17 Jun 2021
Nama sebenar Muhyiddin Yassin ialah Mahiadin Yassin?
Kenapakah setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia politik dengan menggunakan nama Muhyiddin Yassin, tiba-tiba setelah mendududki kerusi Perdana Menteri (PM), panggilan nama TS Muhyiddin tiba-tiba diminta tukar kepada TS Mahiadin?
Sebagaimana didedahkan oleh Ketua Penerangan BN Selangor, Hisham Jalil, arahan menukar nama Muhyiddin kepada Mahiadin itu datangnya daripada Ketua Setiausaha Negara atas nasihat Peguam Negara yang pastinya ia suatu perkara yang penting dan kritikal.
Terdapat satu kes yang berlaku, apabila TS Muhyiddin telah menandatangani satu surat sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan tangkapan seseorang tertuduh dalam kes yang telah dibawa ke mahkamah.
Hakim Mahkamah telah memutuskan agar tertuduh dibebaskan kerana surat daripada Menteri Dalam Negeri itu dari segi teknikalnya salah, kerana tiada menteri bernama Muhyiddin Yassin.
Dengan kata-kata lain TS Muhyiddin itu bukanlah Menteri Dalam Negeri yang sah ketika beliau menandatangani surat berkenaan.
Lantas, adakah dari segi teknikal perundang-undangan, segala arahan dan tindakan PM menjadi tidak sah kerana nama PM sebenarnya bukanlah Muhyiddin Yassin?
Dalam isu yang sama, mengikut Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, apabila seseorang itu dilantik sebagai PM dengan menggunakan nama yang bukan namanya yang sebenarnya, maka pelantikan itu menjadi tidak sah.
Pilihan yang ada untuk menyelesaikan kekeliruan ini adalah dengan cara DYMM SPBYDP Agong melantik semula Mahiadin sebagai PM, kerana surat pelantikan yang asal itu adalah salah dari segi teknikaliti perundang-undangan.
Walau apapun tindakan yang akan diambil dalam isu untuk memperbetulkan kesalahan teknikal ini, rakyat tertanya-tanya mengapa Mahiadin, menggunakan nama Muhyiddin?
Adakah nama Mahiadin itu tidak sedap didengari, atau adakah ia sebahagian daripada konspirasi menyembunyikan identiti yang sebenarnya kerana terlibat dalam kes yang tertentu.
Hanya Mahiadin sahaja yang boleh menjawabnya.
****