SYED SADDIQ AMBIL KESEMPATAN CARI POPULARITI, TAPI ANCAM NYAWA RAKYAT

Editorial

16 Julai 2021

Dalam tempoh waktu PKP3.0 serta arahan ‘total lockdown’ MP Muar, YB Syed Saddiq sewajarnya faham bahawa orang ramai tidak boleh berkumpul tanpa penjarakan sosial untuk mengelakkan penularan pandemik Covid19.

    Sumber: Blog Gempak

Sememangnya Kerajaan Pusat telah memperuntukkan pengagihan bakul bantuan makanan kering kepada rakyat yang terjejas, tetapi pengagihan itu hendaklah dibuat secara sistematik melalui penghantaran dari rumah ke rumah.

Sistem sedemikian lebih baik daripada meminta rakyat yang terjejas akibat PKP datang ke pejabat MP berpusu-pusu untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

Sebaliknya Syed Saddiq  melalui FBnya telah memutar-belit tindakan pegawai Pejabat Kesihatan Muar yang mengarahkan agar majlis pengagihan bakul makanan kering kepada orang ramai di pejabatnya dihentikan.

Saddiq cuba memberikan gambaran yang salah, seakan-akan dia amat prihatin terhadap rakyat Muar tetapi pihak berkuasa menghalangnya. Sedangkan apa yang dilakukannya adalah bertentangan dengan SOP sebagaimana yang dinyatakan oleh Pejabat Daerah Muar.

Saddiq cuba mengelirukan rakyat Muar apabila mendakwa pihak polis telah datang ke pejabatnya dan mengarahkan ia ditutup ketika pejabat MP Muar sedang giat mengagihkan bantuan makanan yang baru sampai kepada 5,000 keluarga di Muar.

Melalui siaran FB-nya Saddiq mencatatkan, “Jumlah keluarga yang datang telah naik tinggi. Orang sedang susah, lapar dan sakit, mereka wajib dibantu. Pejabat saya tak boleh tolak orang yang mahu datang. Nak suruh mereka pulang, tak sampai hati. Rakyat Parlimen Muar adalah tanggungjawab saya.”

Adakah Saddiq mahu menggadai nyawa rakyat Muar dengan memperbodohkan mereka?

Lagipun akan berlaku penerima bantuan berulang, yang akan menutup peluang orang lain yang belum mendapat bantuan.

Anehnya MP Muar yang dikatakan bijak bercakap itu, tidak melihat implikasi menjemput orang ramai datang ke pejabatnya untuk mendapatkan bantuan bakul makanan kering tersebut.

Tidak lain yang rakyat nampak kecuali sikap oportunis untuk mendapatkan populariti dalam kalangan rakyat, kononnya sebagai pemimpin prihatin.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Khas DUN Maharani, DS Razali Ibrahim nampaknya lebih bijak daripada MP Muar kerana menganjurkan program pengagihan bakul bantuan makanan kering tersebut dari rumah ke rumah, sebagaimana yang dibuktikan melalui surat permohonan program.

Sebaliknya Saddiq lebih suka menyusahkan rakyat dengan cara meminta mereka datang ke pejabatnya untuk pengagihan makanan berkenaan.

Tindakan Syed Saddiq itu mengundang tindakan PDRM.

Menurut KPN Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, arahan menghentikan majlis pengagihan makanan di pejabat MP Muar, dikeluarkan selepas pemantauan yang dibuat mendapati program itu tiada penjarakan sosial dan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menutut KPN, mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu mendapatkan kebenaran daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah.

PDRM difahamkan Saddiq telah membuat permohonan, tetapi hanya untuk mengedarkan bakul makanan dari rumah ke rumah.

Nampak sangat Saddiq cuba meraih sokongan melalui pendekatan populis, sedangkan dia tahu dan sedar tindakannya itu mengundang pendedahan rakyat kepada serangan Covid19, yang telah mencecah angka melebihi 13,000 jangkitan sehari pada 15 Julai.

Pendekatan populis Saddiq ini bukanlah sesuatu yang baru.

Malahan pakar pandemik mengatakan dalam seminggu dua ini angka jangkitan harian boleh naik mendadak kepada 20,000 sehari.

Saddiq tak tahu bacakah?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: