TAKIYUDDIN BOHONG TENTANG KEBERKESANAN DARURAT

Dr Mamat Desa

18 Julai 2021

Pada 17 Jun lalu, Menteri Undang-Undang, DS Takiyuddin Hassan menghebahkan bahawa pelaksanaan proklamasi darurat sejak 11 Januari 2021 lalu telah terbukti membawa kejayaan besar dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Takiyuddin, masa itu nampaknya amat optimistik bahawa tiada pihak boleh menafikan bahawa proklamasi darurat sejak 11 Januari lalu, berjaya mengekang peningkatan kes COVID-19 daripada mencecah puluhan ribu sehari.

Kata Takiyuddin, “Banyak perkara diselesaikan (dalam tempoh darurat dilaksanakan). Walaupun jumlah kes masih banyak, kalau tiada darurat ia mungkin lebih banyak. Jangan dinafikan.”

Pada 17 Jun semasa Takiyuddin mengeluarkan kenyataan optimisnya terhadap proklamasi Darurat, jumlah kes jangkitan adalah 5,738 dan 60 kes kematian.

Semalam 17 Julai, setelah sebulan berlalu dan Darurat masih berkuatkuasa, kes jangkitan Covid19 adalah 12,528, manakala jumlah kematian adalah 138, dan hari ini 18 Julai, jumlah kematian adalah 153, tertinggi dalam rekod KKM sejak Covid meletus,

Malahan pada 15 Julai jumlah kes jangkitan adalah 13,215 kes dengan jumlah kematian harian ialah 110.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-114.png

Hujah Takiyuddin, “Walaupun jumlah kes masih banyak, kalau tiada darurat ia mungkin lebih banyak.”

Katakan pada 17 Jun itu, jumlah kes adalah 100,000 dengan 10,000 kematian, adakah Takiyuddin masih akan berkata, “Walaupun jumlah kes masih banyak, kalau tiada darurat ia mungkin lebih banyak.”

PM TS Muhyiddin Yassin beberapa minggu lalu berkata, seandainya jumlah kes jangkitan harian adalah 13,000 maka negara akan menghadapi masalah yang besar apabila hospital dan rumah mayat tidak dapat menampung pesakit serta ruang simpanan mayat.

Situasi yang disuarakan oleh TS Muhyiddin itu telah benar-benar berlaku.

Lihatlah bagaimana pihak hospital merintih mendapatkan kontena simpanan mayat, dan pihak penggali kubur di perkuburan Shah Alam terpaksa menyediakan 25 liang lahad semalam untuk 25 jenazah yang mati akibat Covid19.

Ia ibarat mengebumikan mangsa perang!

Itupun belum lagi dibicarakan tentang pusat pembakaran mayat dan jumlah kadar bunuh diri kerana depresi ekonomi keluarga, serta banyaknya bendera putih yang tergantung di kawasan ‘urban poor’ atau miskin bandar, apatah lagi penderitaan rakyat desa dan pedalaman.

Inikah kejayaan proklamasi Darurat?

Lantas apakah objektif perangkaan yang diletakkan oleh Takiyuddin dalam hal pelaksanaan Darurat.

Kenapa Takiyuddin tidak katakan bahawa proklamasi Darurat itu untuk mengekang gangguan politik dan bukannya langkah yang dijamin berkesan bagi mengatasi Covid19.

Sudah terang lagi bersuluh, Takiyuddin hanya memetingkan politik, khususnya untuk mengelak sidang parlimen supaya segala tindakan kerajaan hanya ditentukan oleh kabinet Muhyiddin tanpa perlu ada tindakan ‘semak dan imbang’.

Dari aspek pragmatik dengan merujuk kepada statistik, sudah terang lagi bersuluh, proklamasi Darurat tidak langsung berkesan untuk menyekat Covid19 baik untuk PKP2.0 mahupun PKP3.0 yang ditambah lagi dengan ‘total lockdown’ tiga suku masak.

Kadar kebolehjangkitan R naught telah naik kepada 1.18 semalam melebihi 1.0 sebagai tahap neutral yang menunjukkan bahawa pola jangkitan baharu sedang meningkat naik.

Jelaslah bahawa hujahan Takiyuddin hanyalah retorik politik semata-mata, untuk menutup pekung politik yang amat busuk dalam PN, apabila proklamasi Darurat sebenarnya langsung tidak berjaya.

Kalau Takiyuddin hendak menyekat PRK di Sabah, tak payahlah guna Proklamasi Darurat, cukup dengan perintah SPR dan Ketua Menteri.

Apa yang diterjemahkan sebagai agen penyumbang kepada penularan Covid adalah kebenaran kilang-kilang beroperasi, serta kluster tempat kerja yang lain. Malahan semasa perayaan Aidil Fitri yang lalu, kerajaan telah membenarkan pergerakan merentas negeri.

Semua inilah yang menjadi faktor peningkatan jangkitan Covid19 yang menolak keberkesanan status Darurat.

Malahan proklamasi Darurat juga telah merencatkan perkembangan ekonomi. Mana ada pelabur asing yang hendak tunggu jika negara sudah berstatus Darurat?

Kontradiknya Darurat hanya berjaya mengekang sidang parlimen, dan membenarkan kerajaan menutup segala kegenjotan urus tadbir tanpa ada teguran daripada pihak parti pembangkang.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: