Editorial
6 Julai 2021
Sebagaimana biasa pemimpin de’facto DAP, Lim Kit Siang akan sentiasa mencari-cari apa juga kelemahan kerajaan, tidak kiralah PN atau BN, sebaliknya dia akan mendiamkan diri ketika DAP begitu rakus dan bermaharajalela dengan kuasa mereka ketika PH berkuasa.
‘Name calling’ atau gelaran dan tohmahan bahawa ‘Malaysia is a failed state’ bukanlah sesuatu yang baharu terpantul daripada mulut Kit Siang tetapi telah menjadi ‘mantra’ dan ‘wirid’nya sejak tahun-tahun 60-an lagi.
Sebelumnya Kit Siang menjaja Malaysia sebagai ‘Failed State’ kerana dia tuduh PRU negara tidak adil, sehingga mereka menubuhkan Bersih, kononnya untuk menentang ketidakadilan dalam pilihan raya.
Namun kita tahu dia menuduh PRU Malaysia tidak adil kerana pembangkang asyik kalah dalam setiap PRU, tapi bukanlah sebenarnya kerana pelaksanaan PRU tidak adil.
Namun apabila PH menang pada PRU14, kenapa tidak kata Malaysia a ‘Success State’?
Kemudiannya Kit Siang tuduh pula negara ini adalah negara yang mementingkan satu kaum tertentu sahaja sehingga dibina ‘streotype’ atau generalisasi bahawa Malaysia adalah Venezuela Asia Tenggara.

Kita tahulah apa maksud Kit Siang. Tapi kenapa dia tidak merujuk Perlembagaan Negara. Jika dia menetang Perlembagaan Negara, bermakna dia melakukan satu kesalahan besar kerana tidak memperakui ‘Keluhuran Perlembagaan’.
Dia lupa tentang apa yang Tun Tan Siew Sin perakui tentang kemurahhatian kaum Melayu untuk menerima kaum India dan Cina sebagai warganegara Malaysia dan begitu juga Tun Sambanthan, semasa British memerdekakan Malaysia.

Malahan Tun Sambanthan mengingatkan kaum bukan-Melayu bahawa Cina dan India ditolak di semua negara Asia Tenggara.

Di Indonesia, puluhan ribu orang Cina dibunuh kerana tegar dengan budaya datuk-nenek mereka seakan-akan mereka masih berada di Tanah Besar China. Hanya yang rela meninggalkan budaya asal mereka dibenarkan hidup di Indonesia, sehinggakan nama mereka juga ditukar ke nama bangsa Indonesia.


Kit Siang butakah bahawa di Malaysia, parti yang tertegak atas nama Melayu hanya dua sahaja iaitu UMNO dan PAS, itu pun PAS telah cuba memasukkan keahlian kaum lain asalkan Islam. Parti-parti lain baik PKR, Bersatu, Gerakan dan macam-macam lagi di Sabah dan Sarawak, bukanlah parti berteraskan Melayu semata-mata. Cuma mungkin Pejuang boleh dikategorikan parti Melayu, malangnya pemimpinnya bukan Melayu tulen.
Kali ini mantra yang sama dijajanya, apabila Amerika Syarikat telah cuba menyenaraikan Malaysia antara negara terburuk dunia dalam hal pemerdagangan manusia.
Pemerdagangan manusia yang Amerika atau Kit Siang nampak ialah kemasukan haram pendatang daripada Bangladesh, dan Myanmar.
Adakah itu merupakan kayu ukur terbaik untuk meletakkan Malaysia sebagai ‘Failed State’? Atau sebenarnya adalah penanda bahawa Malaysia adalah negara yang menjadi destinasi buruh murahan yang menterjemahkan Malaysia sebagai negara yang lebih maju daripada negara asal mereka.
Kit Siang lupakah apabila PH berkuasa, kerajaan PH dinamakan sebagai kerajaan ‘Pakatan Hancing’ atau secara yang lebih tepat kerajaan PH adalah kerajaan ‘kakistokrasi’ yang diterjemahkan sebagai teruk dan tidak layak memimpin serta amat tidak bertanggungjawab.
Kit Siang butakah semasa DAP menjadi parti yang paling dominan dalam PH, Tun Mahathir sendiri mengaku dia adalah PM boneka. Boneka siapa, kalau bukan boneka DAP. Semua orang tahu hakikat itu.
Kit Siang butakah semasa PH berkuasa pelbagai isu terbangkit, penglibatan pemimpin DAP sebagai aktivis teroris antarabangsa LTTE, gerakan menyerapkan ideologi komunisme di sekolah-sekolah, gerakan menjadikan negara ini sebuah republik dan sekaligus cuba mengahapuskan kuasa Raja-Raja Melayu, gerakan halus meratifikasi ICERD dan Statut Rom, kerajaan DAP PP bersekongkol dengan taikun kartel dadah, gerakan parti DAP yang ditaja oleh pertubuhan Yahudi dan kuasa asing, propaganda pembohongan dan janji palsu PH, gerakan kristianisasi negara ini yang bertentangan dengan Perlembagaan, manifesto yang dikatakan bukan kitab suci yang harus direalisasikan, membohongi rakyat dengan hutang negara RM1 trilion, membohongi rakyat tak ada duit, menggunakan isu GST yang mengangkat kebodohan pemimpin kamu tentang ekonomi negara, pemimpin kamu janji hendak hapuskan tol, hendak turunkan harga petrol, hendak halalkan hutang PTPTN, dan memberi alasan bahawa tak sangka PH akan menang dan macam-macam lagi?

Teruknya pemimpin DAP dan parti komponen sehingga tidak pernah berlaku dalam sejarah, Perdana Menteri letak jawatan.
Kamu tahu kenapa Kit Siang? Jawapannya kerana dia malu dengan cara pemimpin kamu menguruskan negara.
Negara ini negara rasiskah sehingga pemimpin PAS sanggup berpeluk dengan pemimpin DAP, malah ada pemimpin hebat mereka menyambut hari lahir di rumah pemimpin DAP?
Jadi Kit Siang adakah negara ini negara yang merupakan kepimpinan monoethnik?
Kalau kamu setuju negara ini teruk dengan kes pemerdagangan manusia yang merupakan buruh murahan, tanyalah balik kilang-kilang milik siapakah yang menggajikan buruh haram itu?
Tanyalah balik siapakah yang bawa masuk buruh murahan ini untuk bekerja di rumah-rumah urut, sarang pelacuran, pusat judi dan kasino?

Jangan lupa juga Kit Siang, kamu tanya juga diri kamu balik bagaimana sistem kehakiman negara dilihat sebagai sistem undang-undang rimba ketika parti kamu memerintah negara.
Manakala orang yang pernah mempertahankan Ketua Parti Komunis Malaya, kamu jadikan Peguam Negara, pemimpin yang kamu musuhi sejak azali kerana korup dengan kes Forex BNM sebagaimana kamu sebut dalam buku-buku kamu, telah kamu jadikan rakan politik yang intim.
Kamu hipokrit dan munafik Kit Siang.
*****
Tinggalkan Jawapan