Video kiriman pembaca
28 Julai 2021
Kami terasa amat hiba, takut dan mengharukan apabila menonton video yang dikirim oleh pembaca blog menunjukkan van mayat berderet-deret di hadapan rumah mayat sebuah hospital.
Kematian itu adalah satu kepastian, namun keadaan yang sebelum ini tidak pernah berlaku, telah menjadi satu mimpi ngeri kepada rakyat.
Kami percaya bahawa video deretan van mayat atau jenazah (setelah mayat umat Islam dimandikan) adalah fenomena yang kini lumrah di kawasan tertentu akibat serangan pandemik Covid19.
Bayangkanlah apabila jumlah kumulatif jangkitan Covid19 di seluruh negara sudah melangkaui jumlah 1 juta. Ini bermakna dalam jumlah 32 orang, seorang akan dijangkiti Covid19.
Jumlah kematian kumulatif adalah 8,408 setakat semalam 27 Julai 2021, dan jumlah kematian harian ialah 207, satu jumlah tertinggi dalam rekod pandemik Covid19 di negara kita.
Angka-angka tersebut hanyalah statistik, sebaliknya kisah-kisah mikro rakyat amat memilukan dan menyanyat hati.


Situasi yang dipertontonkan hanyalah satu episod di sebuah hospital kerajaan. Bagaimanakah pula dengan situasi di hospital-hospital lain.
Semoga Allah melindungi kita semua. Jauhkanlah diri daripada maksiat dan kebencian Allah, sebaliknya dekatkanlah diri pada Allah.
******
Tinggalkan Jawapan