VIDEO – MAHATHIR MASIH MAHU ANAKNYA JADI PM

Dr. Mamat Desa

16 Julai 2021

Tun Mahathir dalam satu temubual ‘dalam talian’ bersama Harith Iskandar telah menamakan DS Azmin Ali dan anaknya Mukhriz sebagai bakal Perdana Menteri.

Mungkin melalui soalannya, Harith mahu melihat sama ada Mahathir masih melihat dirinya sebagai bakal PM ke-9.

Tetapi nampaknya Mahathir sedar bahawa umurnya sudahpun menjangkau 96 tahun dan dengan itu amat tidak relevan untuk mengangkat dirinya sebagai PM.

Namun daripada beberapa kenyataan akhbar yang khalayak media lihat, Mahathir akan kembali mengatakan bahawa dia mahu menjadi PM semula kerana desakan rakyat.

Adakah dia tidak boleh membuat keputusan sendiri sehingga tunduk kepada desakan, dan siapakah yang mendesak itu? Mungkin dia sahaja yang tahu.

Sebaliknya dunia tahu bahawa dia mahu kembali menjadi PM setelah dia lihat anaknya Mukhriz gagal mendapat tempat sebagai bakal PM.

Malah semasa masih berada dalam UMNO lagi Mukhriz gagal diangkat menjadi Ketua Pemuda yang menyebabkan Mahathir marah berapi-api terhadap Tun Abdullah Badawi yang akhirnya mengatur agenda menyingkirkan Tun Abdullah sebagai PM untuk digantikan dengan pilihannya DS Najib Razak.

Secara kasarnya ramai bersetuju bahawa Mahathir Berjaya singkirkan Tun Abdullah, dan seterusnya merancang untuk mengangkat Mukhriz menaiki tangga kerusi PM.

Malangnya pada zaman DS Najib lagi sekali Mukhriz kalah pula untuk jawatan Naib Presiden UMNO.

Tetapi DS Najib tidak zalim, dan tetap berusaha membantu mengangkat Mukhriz sebagai MB Kedah.

Mukhriz tidak ada karisme sebagai pemimpin kerana sebagai MB Kedah, dia tidak menjalankan tugas dengan baik. Akhirnya Mukhriz juga kecundang sebagai MB Kedah.

Kedudukan Mukhriz sebagai MB Kedah goyang pada 20 Januari 2016 setelah hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah, termasuk anggota Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen daripada UMNO menyatakan secara terbuka bahawa mereka hilang keyakinan terhadap Mukhriz sebagai MB.

Sebab itulah dalam temu bual dengan Harith, Mahathir seperti keberatan untuk mengangkat anaknya Mukhriz sebagai bakal PM, tetapi satu dunia tahu bahawa Mahathir sememangnya mahu anaknya menyambung legasinya sebagai PM, sebagaimana juga Lim Kit Siang mahu Lim Guan Eng mengetuai DAP.

Walaupun pada temu bual dengan Harith pada 14 Julai itu, dia menyebut dua nama iaitu Azmin Ali dan anaknya Mukhriz, tetapi kemudiannya sehari selepas itu, pada 15 Julai (semalam) dia seakan-akan menolak nama Azmin sebagai bakal PM.

Lagi sekali, Mahathir rasa dia terperangkap dengan kenyataannya kerana masakan dia boleh menamakan Azmin Ali yang rakyat tahu mempunyai skandal semburit sebagaimana diperakui oleh adik kandungnya sendiri, Ummi Hafilda Ali, serta video seks songsang yang tertular dalam media maya pada 11 Mei 2019.

Sekiranya Mahathir boleh menamakan Azmin Ali sebagai bakal PM, kenapakah dia tidak boleh menamakan DS Anwar Ibrahim sebagai PM?

Oh, tidak bolehlah sebab Anwar juga ada rekod seks songsang, malah telah dipenjarakan oleh mahkamah sebagai bersalah atas kes semburit juga.

Lantas, pemimpin yang layak adalah anaknya Mukhriz, sedangkan yang lain-lain itu bukanlah lagi pilihan utama bagi Mahathir.

Walau bagaimanapun Mahathir mahu anaknya ‘fight his own battle’.

Cuma rakyat mungkin bertanya, ‘Why all this while you’re so busy fighting your son’s own battle?’ And don’t you think that’s nepotism?

*******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: