Editorial
1 Julai 2021
Menteri Kewangan, DS Azmin Ali, dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari (pemegang amanah) yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari tahun lalu.
Mahkamah sebelumnya menolak permohonan Azmin untuk membatalkan tuduhan yang dikemukakan oleh 10 pengundi Parlimen Gombak yang mendakwa beliau menipu dan melanggar tanggungjawab fidusiari sebagai Ahli Parlimen.
Kes lompat parti wakil rakyat bukanlah kes baru dan terpencil, malahan pernah berlaku di Kelantan, dan tuntutan tuduhan lompat parti diputuskan tidak sah oleh mahkamah.
Malahan ia bertentangan dengan hak berpesatuan sebagaimana terkandung dalam Perkara 10 Fasal (1c) Perlembagaan Persekutuan.
Pakar Perlembagaan Dr Shamrahayu Aziz menyatakan bahawa tindakan parti menyaman ahlinya kerana melompat parti adalah bertentangan dengan Perlembagaan.
Menariknya Mahkamah Tinggi membenarkan pihak plaintif meneruskan pendakwaan dan kes akan dibicarakan pada 7 Jun 2022.
Azmin pula telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan dirinya apabila dia memberikan alasan bahawa dia meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu adalah kerana perlakuan seksual Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim.
Lebih menarik lagi apabila Azmin memberi amaran bahawa dia akan mendedahkan “bukti yang tidak pernah diketahui oleh umum” semasa dalam perbicaraan itu nanti.

Dia menegaskan keputusannya untuk keluar dari PKR dibuat setelah mengambil kesimpulan bahawa Anwar tidak layak untuk memimpin PKR atau menjadi Perdana Menteri.
Azmin juga mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Anwar pada 9 Mei 2018 adalah “cacat” kerana jumlah anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan tidak memenuhi syarat sebagaimana ditentukan oleh undang-undang untuk mendengar pengakuan tersebut.
Dia telah membangkitkan isu Mohammed Yusoff Rawther dan Aidil Azim Abu Adam, yang telah menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral Anwar.

Dia menegaskan akan memanggil Yusoff dan Aidil Azim untuk memberi keterangan bagi pihaknya nanti ketika kes itu dibicarakan.
Tidakkah tindakan Azmin itu sesuatu yang berkontradik, apabila dirinya juga mempunyai rekod perlakuan seksual yang sungguh mengejutkan negara suatu ketika dahulu?

Mungkin Azmin merasakan dirinya terselamat kerana pihak PDRM mengesahkan video semburit yang memperlihatkan watak perlakuan seperti dirinya, namun gagal disahkan oleh pihak forensik PDRM meskipun video itu tulen.
Namun adik kandung Azmin, Ummi Hafilda juga pernah mendedahkan perlakuan seksual Azmin yang amat memeranjatkan.

Seperkara lagi Azmin juga pernah menasihati Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional yang bertemunya di kediaman rasminya baru-baru ini agar tidak melompat parti.
Namun dia sendiri telah melompat parti atas alasan yang tidak menyokong karektornya sendiri.
Kes Azmin menjadi lebih panas apabila Tun Mahathir dikatakan akan menjadi saksi bagi pihak plaintif.
Veteran UMNO, TS Shahrir Samad dalam komentarnya tentang kes Azmin menyatakan bahawa di Malaysia tidak ada ‘recall sistem’ yang membolehkan para pengundi membuat petisyen supaya diadakan pilihan raya semula apabila berlaku ‘kedurjanaan’ politik seperti apa yang rakyat lihat melalui kes lompat parti.
TS Shahrir juga menyindir kerajaan PN yang mencatat sejarah sebagai kerajaan yang mempunyai paling banyak ‘katak politik’.
Kata Shahrir, “Walaupun kerajaan Muhyiddin adalah sebuah pemerintahan yang tertubuh daripada paling ramai ‘katak politik’ dalam sejarah negara, kesahihan kerajaan ini terlindung oleh Perlembagaan Malaysia.”
******
Tinggalkan Jawapan