MP DAP TIDAK TAHU HORMATI AGAMA ORANG LAIN

Editorial

27 Julai 2021

MP DAP adalah contoh terbaik bagi mewakili ahli-ahli parlimen yang tidak bertamadun.

Golongan pemimpin DAP ini langsung tidak menghormati atau sebenarnya mereka memang tidak tahu menghormati majlis yang lazim bagi umat Islam memulakannya dengan surah Al-Fatihah.

Di Dewan Rakyat semalam, ketika Perdana Menteri yang menyeru agar semua ahli Dewan bertafakur serta membaca Al-Fatihah kepada mangsa COVID-19, golongan yang tidak bertamadun ini menjerit-jerit bagaikan dirasuk pelesit. 

Adakah mereka cuba menjadi wira kepada kaum bukan-Islam dengan sikap mereka yang tidak menghormati ahli-ahli parlimen Islam yang lain dalam Sidang Khas Parlimen itu.

Umat Islam yang sedang memerhatikan siaran langsung sidang khas itu semalam berasa amat marah dan kecewa dengan sikap beberapa MP DAP yang menjerit-jerit ketika PM TS Muhyiddin Yassin membacakan surah suci Al-Fatihah.

Isu marahkan Muhyiddin sebagai PM yang dikatakan gagal dalam urus tadbir negara adalah isu lain, tetapi tingkah-laku MP DAP yang diterjemahkan sebagai biadap oleh umat Islam hendaklah mereka peka.

Adakah pemimpin dan parti sebegini yang boleh digantung harap oleh umat Islam untuk menerajui negara?

Selama 22 bulan PH memerintah negara dengan mengangkat DAP sebagai parti dominan yang menguasai tampuk kuasa, rakyat telah melihat sikap rakus mereka bagaikan hyena yang lapar memburu bangkai.

Pemimpin seperti Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim yang dimitoskan sebagai hebat pun tidak terdaya mengawal sikap pelahap politik atau apa yang dikatakan dalam bidalan Inggeris sebagai ‘political animal’ seperti mereka.

Kemudiannya MP DAP membuat ‘name-calling’ atau melabelkan Speaker Dewan sebagai ‘lapdog’ atau anjing kesayangan kerajaan.

Pemimpin biadap ini tidak peka terhadap konsep anjing bagi orang Melayu-Islam.

Pengerusi Biro Agama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Shabudin Yahaya menggesa ahli parlimen terbabit memohon maaf kepada Perdana Menteri serta seluruh rakyat Malaysia.

Tidak payahlah hendak mohon maaf, kerana golongan ini akan ulang balik apa yang telah mereka lakukan walaupun berkali-kali mereka dimaafkan.

Terdapat tokoh pemimpin DAP yang sudah terkenal dengan maki-hamun ketika berucap.

Maki-hamun dan menghina orang lain yang tidak sehaluan dengannya adalah zikir pada diri mereka.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: