Editorial
29 Julai 2021
Sesiapa sahaja dalam kalangan rakyat amat marah dengan pembohongan Menteri Undang-Undang, DS Takiyuddin Hassan setelah dia mengatakan bahawa Ordinan Darurat 2021 telah dibatalkan semasa Sidang Khas Dewan pada 26 Julai 2021 lalu.
Kata Takiyuddin, “Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak akan menasihati DYMM Agong untuk mengisytiharkan proklamasi Darurat baharu apabila tamat pada 1 Ogos 2021.
“Kerajaan telah buat keputusan berdasarkan kepada Perkara 150 (3) untuk membatalkan semua ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat ini.”
Terdapat dua perkara utama yang diumumkan oleh Takiyuddin.
Pertamanya Kerajaan Persekutuan telah membatalkan Ordinan Darurat 2021 sedia ada berkuatkuasa pada 21 Julai 2021 dengan mendakwa mendapat perkenan DYMM Agong.
Keduanya, Kerajaan Persekutuan tidak akan mendapatkan perkenan DYMM untuk memproklamasikan Ordinan Darurat baharu pada 2 Ogos setelah ia tamat pada 1 Ogos 2021 ini.
Kontradiknya pagi ini 29 Julai 2021, Istana Negara telah mengeluarkan satu Kenyataan Media bahawasanya DYMM Agong menzahirkan rasa amat duka cita dengan kenyataan Takiyuddin di parlimen pada 26 Julai 2021 bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat, walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.
Daripada watikah kenyataan media oleh Istana Negara, maka jelaslah bahawa PN melalui Menteri Undang-Undang DS Takiyuddin Hassan telah memperdaya rakyat dan seluruh ahli parlimen pada 26 Julai yang lalu dengan kenyataannya sebagaimana dirakamkan.
Lebih menyanyat hati rakyat, kerajaan sedia ada melalui Takiyuddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa Proklamasi Darurat baru akan dilaksanakan pada 2 Ogos setelah status Darurat sedia ada tamat pada 1 Ogos sebagaimana diperkenan oleh DYMM Agong.
Kenyataan Takiyuddin pada 26 Julai di Parlimen yang menyebut “Kerajaan Persekutuan tidak akan mendapatkan perkenan DYMM untuk memproklamasikan Ordinan Darurat baharu pada 2 Ogos setelah ia tamat pada 1 Ogos 2021 ini,” boleh diterjemahkan sebagai satu kenyataan biadab yang cuba menidakkan kuasa DYMM Agong dalam hal mendapatkan perkenan Baginda terlebih dahulu sebelum dilaksanakan Proklamasi Darurat yang baharu.


Persepsi kebiadaban Takiyuddin terhadap DYMM Agong bukanlah satu perkara yang baharu kerana sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat ke atasnya apabila dia berdolak-dalik dengan titah-perintah Baginda supaya sidang parlimen diadakan segera.
Pada Mei 2019, Takiyuddin juga telah dibidas hebat oleh beberapa ahli politik kerana ditanggapi sebagai menghina DYMM Sultan Muhamad Ke-5 setelah Baginda memberikan pengampunan penuh kepada DS Anwar Ibrahim.
Beberapa laporan polis juga telah dibuat ke atas Takiyuddin berkaitan dengan kenyataannya itu.
Adakah pemimpin sebegini layak mewakili parti PAS yang selama ini ditanggapi sebagai sebuah parti pimpinan ulama Islam?
Pastinya umat Islam kesal dengan pemimpin sedemikian, yang partinya hebat bercakap tentang agama, tetapi setelah beroleh kuasa, terbongkar sikap biadabnya.
******
Tinggalkan Jawapan