AZMIN PALING DIBENCI NETIZEN – DAPATAN KAJIAN

Dr. Mamat Desa

27 Julai 2021

Satu kajian yang dijalankan KLSAI melalui metode pengumpulan data ‘web crapping’ dalam ciapan Twitter mendapati bahawa tokoh politik yang paling tinggi dalam konteks sentimen negatif pada pengguna Twitter adalah DS Azmin Ali (90.63%), diikuti Muhyiddin Yassin (75.56%), Mahathir Mohamad (65.6%) dan Anwar Ibrahim (15.75%).

Bagi dapatan kepimpinan mengikut parti pula, kepimpinan PAS didapati paling tinggi, dikuti oleh UMNO dan PH.

Sejumlah 300 ribu ciapan yang berkaitan dengan politik telah dikutip daripada siaran ciapan Twitter dan analisis dibuat untuk mengsintesiskan sentimen negatif melalui bahasa dan semantiknya (makna kata) terhadap tokoh dan kepimpinan yang berkenaan.

Mungkin ada tokoh politik yang tidak peka terhadap sensitiviti serta sentimen rakyat, namun rakyat sentiasa memerhati dan menilai peranan dan tingkah-laku mereka.

Secara kasarnya kajian tersebut telah memberikan gambaran kasar tentang kebenarannya dalam kalangan rakyat hari ini.

Lihatlah apa yang berlaku terhadap data Covid19 yang ramai mengaitkannya dengan Menteri MITI, DS Azmin Ali dalam isu jangkitan Covid19 melalui kluster tempat kerja, terutamanya sektor perkilangan.

Anehnya Azmin tidak pernah mahu menerima hakikat data tersebut, dan masih mempertahankan sektor perkilangan.

Setelah Ordinan Darurat dipergunakan untuk kelangsungan kuasa politik PN, rakyat telah menyuarakan sentimen mereka melalui media sosial.

Meskipun kajian ini sekadar menggunakan Twitter, namun dipercayai, keadaan yang hampir sama terdapat dalam FB.

Antara sentimen yang dibangkitkan adalah isu hilangnya pemimpin PN di Sabah setelah mereka memenangi PRN pada 26 September lalu.

Isu ini di samping meningkatnya serangan dan jangkitan Covid19, menjadikan sentimen negatif terhadap kepimpinan PN bertambah teruk.

Antara perincian yang dibuat adalah tentang sentimen netizen yang mengharapkan seorang pemimpin yang dekat di hati rakyat dan bukannya sekadar sebagai Perdana Menteri.

Dalam isu berkaitan Tun Mahathir pula, netizen amat marah apabila mereka menuduh beliau sebagai punca utama kepada ‘Langkah Sheraton’ pada Februari tahun lalu yang membawa kepada kejatuhan PH.

Satu perkara yang dipersoalkan, kenapakah nama DS Najib Razak tiada dalam kajian? Adakah pihak penyelidik cuba menyembunyikannya?

Walau bagaimanapun kesimpulan yang dibuat oleh pihak penyelidik ialah sekiranya PRU diadakan dalam waktu terdekat, pastinya Muhyiddin dan partinya akan tumbang.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: