnya masyarakat awam tidak tahu layanan ‘double standard’ yang diberikan kepada mereka dalam konteks perjawatan seperti gaji, cuti dan kemudahan lain.

Di tengah-tengah permasalahan perjuangan doktor kontrak itu, rakyat melihat tokoh politik pembangkang seperti DAP, PKR dan Pejuang cuba berlagak dengan hipokrasi mereka untuk membela pegawai-pegawai kontrak itu.

Mereka cuba memperbodohkan rakyat di parlimen, untuk bangun sebagai pembela, wira dan berdiri bersama-sama doktor kontrak.

Rakyat yang peka pasti tidak lupa, sewaktu Tun Mahathir, Tony Pua, Lim Guan Eng, DS Anwar Ibrahim, dan konco-konco pembohong dan janji palsu dalam PH, telah menjadi musuh penjawat awam semasa mereka berkuasa selama 22 bulan.

Anwar dan Mahathir cuba menunjukkan empati mereka ketika Sidang Khas Parlimen, terhadap doktor kontrak yang hakikatnya juga adalah penjawat awam. Bagaimana pula dengan penjawat awam kontrak yang lain pula?

Semuanya bermula ketika Mahathir dengan wawasan genjotnya semasa menduduki kerusi Perdana Menteri yang mensasarkan nisbah doktor dan populasi negara setaraf dengan dengan negara maju yang lain.

Ketika itulah wujudnya banyak universiti awam dan swasta yang menawarkan pengajian perubatan dan kemudiannya berlaku lambakan graduat perubatan.

Dengan rasukan wawasan genjot itu jugalah kerajaan terpaksa mewujudkan sistem perjawatan kontrak sehingga meleret ke era Tun Abdullah Badawi, DS Najib dan PH.

Tetapi PH yang didominasi oleh parti cauvinis Cina DAP amat benci kepada penjawat awam yang majoriti besarnya terdiri daripada kaum Melayu.

Kontradiknya, menurut Datok Dr Asyraf Wajdi, PH merupakan pihak yang memasyhurkan Dasar Pengurangan Penjawat Awam setelah PH berjaya memenangi PRU14 dengan kempen yang penuh pembohongan dan janji palsu.

PH juga yang memberhentikan ramai pekerja-pekerja sektor awam berstatus kontrak selain menarik balik elaun kritikal Pegawai Perubatan.

Kata Dr Asyraf, “Ini merupakan sebahagian perjuangan DAP-PH yang secara konsisten sebelum menjadi kerajaan mendakwa Kerajaan terlalu dibebankan dengan jumlah penjawat awam yang ramai.”

Lantas ketika PH berkuasa mereka tampil dengan agenda dan strategi memberhentikan pekerja kontrak dalam perkhidmatan awam.

Semasa zaman Mahathir yang terkenal dengan sikap diktatornya serta strategi Gestapo, siapakah yang berani mengadakan demonstrasi seperti hartal doktor kontrak, kecuali mereka yang tidak gentar dikenakan tindakan tahanan ISA.

Lihatlah apa yang berlaku semasa ‘operasi lalang’ 1987 apabila lebih seratus pemimpin pembangkang, aktivis sosial dan wartawan ditahan di bawah ISA.

Malahan Mat Sabu, Lim Kit Siang, mendiang Karpal Singh, Lim Guan Eng, DS Ibrahim Ali, dan ramai lagi disumbat ke pusat Tahanan Kemunting di bawah Akta ISA.

Hari ini, hipokritnya Mahathir, Anwar dan konco-konconya yang hanya berdiam diri ketika DAP bermaharajalela melaksanakan misi menamatkan kontrak kakitangan awam, tetapi berdiri di parlimen kononnya membela doktor kontrak.

Sumber: Blog Jaringan Semasa

Ketika mengetuai PH, Mahathir juga pernah tampil membuat kenyataan mengugut kakitangan kerajaan, bukan hanya guru, agar menjauhkan diri daripada politik dan pembangkang.

Ketika itu masakan Mahathir berani menentang tokoh-tokoh DAP kerana parti PPBM-nya hanyalah parti melukut di tepi gantang yang hanya menumpang ikhsan DAP demi menjaga kedudukannya sebagai PM. Malahan dia mengaku sebagai ‘Perdana Menteri boneka’. Siapakah tuan boneka itu?

Anwar pula pasti akan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai jawatan dalam kabinet PH, sedangkan rakyat tahu, MP PKR daripada kalangan kaum Melayu juga sedikit, manakala MP yang bukan-Melayu dalam PKR lebih cenderung menyokong DAP.

Lim Kit Siang pada 24 Oktober 2013, pernah berkata “Kakitangan awam negara tertinggi di dunia” untuk mewajarkan DAP membuang 700,000 kakitangan awam.

Dalam Sinchew Daily News pada 1 November 2011, Tony Pua pula dengan megahnya berjanji, jika pembangkang dapat perintah kerajaan pusat, maka satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” akan dilaksanakan bagi mengurangkan kakitangan awam pada setiap tahun.

Mengapakah parti cauvinis Cina DAP benci sangat terhadap kakitangan awam? Tidak lain dan tidak bukan kerana majoriti besar kakitangan awam adalah berbangsa Melayu.

Cubalah lihat, siapakah yang mengepalai hartal doktor kontrak, tidak lain dan tidak bukan adalah kaum Melayu dalam kalangan kesatuan doktor kontrak itu.

Lantas, rakyat janganlah tertipu dengan tingkah hipokrit Mahathir serta pemimpin PH yang cuba menjadi juara membela doktor kontrak sedangkan mereka inilah musuh penjawat awam yang sebenarnya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: