APA RASIONALNYA ZAHID SOKONG ANWAR?

Oleh Dr Mamat Desa

24 Jun 2021

Khalayak media sedang memerhatikan gelagat kepimpinan tertinggi UMNO terhadap Presiden parti DS Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Banyaklah naratif perhubungan antara beberapa pemimpin tertinggi yang boleh diterjemahkan sebagai kemelut dalaman UMNO.

Semalam sahaja dapat diperhatikan bagaimana pendirian Zahid terhadap ultimatum yang diberikan kepada kerajaan PN supaya Parlimen bersidang semula dalam tempoh 14 hari.

Namun Menteri Pertahanan, DS Ismail Sabri Yaakob, membidas kenyataan Zahid, bahawa ultimatum supaya Parlimen bersidang dalam tempoh 14 hari hanyalah pandangan Biro Politik UMNO dan bukannya MT UMNO, meskipun UMNO setuju Parlimen bersidang secepat mungkin.

Walau bagaimanapun ada juga pendirian bahawa Parlimen tidak boleh bersidang dalam tempoh 14 hari, kerana penyediaan notis persidangan sahaja akan mengambil masa 28 hari.

Namun mereka lupa bahawa, apa yang dikatakan oleh Zahid adalah Sidang Parlimen dalam tempoh proklamasi Darurat yang tidak terikat dengan klausa ‘28 hari’ itu.

Dalam isu itu sahaja sudah ada ‘orang-orang’ yang jahil tentang peraturan Sidang Parlimen melemparkan pelbagai cacian kepada Zahid, kononnya tidak tahu undang-undang Parlimen.

Walau bagaimanapun, perkara yang menjadi kudis utama kepada heharmonian kepimpinan UMNO dan Presidennya, lebih banyak dilihat apabila tercetusnya tuduhan-tuduhan mahkamah yang sedemikian banyak terhadap Zahid pada Oktober 2018.

Amat jaranglah ada di mana-mana di dunia ini sekian banyak tuduhan yang dikenakan terhadap seseorang pemimpin politik kecuali kerana konspirasi untuk membunuh kerjayanya.

Demikianlah juga dengan apa yang dilihat berlaku kepada Zahid dan tidak lupa juga kepada DS Najib Tun Razak.

Anehnya semuanya berlaku ketika Tun Mahathir berkuasa, dan setelah hilang kuasa dia dambakan pula jawatan Pengarah MAGERAN pada tempoh waktu proklamasi Darurat ini, mungkin kerana ada lagi yang mahu diheret ke mahkamah dengan puluhan tuduhan, terutama mereka yang dia anggap sebagai musuh.

Kudis yang merebak pada reputasi Zahid terus membakar perhubungan beliau dengan kepimpinan tertinggi UMNO, apabila meletus pula rakaman audio yang diterjemahkan sebagai satu tindakan sulit kerjasama Zahid dan DS Anwar Ibrahim.

Bagaimanakah kerjasama itu boleh dibenarkan sedangkan Zahid berapi-api semasa PAU 2020 mengatakan bahawa UMNO berpegang teguh kepada prinsip ‘No Anwar, No DAP dan No Bersatu‘ ?

Zahid telah menafikan rakaman audio itu, dan begitu juga dengan Anwar.

Malahan DS Anwar Ibrahim sendiri telah mengarahkan pegawai parti membuat laporan polis terhadap audio rakaman tersebut.

Namun terdapat pemimpin tertinggi UMNO seperti TS Annuar Musa yang yakin bahawa rakaman audio itu adalah tulen.

Masyarakat netizen tidak lagi hairan dengan rakaman audio sedemikian yang besar kemungkinan adalah alat propaganda dan fitnah musuh-musuh UMNO kerana sudah terbukti ada orang-orang tertentu yang pandai meniru-niru suara orang lain.

Timbul juga persoalan, adakah penularan audio itu juga merupakan tindakan pihak musuh untuk menjatuhkan Zahid sendiri?

Kita tidak tahu siapa, namun Tun Mahathir berkali-kali mahu UMNO berkubur, tetapi hakikatnya Pejuang masih diterjemahkan sebagai parti ‘haram’ kerana belum berdaftar dengan RoS.

Bagi Zahid UMNO tidak mahu bersekutu dengan pembelot dan pengkhianat kerana UMNO tidak mahu ada makhluk perosak dalam parti mahupun dalam gabungan pakatan yang tidak ikhlas dan tidak jujur untuk membentuk kerajaan.

Namun kesinambungan tuduhan bahawa Zahid sedang mengatur strategi untuk bersekongkol dengan Anwar terus tersebar.

Ahli Parlimen Arau, dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Shahidan Kassim misalnya, telah mendedahkan bahawa seorang Ahli Parlimen UMNO mengaku telah menandatangani dokumen sokongan untuk Anwar dilantik sebagai PM.

Tandatangan itu dibuat di hadapan Zahid dan Anwar.

Shahidan tidak pula menamakan Ahli Parlimen berkenaan.

Zahid juga dikatakan telah menghantar surat kepada DYMM Agong pada tahun lalu untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, tanpa pengetahuan majoriti ahli Parlimen UMNO.

Shahidan bertegas supaya tindakan diambil terhadap Zahid kerana diterjemahkan sebagai telah mengkhianati parti.

Selain Shahidan, DS Nazri TS Aziz juga dengan terang-terangan telah menyerang Zahid, kerana sokongan Zahid untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Anehnya suatu ketika dahulu Nazri juga bersekongkol dengan Anwar, ketika PH berkuasa.

Lebih mengharukan apabila Nazri dengan beraninya mendakwa bahawa 25 daripada jumlah 42 Ahli Parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap Zahid.

Malahan Nazri telah mempunyai rancangannya yang tersendiri untuk mengangkat DS Hishamuddin Hussein sebagai Presiden menggantikan Zahid, apabila dia telah mengumpul tandatangan SD (Akuan Bersumpah) 25 Ahli Parlimen berkenaan yang memberi mandat kepada Hishamuddin.

Adakah terdapat rasional yang kukuh bagi Zahid untuk menyokong Anwar sedangkan seluruh negara sedar tentang karektor Anwar yang tidak disukai oleh golongan ulamak dan golongan konservatif Melayu?

Anwar telah dipenjara kerana kes sodomi dan dia juga dikatakan menyokong pergerakan LGBT, malahan pernah membuat kenyataan di LSE, University of London bahawasanya semua agama itu sama.

Lantas heboh seantaero dunia bahawa Anwar adalah penyokong pluralisme agama dan liberalisme sosial.

Lebih daripada itu logo PKR diterjemahkan sebagai lambang ‘dajal mata satu’ yang dikaitkan dengan kumpulan iluminati Yahudi. Malahan PKR dikatakan mendapat sokongan kewangan daripada pertubuhan Yahudi yang tertentu.

Lantas, apa rasionalnya Zahid mahu menyokong Anwar?

Adakah kerana Anwar dahulunya adalah rakan seperjuangan Zahid ketika Anwar masih dalam UMNO?

Tidakkah Anwar musuh Mahathir yang dituduh mengamalkan nepotisme dan kronisme sehingga banyak kekayaan negara jatuh ke tangan ahli keluarga dan anak-pinaknya?

Malahan rakan karibnya George Soros mengutuk dan menamakan Mahathir sebagai ‘A Corrupt Moron’.

Namun, ramai yang tidak lupa bahawai Mahathir adalah dalang utama dalam konspirasi menguburkan UMNO.

Sekiranya kepimpinan tertinggi UMNO seperti Zahid lintang-pukang bergaduh sesama sendiri, maka kebarangkalian UMNO mengorek kuburnya sendiri amatlah signifikan.

Mungkin juga sekiranya Anwar menjadi PM, maka Anwar boleh membantu Zahid dan malahan juga DS Najib Razak untuk melepaskan diri daripada tuduhan melampau itu.

*******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: