GUAN ENG MARAH BILA TAHU VAKSIN TIDAK JADIKAN SESEORANG ITU KEBAL COVID19

Editorial

13 Julai 2021

Jangan mudah membuat kesimpulan bahawa dengan suntikan vaksin maka anda sudah selamat daripada serangan Covid19.

DAP yang sentiasa cuba mencari kelemahan kerajaan untuk dihebohkan kepada masyarakat umum, telah menjadikan isu ini sebagai bahan politik mereka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, cuba menghebohkan kepada media bahawa dia kesal dengan kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa vaksin bukanlah penyelesaian yang terjamin untuk mengatasi pandemik Covid19.

Guan Eng mengambil contoh negara-negara Eropah yang mengisytiharkan negara mereka sebagai selamat daripada Covid19 telah pun membuka stadium bola sepak kepada orang awam untuk menyaksikan kejuaraan UEFA Euro. Sebaliknya Malaysia masih berada dalam perintah kawalan pergerakan ‘total lockdown’.

Pada 16 Jun lalu, Khairy, memberitahu bahawa vaksinasi bukanlah satu penyelesaian dan penggunaan istilah ‘imuniti kelompok’ adalah tidak kena kerana Covid19 akan terus wujud.

Khairy turut menasihati pemimpin lain dalam kerajaan supaya berhenti menggunakan istilah imuniti kelompok kerana berdasarkan data dan sains, kemungkinan Covid19 menjadi satu pandemik yang berpanjangan.

Menentang kenyataan Khairy, Guan Eng menegaskan apa yang berlaku di Eropah itu adalah bukti bahawa vaksinasi merupakan jalan keluar daripada pandemik Covid19.

Hakikatnya Guan Eng lupa bahawa situasi pandemik Covid19 di Eropah telah timbul semula dengan varian Delta, sebagaimana ia mula menyerang rakyat Belanda dengan kadar yang amat mengejutkan.

Guan Eng cuba membidas pandangan Khairy sebagai salah dan mengelirukan rakyat kerana selama ini pemimpin kerajaan masih menggunakan istilah ‘imuniti kelompok’ termasuk PM TS Muhyiddin Yassin.

Khairy ditempelak kerana dasar utama kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada ketika ini ialah mewujudkan Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) yang menyeluruh serta melibatkan perbelanjaan dana awam yang besar sebanyak RM5 bilion.

Khairy telah membangkitkan kemarahan Guan Eng, apabila dia mengatakankan vaksin bukanlah penyelesaian yang terjamin untuk pandemik dan tidak wajar menggunakan istilah imuniti kelompok.

Justeru, Guan Eng meminta supaya Khairy memberikan penjelasan kerana dasar kerajaan mengenai imuniti kelompok telah menimbulkan kekeliruan.

Dia turut mempersoalkan adakah kerajaan PN telah berubah fikiran atau mereka telah mengabaikan matlamat imuniti kelompok?

Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar memperkukuhkan kenyataan Khairy apabila dia menjelaskan, persepsi kononnya pengambilan vaksin akan memastikan penerimanya tidak lagi dijangkiti virus COVID19 adalah satu salah faham.

Nampaknya Guan Eng telah salah faham.

Penerima vaksin masih boleh dijangkiti, namun kebarangkalian untuk mendapat kesan teruk dan memerlukan rawatan adalah rendah berbanding individu yang langsung tidak menerima vaksin.

Vaksin tidak dapat menghalang jangkitan. Vaksin adalah untuk kita memiliki sistem imun yang kuat supaya sekiranya kita dijangkiti, gejala akibat serangan Covid19 tidaklah seteruk mereka yang tidak menerima vaksin.

Namun jangan ingat bahawa penerima vaksin bebas daripada jangkitan, seakan-akan menjadi kebal daripada serangan Covid19.

Sebab itulah 40 kakitangan KKM yang menjadi ‘frontliners’ telah dikesan dijangkiti Covid19 walaupun mereka telah lengkap divaksinasi dengan dua dos suntikan.

Keberkesanan untuk memberikan kekuatan sistem imuniti kepada mangsa bukanlah 100%, namun mengikut pakar ia boleh mencecah kepada 95%.

Kes-kes yang melibatkan individu yang telah divaksin tetapi masih dijangkiti hanyalah kes terpencil.

Namun bagi ‘frontliners’ yang saban hari terdedah kepada persekitaran jangkitan yang dibawa oleh pesakit di hospital, mereka juga terdedah kepada jangkitan pada kadar yang tinggi, berbanding dengan mereka yang mengawal pergerakan di rumah.

Itupun pihak KKM melaporkan hanya 2% sahaja golongan ‘frontliners’ ini yang dijangkiti, Walau bagaimanapun kebarangkalian yang membawa kepada kematian amatlah kecil atau mungkin tidak ada.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: