VIDEO – AZMIN ALI JADI MANGSA DIMAKI HAMUN NETIZEN BILA COVID19 LONJAK NAIK 11K

Editorial

14 Julai 2021

Semalam 13 Julai, kadar jangkitan Covid19 meningkat naik kepada jumlah yang tertinggi 11079, setelah beberapa hari jumlah tersebut berkisar antara 8000 kepada 10000 kes sehari.

Selangor yang menjadi tempat subuhnya kawasan perindustrian, menjadi penyumbang tertinggi dengan jumlah 5263, tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain.

Tiada lain yang golongan netizen lihat kecuali, kesalahan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, DS Azmin Ali kerana banyak laporan media mendedahkan sikapnya mempertahankan perbukaan kilang-kilang yang dikatakan menjadi kluster utama merebaknya Covid19.

Azmin menjadi sasaran media maya dan netizen kerana dikatakan bertanggungjawab membenarkan operasi kilang yang hakikatnya menggajikan pekerja asing dan mereka juga dikatakan sebagai agen merebaknya Covid`19.

Azmin juga dituduh bertanggungjawab apabila MITI tidak konsisten atau tekal dalam menentukan yang manakah ‘industri esential’ dan ‘bukan esential’ apabila terdapat kedai gambar, kedai kasut dan lain-lain yang tidak relevan diberikan permit untuk beroperasi.

Apabila kadar jangkitan covid meningkat, Azminlah yang dicaci-cerca kerana netizen melihat dia bertanggungjawab membenarkan operasi industri yang menjadi ‘kluster tempat kerja’ dan penyumbang besar kepada pandemik tersebut.

Dua hari lalu apabila Azmin membuat lawatan rasmi ke Austria dan disiarkan dalam FB, dia juga telah dikecam netizen yang mahu menjual Azmin kepada Menteri Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Margarete Schramböck dengan harga yang murah, dan memadai dengan bayaran sekeping roti.

Dengan pantas Azmin menutup ruang komentar laman siaran FBnya itu.

Netizen terus memberi komentar di luar FB dan memetik kenyataan bekas PM DS Najib Razak bahawa rakyat bukan mahu dia menutup ruang komentar FBnya tetapi rakyat mahu dia menutup kilang-kilang yang menjadi agen Covid19.

Keadaan di Malaysia nampaknya amat membimbangkan. Keluhan netizen sebenarnya amat berasas apabila media arus perdana juga mengeluarkan berita yang amat menggerunkan tentang pertambahan kes Covid19 di Malaysia.

Jumlah 11079 bagi jangkitan sehari itu dikatakan boleh meningkat kepada angka 20000 sehari dengan wujudnya varian Delta yang kini juga sedang merebak di Eropah.

Fikir-fikirlah, rakyat tidak harus mencari siapakah yang hendak dipersalahkan, tetapi pihak yang bertanggungjawab hendaklah prihatin terhadap penderitaan rakyat, apatah lagi frontliners.

Sedarlah Azmin Ali dan semua Menteri PN.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: