TUN MAHATHIR MAHU SELAMATKAN MALAYSIA, KONON

Editorial

4 Julai 2021

Tun Mahathir yang sudah menjangkau usia 96 tahun berhasrat mahu selamatkan Malaysia sebab itulah dia bersungguh-sungguh mahu diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) untuk kali ketiganya.

Jika tidak sebagai PM, cukuplah jika dia dilantik sebagai Pengarah Mageran dalam tempoh Darurat ini supaya dia boleh gunakan kuasa mutlak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk tujuan, yang dirinya sahaja yang tahu.

Adakah dia sedar bahawa semasa PH berkuasa, dan dia selaku Perdana Menteri, bermacam-macam gejala ancaman terhadap negara telah berlaku, antara lain, cubaan penyerapan ideologi komunisme di sekolah-sekolah, penglibatan pemimpin PH dalam kumpulan pengganas antarabangsa LTTE, ancaman negara akan muflis kerana hutang RM1 trilion, parti komponen bersekongkol dengan taikun dadah, gerakan kristianisasi (Avengelist) negara, ratifikasi ICERD dan Statut Rome, pencerobohan pemimpin DAP dalam pengurusan Tabung Haji dan Bank Islam, serta agenda menjadikan negara ini sebuah Republik dan menolak kuasa Raja-Raja Melayu.

Tidakkah PH lebih teruk daripada PN?

Untuk menyelamatkan dirinya daripada persepsi buruk rakyat, Tun Mahathir cuba menyalahkan DAP kerana dia hanyalah “PM boneka”.

Anak lelaki Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh, YB Ramkarpal Singh menempelak Mahathir apabila dia menegaskan “Hari ini kamu kata hendak ‘menyelamatkan negara’? Kamu adalah orang terakhir boleh melakukannya.”

Malahan bagi Ahli Parlimen Bukit Gelugur itu, Tun Mahathirlah yang bertanggungjawab mencetuskan keadaan tidak stabil dan kerosakan yang dialami negara waktu ini, dan Ramkarpal menyesal telah bekerjasama dengan Mahathir dahulu.

Ketika negara China menyekat pergerakan 2 juta penduduk Wuhan yang dikatakan sebagai pusat penyebaran Covid19 seluruh dunia, kerajaan pimpinan Tun Mahathir membenarkan pelancong China wewenangnya masuk ke Malaysia yang barangkali membawa bersama virus Covid19.

Mahathir memberikan alasan “dua juta pelancong China itu hendak diletakkan di mana, di kandang lembu?”

Ramkarpal turut menganggap ahli Parlimen Langkawi itu sebagai tidak layak menjadi Perdana Menteri buat kali ke-3 selepas meletak jawatan pada Februari lalu dengan mendakwa dia tidak mempunyai sokongan lagi.

Rakyat sudah tertipu dengan helah, muslihat dan permainan Tun Mahathir, adakah rakyat masih mahu ditipu lagi?

Tegas Ramkarpal, “Sebagai rakyat Malaysia, saya bertanya kepada diri sendiri, tiadakah orang lain (layak menjadi Perdana Menteri)?

Apakah kita akan melantik seorang yang pernah berjanji untuk menyerahkan jawatan kepada DS Anwar Ibrahim tetapi hari ini memberitahu Anwar tidak sesuai.

“Mengapa beritahu kami (sebelum berkuasa) sekiranya beliau anggap Anwar tidak sesuai? Adakah untuk memenangi undi?

Beliau juga adalah orang yang sama menjanjikan untuk melakukan perubahan dan akhirnya memberitahu tidak pernah menyangka akan menang PRU14?”.

Ramkarpal juga mendakwa, veteran politik yang amat tua itu telah merosakkan sistem kehakiman dan memenjarakan ramai orang dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya menyesal bekerjasama dengan kamu. Kamulah yang menyebabkan negara menjadi seperti sekarang. Kamulah menjadi punca mengapa negara memerlukan perubahan,” tegas Ramkarpal.

Sungguh melucukan dan menyakitkan hati apabila Tun Mahathir menubuhkan parti Pejuang kononnya untuk menggantikan TS Muhyiddin Yassin sebagai PM.

Setiausaha politik Mahathir, Abu Bakar Yahya dalam satu kenyataan akhbar berkata, “Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Perdana Menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum ke-15 jika negara mahu diselamatkan.”

Untuk mengukuhkan pendirian Setiausaha politiknya itu, Tun Mahathir kemudiannya menghebahkan kepada media bahawa ‘jika dia tahu apa yang akan berlaku dalam pentadbiran di Putrajaya seperti sekarang, dia lebih rela mengekalkan jawatan PM, Februari lalu.’

Kemudian dia juga telah mencadangkan kepada DYMM SPBYDP Agong agar menubuhkan Mageran dan dia mahu dilantik sebagai Pengarah Mageran.

Adakah Tun Mahathir fikir rakyat negara ini bodoh?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: