AMAT BIADAB ORANG AZMIN DESAK DR NOOR HISHAM LETAK JAWATAN

Editorial

14 Julai 2021

Sekiranya orang yang bertungkus-lumus siang malam, dan bermati-matian cuba menyelamatkan rakyat daripada serangan Covid19, diminta letak jawatan, maka siapa lagi yang akan menjadi sandaran rakyat?

Setiausaha Akhbar (atau ‘bekas’) Menteri MITI, Adlin M Zabri melalui ciapan Twitter telah mencatatkan “DR, anda jelas gagal melakukan perancangan yang tepat dan seluruh sekatan pergerakan penuh ini menunjukkan anda tidak mampu menangani (pandemik Covid-19).Teruskan dengan pembedahan atau lebih baik berhenti.”

This image has an empty alt attribute; its file name is image-87.png

Secara kasarnya, doktor yang merupakan pakar bedah dan terlibat sebagai orang yang bertanggungjawab ‘melakukan perancangan yang tepat dan seluruh sekatan penuh’ adalah Ketua Pengarah Kesihatan Negara, TS Dr Noor Hisham Abdullah.

Meskipun Adlin berani menggesa Dr Noor Hisham letak jawatan tetapi tertonjol juga sifat penakutnya apabila setelah mendapat kritikan pedas di ruang komentar, akaun Twitternya terus ditutup.

MalaysiaKini yang menyiarkan berita berkenaan juga telah memadamkan berita tersebut.

Nampaknya Adlin telah menyerang musuh yang salah. Sepatutnya dia menggesa Azmin Ali meletakkan jawatan, bukannya Dr Noor Hisham.

Sebagaimana bidasan seorang pembaca dalam ruang komentar:

“Kamu telah meletakkan kesalahan pada orang yang bukan sepatutnya. Saya juga kesal kerana kamu tidak akan mendapat lebih banyak pengaruh secara sedemikian kerana kita semua tahu apakah skop tugas seorang Ketua Pengarah. Dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pembuat dasar dan kerajaan. Dr Noor Hisham adalah ketua kepada frontliner dan dia juga frontliner. Kenapa dia sahaja yang membuat kenyataan akhbar? Sepatutnya Menteri Kesihatan. Satu lagi soalan penting, kenapakah Dr Noor Hisham tidak berada dalam Jawatankuasa Covid yang ditubuhkan oleh kerajaan? Kamu hendak menendang keluar Dr Noor Hisham hanya kerana dia jujur. Dr Hisham kata kebanyakan kes adalah daripada kluster tempat kerja dan kilang, tetapi kamu semua tidak mahu menutup kilang-kilang itu, dan kamu salahkan Dr Noor Hisham. Ini adalah pelan ‘kerajaan gagal’. Sepatutnya kamu vaksinasikan pekerja kilang dahulu, sebaliknya kamu vaksinasikan golongan kayangan T20 kerana kamu semua hendak ke luar negara.”

Daripada komentar tersebut, Adlin nampaknya telah menembak orang yang salah, sepatutnya dia menembak musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging.

Hari ini rakyat sepatutnya sedar bahawa pandemik Covid19 bukan lagi terdiri daripada virus sebagaimana yang dikesan di Wuhan pada hujung 1999 atau awal 2020 dahulu ketika warga China berpusu-pusu masuk ke Malaysia, tetapi dibiarkan sahaja oleh Tun Mahathir dan kerajaan kakistokrasi PH.

Virus Covid19 hari ini adalah daripada varian berbeza. Meskipun negara Eropah telah mengisytiharkan rakyat mereka bebas daripada Covid19, tetapi sehari dua ini dia muncul kembali dengan kekuatan yang lebih dahsyat dan tidak dapat dipertahankan oleh imuniti vaksin yang disuntik.

Malaysia pula menjadi amat tertekan dengan varian Delta dari India yang dibawa masuk oleh warganegara India dari India.

Bagaimana orang ini boleh terlepas masuk? Dr Noor Hishamkah yang membiarkan dia masuk.

Apakah yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara?

Terdapat laporan pakar kesihatan yang mendakwa jumlah jangkitan Covid19 di seluruh negara akan meningkat kepada 20,000 kes sehari dalam tempoh dua minggu lagi selepas mengambil kira varian Delta yang mempunyai kebolehjangkitan dua kali ganda lebih tinggi, berbanding virus streotype sebelum ini.

Malahan WHO meramalkan jumlah jangkitan di Malaysia akan meningkat kepada 250,000 pada September tahun ini.

Dalam Twitternya Adlin juga dikatakan telah memaparkan gambar ribuan rakyat yang menghadiri sebuah pusat saringan yang berada dalam kawasan Taman Sri Andalas, Kelang yang juga berdekatan dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Apa yang netizen tahu, DS Azmin Ali yang diserang dengan maki-hamun dan bukannya frontliner seperti TS Dr Noor Hisham.

Nampak benarlah Adlin dengan biadabnya telah menembak musuh yang salah.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: