Rencana Sisipan
21 Jun 2021

Dalam FB-nya, DS Najib Razak telah menyiarkan pada ruang perbincangan bahawa tiada satu ayat pun daripada baginda DYMM SPBYD Agong dan juga Majlis Raja-Raja yang memberi kredit atau memuji kerajaan PN atas keberkesanan TS Muhyiddin dan kabinetnya mengurus tadbir negara dalam hal mengekang pandemik Covid19.
DS Najib merujuk kepada Kenyataan Media Istana Negara dan Kenyataan Media Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Memanglah benar sebagaimana disiarkan oleh DS Najib.
Apa yang kami baca dan fahami, banyaklah kenyataan dan titah yang menjurus kepada keprihatinan Baginda DYMM SPBYD Agong dan Majlis Raja-Raja terhadap kesempitan dan penderitaan hidup rakyat jelata akibat daripada pandemik Covid19 yang gagal ditangani oleh pentadbiran kerajaan PN (ampun Tuanku beribu-ribu ampun sekiranya catatan patik ada khilafnya).

DS Najib menulis:
Tiada satu pun ayat yang memperakui keberkesanan pentadbiran Kerajaan PN dalam kenyataan YDPA mahupun dalam perincian diberi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bagi menzahirkan titah DYMM Raja Raja Melayu yang mengadakan perjumpaan hari ini.
Bahasa bahasa istana yang dizahirkan melalui kedua-dua pernyataan dikeluarkan menjurus kepada kebimbangan bersulam keresahan sebagaimana didepani rakyat akan keadaan negara serta kehidupan rakyat ketika ini termasuk keadaan Covid-19 yang semakin parah meskipun kerajaan PN telah diberi kuasa penuh kerajaan.
Amat jelas pendirian yang dititahkan YDP Agong dan DYMM Raja Raja Melayu akan pendirian berkecuali namun mahukan nyawa dan kehidupana rakyat wajib diutamakan, dan demikian juga pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.
Daulat Tuanku.
Patik menjunjung kasih dan menyokong penuh kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu.
– Najib Razak

Demikianlah hakikat kerajaan PN di bawah kepimpinan TS Muhyiddin Yassin.
Daripada kedua-dua kenyataan media berkenaan yang dikeluarkan oleh pihak Istana, maka pelbagailah persepsi rakyat turut terhurai.
Kerajaan PN pimpinan TS Muhyiddin adalah kerajaan yang lemah dan tidak terancang dengan baik dan berkesan, bukan sahaja dalam koteks mendepani pandemik Covid19, malahan dalam banyak aspek yang lain.
Selain daripada kenyataan DS Najib itu, kami juga terfikir, kenapakah tiba-tiba Ketua Setiusaha Negara dan Pejabat Peguam Negara mahu nama “Muhyiddin Yassin” ditukarkan kepada “Mahiadin Yassin”?
Anehnya itulah nama beliau yang sebenarnya sebagaimana yang tercatat dalam kad pengenalan beliau.

Mengapakah setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia politik, baru kini nama hendak ditukar? Apakah ada sesuatu yang menyebabkan TS Mahiadin Yassin menyembunyikan identitinya yang sebenarnya?
Jika hal nama sendiri pun sudah menimbulkan kecelaruan dan membangkitkan kesalahan legal dalam setiap urusan rasmi PM, maka bagaimana Mahiadin hendak menguruskan negara dengan baik, berdisiplin dan dipersepsikan bermoral tinggi?
Sungguh memeningkan jika terus difikirkan.
******
Tinggalkan Jawapan