MUHYIDDIN HENDAKLAH LETAK JAWATAN DAN DIGANTIKAN PM INTERIM SEBELUM PRU15

Editorial

9 Julai 2021

Menarik diri daripada kerajaan PN bukan bermakna UMNO akan berdiri sebagai pembangkang, tetapi UMNO sekadar menolak sokongan terhadap TS Muhyiddin Yassin.

UMNO melihat PM, TS Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN sebagai dua entiti yang berbeza, kerana dalam kabinet Muhyiddin juga terdapat ahli parlimen UMNO.

Meskipun PAU telah memutuskan untuk UMNO menarik diri daripada PN pada 1 Ogos, namun situasi yang memperlihatkan gelagat Muhyiddin berlengah-lengah terhadap titah DYMM SPBYD Agong supaya sidang parlimen diadakan segera, untuk tindakan ‘semak dan imbang’ telah membangkitkan kemahan bukan sahaja daripada UMNO bahkan daripada semua blok parti pembangkang.

Sebagaimana kenyataan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, Perwakilan sudah memberi mandat kepada Presiden dan MT untuk menentukan bahawa kita boleh menarik diri daripada kerajaan PN bila-bila masa.”

Melengah-lengahkan sidang parlimen serta meremehkan keadaan dengan proklamasi Darurat diterjemahkan oleh pembangkang sebagai suatu muslihat Muhyiddin, yang hanya dia sahaja yang tahu rahsianya.

Namun pemerhati politik menterjemahkannya sebagai ‘kebimbangan Muhyiddin sekiranya terbangkit usul undi tidak percaya’ mahupun ‘undi percaya’.

Adakah Muhyiddin ‘tamakkan kuasa’?

Timbalan Presiden, DS Mohamad Hassan pula menyatakan, bahawa Umno harus teguh pendirian jika memutuskan untuk keluar daripada kerajaan.

Keputusan UMNO mengisytiharkan untuk meninggalkan PN pada 7 Julai, juga dilihat sebagai tindakan yang bertepatan pada waktunya bagi menamatkan keadaan haru-biru kerajaan hari ini.

Sebelum ini pun UMNO telah memberi ultimatum dalam tempoh 14 hari kepada PN supaya melaksanakan titah DYMM SPBYD Agong supaya membuka semula sidang parlimen dengan ‘segera’, tetapi masih dilengah-lengahkan.

Langkah UMNO yang drastik dan berani telah menunjukkan ketegasannya dalam menegakkan prinsip yang dipegang.

UMNO mungkin malu dengan tohmahan bahawa PN adalah kerajaan yang ‘tidak mendapat mandat rakyat’ dan dengan itu amatlah wajar sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan supaya memberi laluan kepada pentadbiran sementara, sebelum PRU diadakan.

Muhyiddin diminta meletakkan jawatan supaya memberi laluan kepada pembentukan pentadbiran sementara bagi menyelesaikan masalah Covid-19, bantuan untuk rakyat, dan untuk mencapai imuniti kelompok, sebelum membubarkan Parlimen untuk kembalikan mandat kepada rakyat.

Pemimpin veteran UMNO, YM Tengku Razaleigh Hamzah telah menawarkan dirinya untuk dilantik sebagai PM Interim bagi tujuan tersebut.

Bagi Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, DS Najib Tun Razak, tindakan UMNO meninggalkan OPN dan adalah langkah paling tepat sebagai pilihan untuk kembalikan keyakinan rakyat terhadap usaha membendung Covid19.

PN telah dengan jelas gagal membendung Covid19 kerana kelemahan Muhyiddin dan menterjemahkan usaha Muhyiddin sebagai ‘kegagalan bersiri’ apabila PKP 2.0, PKP 3.0 juga gagal, malahan proklamasi Darurat juga hanyalah suatu tipu muslihat tersembunyi Muhyiddin.

Kerajaan Muhyiddin daripada Bersatu telah membina kerajaan dengan majoriti tipis yang diterjemahkan oleh Tun Mahathir sebagai ‘pengkhianatan’ dan bukan melalui PRU, telah banyak menunjukkan ketidakstabilan politik dan pengurusan ekonomi.

Nehara akan punah jika PN terus berkuasa, apabila rakyat kini menderita dan sengsara kerana tekanan ekonomi keluarga.

Kerajaan PH yang tertubuh atas dasar fitnah, pembohongan, janji palsu dan huru-hara dilihat sebagai kerajaan pintu belakang, dan apabila Muhyiddin pula dilantik, maka kerajaan pintu belakang itu telah diganti dengan satu lagi kerajaan pintu belakang.

Lantas, Muhyiddin mestilah melepaskan jawatannya sebagaimana 12 Menteri di India meletakkan jawatan kerana gagal menangani Covid19.

Dengan itu juga kuasa kerajaan PN hendaklah ditamatkan.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: