(VIDEO) BETULKAH NAJWAN DIPECAT KERANA SEKADAR ROMBAKAN AMK SAHAJA?

Editorial

29 Jun 2021

Tiba-tiba sahaja tengah hari semalam heboh dalam media maya bahawa Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga merupakan ADUN Kota Anggerik, YB Najwan Halimi dipecat daripada AMK.

Dia mengesahkan pemecatan tersebut setelah menerima surat pemecatan daripada Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razak.

Najwan memberikan gambaran bahawa pemecatan itu bukanlah kerana dia telah melakukan sesuatu kesalahan tetapi hanya sekadar proses “rombakan semula struktur organisasi AMK Selangor,” bagi menghadapi PRU15.

Namun Najwan cuba pula menyatakan bahawa kesan rombakan itu adalah besar apabila seluruh organisasi (AMK Selangor) juga terpecat sekali, dan perlu diadakan pemilihan dan pelantikan pemimpin serta jawatankuasa AMK negeri yang baharu.

Najwan seperti cuba melupakan apa yang dia telah lakukan pada Mei lalu apabila ciapan Twitternya dianggap biadab terhadap DYMM SPB Raja Permaisuri Agong.

Pengerusi Biro ARMADA, Mohd Firdaus Yusoff mendakwa, Najwan membuat ciapan yang terang-terang cuba mencemarkan imej Raja Permaisuri Agong.

Menurut Firdaus, status Twitter ADUN Kota Anggerik itu berbunyi ‘Qu’ils mangent de la brioche‘ yang membawa maksud ‘biarkan mereka makan kuih’ disertai gambar kek cawan yang disediakan oleh Tuanku Baginda kepada petugas barisan hadapan.

Dalam sejarah Perancis, ayat daripada bahasa Perancis itu telah membangkitkan kemarahan rakyatnya sehingga membawa kepada Revolusi Perancis. Dalam konteks ciapan Najwan itu, ia boleh dipersepsikan sebagai satu sindiran politik.

Bagi Firdaus, Najwan cuba memainkan sentimen kebencian kepada rakyat dan mencemarkan imej DYMM Raja Permaisuri Agong dengan ciapan sedemikian yang beliau anggap “sangat biadap”.

Di tengah-tengah kemelut rakyat dan kerajaan melawan pandemik Covid19, tiba-tiba seorang ADUN cuba membangkitkan sentimen untuk membenci kuasa tertinggi negara.

Tiadakah ada perkara lain yang lebih baik yang boleh dilakukan oleh seorang ADUN untuk membantu rakyat dan kerajaan di tengah-tengah kegawatan melawan virus bahaya Covid19?

Susulan itu, Firdaus berkata, lebih 10 laporan polis telah dibuat di beberapa buah negeri termasuk di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan sebagai mendesak agar polis menyiasat serta mendakwa individu berkenaan.

Firdaus menegaskan, tindakan perlu diambil dengan kadar segera demi menjaga martabat Raja-Raja Melayu yang menjadi tiang seri negara, malahan payung agama.

“Tindakan sewajarnya sangat perlu sebagai pengajaran kepada masyarakat supaya ia tidak berlaku lagi pada masa hadapan, apatah lagi daripada seorang yang bergelar wakil rakyat,” ujar Firdaus.

Tidak diketahui sama ada Najwan telah merafak sembah memohon ampun daripada KeBawah Duli YMM Permaisuri Agong.

Lantas, mungkin inilah sebabnya, dan inilah tindakan yang diambil oleh AMK Malaysia terhadap Najwan, bagi menjaga nama baik PKR dan AMK, khususnya.

Walau bagaimanapun terdapat naratif lain yang mendakwa bahawa Najwan adalah pemimpin AMK yang tidak sefahaman dengan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sebelum itu Najwan juga dikatakan sebagai ‘orang kesayangan Anwar’ dan telah menjadi saksi pembelaan Anwar dalam kes sodomi tempoh hari.

Lebih daripada itu Najwan juga dikatakan berada dalam kumpulan ‘geng baju hitam’.

Rafizi Ramli pernah memberi peringatan kepada Anwar supaya bertindak segera terhadap kumpulan ‘geng baju hitam’ tersebut.

Antara mereka yang berada dalam geng itu adalah setiausaha politik Anwar yang juga Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. Farhash adalah pengerusi PKR Perak.

Rafizi dikatakan telah menasihati Anwar agar tidak membiarkan benih kartel (kumpulan Azmin Ali) tumbuh semula melalui geng baju hitam.

Nampaknya, meskipun Rafizi mahupun Azmin telah meninggalkan PKR, namun kemelut permusuhan mereka masih membara, dan kini mula membakar.

Adakah selepas ini akan ada lagi kes pemecatan geng baju hitam?

*******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: