PM BELA TINDAKAN BATAL OD TAPI PEGUAM, AHLI AKADEMIK KUTUK TINDAKAN, MANAKALA DYMM AGONG AMAT DUKA CITA

Editorial

30 Julai 2021

Rakyat jelata yang ada akal yang waras dapat lihat dengan nyata kesalahan kerajaan PN dalam isu pembatalan Ordinan Darurat (OD).

Mungkin rakyat tidak tahu konsep dan prosedur undang-undang, namun apabila peguam, ahli politik yang terdiri daripada pakar undang-undang, tokoh akademik dan penganalisis politik dengan terbuka mengkritik Perdana Menteri dan Menteri Undang-Undang bahawa tatacara pemakluman pembatalan OD adalah salah dan diterjemahkan sebagai biadab terhadap DYMM Agong, adakah rakyat masih mahu membela TS Muhyidin dan konco-konconya dalam kabinet?

PN atau Muhyiddin ditanggapi cuba bersembunyi dan mempergunakan OD untuk elak sidang parlimen supaya mereka terselamat daripada usul undi tidak percaya kepada PM.

Malahan OD menjadi senjata kepada PN kononnya untuk menyelamatkan nyawa rakyat, sedangkan sejak OD, PKP2.0 dan PKP3.O dilaksanakan, pandemik Covid19 terus naik mendadak kepada angka tertinggi dan direkodkan sebagai antara tertinggi di dunia mengikut kadar per juta penduduk.

Lantas, benarkah proklamasi Darurat beserta pelaksanaan Ordinan Darurat bermatlamat untuk menyelamatkan nyawa rakyat?

Bagi penganalisis politik kuatkuasanya OD adalah untuk menyelamatkan PN dan tindak-tanduk kepimpinan Muhyiddin dalam mengendalikan kewangan negara serta tanggapan untuk kesinambungan hayat PN sendiri.

JIka Pejabat PM dan Muhyiddin mendakwa mereka benar, bagaimanakah pula dengan watikah daripada Istana Negara yang menzahirkan rasa amat duka cita DYMM Agong terhadap kenyataan DS Takiyuddin Hassan pada hari pertama Sidang Khas Parlimen itu?

Takiyuddin juga mempunya rekod laporan polis terhadap dakwaan penderhakaannya terhadap DYMM Agong Sultan Muhamad V dan kini DYMM Agong Sultan Abdullah.

Adakah Pejabat PM mahu menegakkan benang yang basah, atau mereka berdiri pada pihak yang benar?

Menambahkan kemelut apabila isu pembatalan OD diklasifikasikan sebagai krisis perlembagaan.

Rakyat kini keliru, yang manakah benar?

Di sebalik itu semua, ada yang membuat kesimpulan bahawa PN dan Muhyiddin tidak akan mengaku salah demi kelangsungan survival politik mereka.

Bagi sebelah pihak lain, kedudukan PN hendaklah dipertahankan daripada kuasa pemerintahan jatuh kepada DS Anwar Ibrahim dan sekaligus DAP yang menjadi kebencian rakyat Melayu.

Tetapi yang jelasnya Takiyuddin sememangnya bermulut biadap dan memalukan PAS sebagai parti yang mendukung prinsip agama suci Islam.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: