BENDERA PUTIH PETANDA KEKALAHAN RAKYAT ATAU SIAPA?

Editorial

1 Julai 2021

Tidak dinafikan apabila bendera putih digunakan untuk mendapatkan bantuan, sama ada kewangan atau bahan makanan, nanti akan ada golongan oportunis yang menyamar dan mengangkat bendera putih juga.

Namun memasang bendera putih amat berkesan bagi golongan rakyat yang terperangkap dengan prosedur bantuan kerajaan yang agak rumit dan tidak dapat mereka penuhi.

Bayangkan bagi seorang golongan M40 yang merupakan bekas eksekutif syarikat tetapi kemudiannya kehilangan kerja, hutang rumah dan kereta masih banyak, isteri tidak bekerja, lima anak masih bersekolah, dan simpanan telah habis digunakan.

Adakah memasang bendera putih itu menggugurkan maruah? Nak jaga maruah atau nak jaga nyawa anak-isteri?

Berdoa lebih baik daripada memasang bendera putih seperti saranan YB Nik Abduh itu betul.

Namun setelah berdoa dan memasang bendera putih, kemudian ada yang datang membantu, tidakkah itu pertolongan daripada Allah juga?

Inilah masanya organisasi yang kaya seperti Petronas, Khazanah, UEM, Gamuda, Guthrie dan sebagainya datang membantu rakyat.

Kerajaan atau pusat zakat janganlah hanya menunggu permohonan sahaja. Kemudian setelah memohon, diberikan bantuan ‘one off’ sahaja sedangkan kelaparan berpanjangan dan bukan bersifat ‘one off’.

Selepas ini sekiranya pihak Gereja pula yang datang membantu golongan yang mengalami kesempitan dan tekanan kewangan akibat Covid19, adakah mereka akan tolak bantuan berkenaan.

Bagaimana jika pihak Gereja sanggup menghulurkan RM2k sebulan, sepanjang PKP3.0 kepada golongan yang sedang merana akibat Covid19 ini? Adakah mereka akan menolaknya?

Oleh itu pusat zakat atau mana-mana badan Islam hendaklah peka. Kalau hanya dihulurkan bantuan kepada rumah anak yatim, dan pusat tahfiz sedangkan sesetengah mereka sudah sedia mendapat bantuan puluhan ribu ringgit setiap bulan, mengapakah golongan keluarga bendera putih ini tidak boleh ditolong?

Golongan keluarga bendera putih ini bukan ada lesen mengutip derma ‘dalam talian’ dan menerima sumbangan Yayasan setiap bulan atau sebagainya.

Carilah mereka yang sengsara dan menderita ini jika tidak setuju dengan kempen bendera putih.

Nak mohon bantuan kerajaan pun bukannya senang, pengesahan LHDN-lah, pengesahan hilang pekerjaanlah, pengesahan banklah, itulah, inilah dan macam-macam lagi, sedangkan semasa PKP3.0, pergerakan disekat.

Jadi, hidulah mereka ini, carilah di mana mereka berada. Jika tidak, biarlah mereka memasang bendera putih supaya senang mengesan mereka.

Lagipun setelah memasang bendera putih, bantuan datang dengan kadar yang pantas, tidak seperti memohon bantuan kerajaan.

Kesian anak-anak yang lapar, ayah yang kemurungan, ibu yang menangis di dapur kerana tiada sebiji beras pun untuk dimasak, sedangkan harga barang melambung naik atas alasan Covid19 juga.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: