TUN M ADA AGENDA TERSEMBUNYI DENGAN JANJI SELESAIKAN ISU COVID19

Oleh Dr Mamat Desa

23 Julai 2021

Tun Mahathir mencanangkan bahawa dia bersedia tinggalkan Pejuang demi menyelamatkan negara daripada Covid19.

Dia yang merupakan pengasas PPBM telah meletakkan jawatan kerana hilang sokongan dalam kemelut perebutan kuasa dengan DS Anwar Ibrahim, dan kini menubuhkan parti baharu Pejuang yang hanya baru beberapa hari sahaja diluluskan pendaftaran oleh RoS.

Minggu lalu, Mahathir yang merupakan Pengerusi Pejuang, manakala anaknya DS Mukhriz sebagai Presidennya, telah mencanangkan kesanggupannya untuk meninggalkan Pejuang demi menyelesaikan masalah pandemik Covid19 yang sedang menyerang negara.

Beberapa minggu lalu Mahathir cuba menyampaikan hasratnya untuk menerajui MAGERAN dan sekiranya diwujudkan MAGERAN maka sekaligus kerajaan PN terpaksa digantung manakala proklamasi Darurat akan dilanjutkan.

Beberapa pemimpin politik, menyindir Mahathir yang nampaknya terdesak untuk melampiaskan nafsu peribadinya dengan cara mendapatkan semula kuasa memerintah negara melalui MAGERAN.

Presiden PAS, Haji Hadi Awang turut menyindir pemimpin PH yang telah gagal menguruskan negara dengan baik, dan gagal melaksanakan janji dalam manifesto, sebaliknya kini berjanji pula untuk menguruskan usaha menangani Covid19.

Pastinya sindiran Hadi adalah tertuju kepada Mahathir, yang sewajarnya dan sebagaimana dia ucapkan berkali-kali, meninggalkan dunia politik dalam usia yang sudah melampaui 96 tahun.

Apakah maksud Mahathir,”saya sedia letak jawatan dalam Pejuang” semasa diwawancara oleh Harith Iskandar?

Mahathir menyatakan bahawa dia mahu berhenti daripada politik dan memberikan fokus kepada isu pandemik Covid19.

Anehnya Mahathir juga telah meluahkan lagi sekali niat hatinya bahawa partinya berminat “jika kerajaan menubuhkan sebuah badan seperti MAGERAN.”

Dia cuba menyakinkan khalayak dengan mengambil contoh tindakan AlMarhum Tun Abdul Razak.

Kata Mahathir, “Tun Razak yang dilantik Tunku Abdul Rahman ketika itu menyelesaikan masalah, diberi kuasa penuh. Saya ingin berkhidmat kepada usaha menyelesaikan masalah tanpa bermain politik.”

Tidak lain yang disimpulkan oleh penganalisis politik negara, kecuali bahawasanya Mahathir telah hilang keyakinan terhadap Pejuang.

Dia tidak akan dapat apa yang dicita-citakannya daripada Pejuang, kerana Pejuang tidak bertaring, sebagaimana UMNO, PAS dan PKR.

Jalan terbaik baginya mendapatkan kembali kuasa ialah dengan mengepalai MAGERAN dalam keadaan politik negara disekat oleh proklamasi Darurat.

Jelaslah, pemimpin yang telah diperakui dunia sebagai salah seorang diktator terkenal dunia, kini mahu memegang kuasa negara buat kali ketiga.

Benarkah dia mahu menghapuskan Covid19, atau inilah sahaja jalannya bagi dia menghapuskan musuh politiknya di sekeliling pinggang, dan dia akan terus mempergunakan Peguam Negara, SPRM dan segala yang ada di bawah kuasanya sekiranya dialantik mengetuai MAGERAN.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: