ADAKAH KES BUNUH DIRI ADA KAITAN DENGAN ‘TOTAL LOCKDOWN’?

Editorial

28 Jun 2021

Setelah diserang pandemik Covid19, ramailah golongan rakyat marhaen menderita kerana ia bukan sahaja menyerang kesihatan fizikal mereka, malah ia juga menyerang emosi mereka.

Bagaimanakah survival seorang rakyat yang kerjanya memandu teksi, sedangkan pada waktu PKP 3.0 berkuatkuasa tiada pelanggan yang keluar bekerja atau keluar rumah?

Bagaimanakah survival seorang pekerja ‘pembersihan hotel’ yang diberhentikan kerja pada waktu pandemik Covid19, kerana hotel ditutup, sedangkan dia juga tersekat untuk keluar mencari kerja lain?

Bagaimanakah survival perniaga barangan non-essential yang tidak mendapat kebenaran perniagaan ketika Covid19, sedangkan itulah punca pendapatan hariannya?

Tekanan kepada hidupnya menjadi lebih parah apabila dia mempunyai tiga hingga enam anak untuk disara, bil elektrik dan air untuk dibayar, sewa rumah yang tertunggak, hutang dengan Along yang membengkak, dan sekarang ditambah pula dengan talian Internet yang perlu digunakan oleh anak-anak yang mesti mengikuti kelas ‘dalam talian’ kerana sekolah ditutup.

Pada 9 Oktober 2020 lalu, satu tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi mendapati hampir setengah juta rakyat Malaysia mengalami simptom depresi dan hampir setengah juta kanak-kanak Malaysia mengalami masalah kesihatan mental.

Adakah angka depresi dan sakit mental itu mempunyai korelasi yang signifikan dengan PKP3.0. Jika ada korelasi yang signifikan apakah faktor-faktor yang menjadi penyumbang?

Hari ini saban hari rakyat yang peka terhadap kesihatan mereka memantau angka-angka yang membabitkan kes Covid19, tetapi bagaimana dengan kes depresi kerana kehilangan punca pendapatan dan kelaparan?

Depresi yang mudah sangat menghimpit rakyat ialah depresi yang disebabkan ketiadaan wang untuk membeli makanan harian.

Namun apa yang kita lihat dalam media arus perdana, ialah nasihat dan gesaan pihak berkuasa supaya tidak panik menyerbu pasar raya.

Berita sedemikian seakan-akan satu propaganda dan gambaran yang ironi terhadap gejala depresi yang melanda golongan marhaen.

Bayangkanlah laporan agensi penarafan global JP Morgan yang mencatatkan 2.8 juta pekerja di Malaysia bakal kehilangan kerja kerana kesan kemuncupan ekonomi akibat daripada Covid19.

Adakah golongan sebegini akan berebut-rebut membuat pembelian panik kerana PKP3.0?

Namun apa yang dilaporkan oleh Menteri Pertahanan, DS Ismail Sabri Yaakob, pada 22 Mei lalu, sewaktu PKP 1.0 terdapat banyak kes bunuh diri, “Cuma kita tidak hebohkan perkara ini.”

Lantas adakah PKP3.0 memberi dampak yang lebih teruk kepada golongan 2.8 juta yang hilang pekerjaan?

Ketua Menteri Pulau Pinang pula dalam satu kenyataan media melaporkan bahawa mengikut data daripada pihak keselamatan pada 21 Jun 2021, sebanyak 53 kes bunuh diri dilaporkan berlaku di negeri ini antara Januari hingga Mei tahun ini.

Dengan itu, sekurang-kurangnya 10 orang membunuh diri sebulan di Pulau Pinang dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini iaitu sepanjang pelaksanaan PKP3.0.

Data tersebut dikeluarkan mengikut statistik di Pulau Pinang sahaja, tetapi bagaimanakah statistik di negeri-negeri lain dan statistik di seluruh negara? Inilah yang dikatakan oleh DS Ismail Sabri sebagai “tidak dihebohkan”.

Adakah depresi yang dialami kerana 2.8 juta hilang pekerjaan akibat daripada pelaksanaan PKP3.0 juga “tidak dihebohkan.”

Ramai marah apabila 158 ribu kilang dibuka semasa ‘total lockdown PKP3.0’ tetapi ramai yang tidak sedar daripada penutupan kilang-kilang tersebut, 15.8 juta pekerja akan kehilangan pendapatan (sekiranya 1 kilang mempunyai 100 pekerja).

Banyak mana sangat yang boleh dibantu oleh kerajaan dari aspek kewangan, sedangkan golongan M40 misalnya amat terhimpit, apatah lagi golongan yang lebih rendah?

Bagi mereka yang bukan beragama Islam, dan bagi mereka yang imannya ciput, mungkin bunuh diri menjadi pilihan.

Sebagaimana berlaku di Indonesia, terdapat rakyat kelas rendah yang berpandangan bahawa sekiranya mereka diserang Covid19, sekurang-kurangnya mereka boleh hidup 14 hari dalam tempoh inkubasi virus tersebut.

Namun kalau mereka tidak keluar kerja dalam tempoh 3 hari mereka akan mati kelaparan. Dengan itu mereka rela diserang Covid19 daripada mati kelaparan.

Itulah pemikiran golongan yang tamadunnya agak rendah, dan diasak pula dengan tekanan hilang punca pendapatan.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: