Editorial
11 Julai 2021
ADUN DAP Sungai Pelek, Selangor, Ronnie Liu yang pernah mengaku bahawa datuk dan abangnya adalah pejuang dan ahli gerila komunis, telah merentas negeri semata-mata membela pekebun haram tanaman durian yang terdiri daripada kaum Cina di Raub.

Mengapa hendak membela penceroboh tanah hutan simpan yang sudah terang lagi bersuluh melanggar undang-undang negara?
Adakah kerana golongan yang terlibat itu adalah kaum Cina yang telah bertahun-tahun mengaut keuntungan daripada aktiviti haram kebun durian?
Sikap Ronnie Liu diibaratkan sebagai pemimpin yang mengajar rakyat dan penyokongnya menjadi anarkis, menolak undang-undang wewenangnya.

Dia tidak mempedulikan sama ada golongan ini mengangkat undang-undang atau menolak undang-undang kerana golongan tersebut adalah kaum Cina.
Tidak hairanlah sekiranya ada yang mendakwa bahawa DAP adalah parti cauvinis Cina.

Kesalahan dari segi undang-undang ditolak ke tepi, kerana mereka adalah kaum Cina yang harus dibela oleh pemimpin DAP seperti dia ini.
Cubalah kalau ada yang menceroboh kawasan dia secara haram baik dari aspek moral, apatah lagi undang-undang, adakah dia akan membela mereka?

Bukan itu sahaja, pada dasarnya Ronnie telah melanggar PKPD yang telah dikuatkuasakan di 80% mukim dan daerah di Selangor.
Sikap Ronnie Liu memaparkan dengan jelas prinsip pemimpin DAP yang cuba menunjukkan sikap anarkis dan menolak undang-undang.
Ini bukanlah kali pertama dia menonjolkan sikap biadabnya terhadap penjawat awam, malah sudah berkali-kali dia menunjukkan sikap kasar sedemikian.

Adakah sikap Ronnie Liu ini boleh digeneralisasikan sebagai sikap pemimpin DAP?
Lihatlah bagaimana rakusnya Menteri Kewangan daripada DAP ketika PH berkuasa, sehingga aset Tabung Haji yang merupakan tabungan umat Islam untuk menunaikan ibadah Haji turut diganggu-gugat dan diceroboh.
Semasa mereka berkuasa dalam kerajaan PH, pemimpin DAP juga cuba menyerapkan ideologi komunis ke sekolah-sekolah.

Ronnie Liu juga menyokong perhimpunan bekas gerila komunis, yang hakikatnya adalah musuh negara yang telah banyak membunuh anggota ATM serta kaum Melayu yang tidak berdosa.



Dia juga adalah antara mereka yang terlibat dalam usaha membawa balik abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Selain itu, ADUN Sungai Pelek ini juga telah mengutuk Mahathir sebagai ‘harimau kertas’ Asia, tetapi kemudiannya memuji Tun Mahathir kerana kenyataannya yang tidak membantah penyeludupan abu mayat Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng ke Malaysia.
Apakah Mahathir tidak sedar bahawa dia diperbodohkan?
Tidak hairanlah jika ada yang berpendapat bahawa, sekiranya DAP terus mendominasi kuasa kepimpinan negara, Malaysia akan menjadi Republik Rakyat Komunis suatu hari kelak, sebagaimana usaha mereka yang cuba meratifikasi ICERD dan Statut Rom.
*****
Tinggalkan Jawapan