ADA MUSLIHAT, SEBAB ITU SEKARANG BARU LANTIK TPM

Editorial

9 Julai 2021

Setelah TS Muhyiddin mengambil alih kuasa daripada Tun Mahathir pada Februari 2020, hanya baru dua hari lalu dia melantik DS Ismail Sabri Yaakob dari UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mengapakah sebelum ini jawatan tersebut dikosongkan?

Adakah kerana jawatan itu tidak penting langsung bagi Muhyiddin?

Atau adakah kerana Muhyiddin tidak mahu segala keputusan yang dia buat tidak diganggu dan dicabar?

Atau hakikatnya Muhyiddin mahu menjadikan kekosongan itu sebagai umpan untuk menarik sokongan daripada parti yang lebih dominan daripada kalangan pembangkang seperti PKR?

Anehnya, hanya beberapa jam sebelum UMNO mengambil keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, baharulah pelantikan TPM dibuat dengan melantik seorang ahli MKT UMNO bagi mengisi jawatan tersebut.

Ia juga membangkitkan persoalan, kenapa tidak melantik DS Hishamuddin Tun Hussein sedangkan dia adalah tokoh UMNO yang ‘diheboh-hebohkan’ sebagai calon PM?

Adakah penting sangat jawatan dan kuasa TPM?

Selama hampir 1 setengah tahun, Muhyiddin tidak pun memerlukan TPM, tiba-tiba dalam keadaan UMNO marah dan telah memberikan ultimatum supaya sidang parlimen dibuka semula sebagai menyokong titah perintah DYMM SPBYDP Agong, baharulah TS Muhyiddin tergesa-gesa melantik DS Ismail Sabri mengisi jawatan itu.

Nampaklah dengan terang lagi bersuluh, Muhyiddin sebenarnya hendak menyelamatkan dirinya, dan bukan sangat memerlukan DS Ismail Sabri.

Adakah ia umpan supaya menteri-menteri UMNO dalam kabinetnya tidak mengambil tindakan drastik keluar daripada PN?

Selama inipun Muhyiddin dilihat lebih meletakkan pemimpin UMNO sebagai kambing hitam untuk dimarahi oleh rakyat apabila mereka diberi tanggungjawab menangani pandemik Covid yang diterjemahkan sebagai satu kegagalan PN.

Lihatlah Khairy Jamaludin yang bertanggungjawab tentang vaksin dan vaksinasi, yang menjadi isu hangat apabila ia lambat dilaksanakan dan kemudiannya kekurangan stok.

Malah ada negara yang tidak mengiktiraf vaksin yang Malaysia gunakan sehingga Khairy Jamaluddin terpaksa bergegas untuk mendapatkan pengiktirafan misalnya vaksin extravaneca yang tidak diiktiraf oleh Arab Saudi.

Ismail Sabri pula, sebagai Menteri Pertahanan terpaksa muncul di kaca media massa untuk menyampaikan laporan perkembangan harian PKP setiap hari.

Menteri Kesihatan DS Dr Adham Baba bertanggungjawab terhadap kesihatan rakyat yang menjadikan pejabatnya panas setiap hari kerana peningkatan jangkitan Covid19 yang lebih kepada peningkatan daripada penurunan.

Menteri Pengajian Tinggi DS Dr Noraini Ahmad juga menghadapi masalah apabila kuliah-kuliah di universiti terpaksa dijalankan secara online sedangkan kursus-kursus yang memerlukan latihan ‘hands-on’ atau kemahiran psikomotor amat tidak signifikan untuk dibuat secara online.

Lantas, banyaklah ruang bagi rakyat menghentam menteri-menteri UMNO dalam hal yang dikaitkan dengan kegagalan kerajaan menangani Covid19, ibarat kata Presiden, Menteri UMNO dijadikan ‘Pak Sanggup.’

Sepatutnya Muhyiddin melantik DS Hamzah Zainuddin sebagai TPM kerana selama ini dialah yang nampaknya menonjol dalam hal urusan pentadbiran Muhyiddin.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: