SELANGOR BUKAN SAHAJA JUARA COVID19 TETAPI JUGA JUARA RASUAH – HISHAM JALIL

Rencana Sisipan

29 Julai 2021

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila mengetahui terdapat beberapa pegawai kerajaan di Selangor terlibat kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan di negeri tersebut.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, baginda menegaskan sesiapa pegawai kerajaan di Selangor didapati bersalah terlibat dalam aktiviti rasuah atau pecah amanah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Mana-mana pegawai kerajaan dan ahli politik yang dikurniakan darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor dan didapati melakukan kesalahan rasuah, maka kurniaan tersebut akan ditarik balik.

Ketua Penerangan BN Selangor Hisham Jalil telah menyambut baik dan menjunjung titah DYMM Sultan Selangor tersebut.

Hisham menyokong penuh titah DYMM melalui komentar beliau sebagaimana berikut.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-206.png

Sebelum ini saya telah kata bahawa dalam tiga penggal kerajaan PKR/DAP/PH memerintah negeri Selangor, kes rasuah banyak berlaku di negeri ini.

Banyak laporan kepada pihak berkuasa telah dibuat oleh rakyat.

Semasa saya di Pejabat Perdana Menteri dahulu, saya ada data-data ini.

Hari ini DYMM Sultan Selangor telah membuat teguran.

Empat tahun lepas saya juga pernah kata bahawa Selangor adalah juara rasuah di Malaysia, walaupun ahli-ahli politik kerajaan negeri cuba menutup hakikat ini dengan membangkitkan kes-kes rasuah orang lain di parti lawan terutama dari UMNO, padahal PKR/DAP/PAN/PPBM/PH sendiri banyak terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa apabila mereka mendapat kuasa.

Rasuah ini tidak kira bangsa atau umur tua muda, ia bergantung kepada prinsip hidup dan pegangan moral.

Menteri muda PH sebelum ini iaitu Syed Saddiq pun yang baru tidak sampai dua tahun dapat kuasa, sudah terpalit dengan kes salah guna kuasa berjuta ringgit.

Kegiatan rasuah penjawat awam banyak berpunca dari ahli politik.

Jika ahli politik pun kotor dan makan rasuah, bagaimana ingin diharap penjawat awam di bawah mereka pula untuk jadi bersih?

Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga tidak cekap mentadbir, dengan isu asas seperti masalah air pun tidak dapat diselesaikan, pencemaran berleluasa, rumah mahal dan sebagainya, walaupun cukai-cukai di Selangor telah dinaikkan beberapa kali dan cukai negeri yang paling tinggi di Malaysia.

Sebab itu saya tidak terkejut bila Selangor jadi ‘juara’ jangkitan COVID-19, sebab sebelum ini juga kerajaan negeri Selangor ‘juara’ pelbagai masalah utama di Malaysia akibat ketidakcekapan kerajaan negeri.

Sebelum ini untuk ambil tindakan tegas kepada kilang-kilang haram yang buat pencemaran sungai pun kerajaan negeri Selangor tidak berani.

Oleh itu apalah nak diharap untuk mereka ambil tindakan kepada kilang-kilang bukan haram yang menjadi punca COVID-19 kini.

Menteri Besar Selangor yang sebelum ini pun banyak terkait dengan tuduhan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa berkenaan isu tanah, isu air dan sebagainya, kini Menteri Besar ini telah jadi Menteri Kanan Persekutuan yang jaga kilang.

Legasinya ditinggalkan kepada anak buahnya yang jadi Menteri Besar Selangor sekarang.

Selepas tiga penggal kerajaan PKR/DAP/PH memerintah negeri Selangor, banyak masalah timbul dan tidak selesai dan rasuah semakin berleluasa.

Banyak rakyat di Selangor tinggal di kawasan bandar dengan komitmen kewangan dan bank yang tinggi.

Apabila COVID-19 melanda, saya lihat rakyat Selangor lah yang paling tertekan sekali, dengan paling ramai yang hilang kerja.

Mungkin sebab itu juga yang paling ramai bunuh diri adalah di Selangor.

Kita perlu ubah keadaan ini. Mungkin kali ini tiba masa untuk kita tukar sekali lagi kerajaan negeri Selangor ini.

ISHAM JALIL

28 Julai 2021

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: