TUN MAHATHIR TERIMA TAMPARAN APABILA MAJLIS RAJA-RAJA TOLAK MAGERAN

17 Jun 2021

Permintaan Tun Mahathir agar DYMM SPBYDP Agong menubuhkan MAGERAN, kononnya untuk mengatasi kemelut politik dan mengekang Covid19, telah ditolak.

Malahan Majlis Raja-Raja manitahkan agar Parlimen segera bersidang dan Darurat ditamatkan pada 1 Ogos 2021.

Sebagaimana terkandung dalam Perkara ke-8 kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad:

Nampaknya, media saja yang sibuk akhir-akhir ini, mengisi ruang mereka dengan gelagat Mahathir, sedangkan rakyat dan pihak istana tidak mahu lagi menerima pandangan genjot Mahathir.

Lebih memalukan, Mahathir merasakan dirinya hebat dan terulung apabila dia mencadangkan dirinya dilantik sebagai pengarah MAGERAN.

Malah secara tidak langsung, dia menyindir Anwar sebagai sifar idea untuk membantu memulihkan keadaan negara di tengah-tengah penularan pandemik Covid19 ketika mereka berdua berhubung melalui telefon.

Dengan kata-kata lain, dia mahu rakyat tahu Anwar tidak sebijak dirinya.

Masakan pihak istana rela memberikan jawatan Pengarah MAGERAN kepada Mahathir, sedangkan jawatan itu boleh diterjemahkan sebagai jawatan memangku tugas Perdana Menteri ketika Darurat.

Tidakkah bahaya bagi sesebuah negara yang sedang menghadapi kemelut pandemik Covid19 yang juga terkesan kepada kestabilan sosio-ekonomi, hendak menyerahkan kuasa pemerintahan negara kepada seorang diktator?

Tempoh hari, dia mengada-ngada meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya meninggalkan parti Bersatu untuk menubuhkan Pejuang.

Rakyat keliru, Pejuang itu didominasi oleh kaum mana?

Jika ia didominasi oleh kaum Melayu, tidakkah Mahathir telah sekian lama menghina kaum Melayu, sebagai pemalas, dan menghina pemimpin Melayu sebagai ‘lanun’ Bugis, sedangkan ada Raja-Raja Melayu yang berdarah Bugis? Adakah seseorang berdarah India itu lebih baik?

Malahan dalam Kongres Maruah Melayu pun dia tergamak menjatuhkan maruah Melayu, sedangkan dirinya pada usia sedemikian lanjut telah kerap kali tersasul dalam ucapan, sehingga DYMM Sultan suatu ketika dahulu menterjemahkan diri Mahathir sebagai ‘sedikit nyanyuk’ .

Patutlah DS Anwar Ibrahim menjenamakan kongres yang dirasmikan oleh Mahathir itu sebagai “Kongres Barua Melayu.”

Ada penganalisis politik menyifatkan Mahathir sebagai pengkhianat yang amat teruknya telah mengkhianati kabinet PH, serta pengkhianat kepada mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada PH pada PRU-14 yang lalu apabila dengan wewenangnya dia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Kemudian dia meroyan merayu Ahli Parlimen Bersatu, PKR dan UMNO untuk bersamanya, kerana dia sedar Pejuang adalah parti yang amat lemah dengan hanya 4 Ahli Parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 dan hanya 5 ADUN daripada 521 ADUN seluruh negara.

Tidak terdaya untuk mengangkat dirinya sebagai PM untuk kali ke-3, dia mencadangkan dirinya sebagai Pengarah MAGERAN.

Entah apakah yang dia cari? Tidak puaskah menguasai ekonomi negara setelah 22 tahun 22 bulan memusnahkannya?

Tidak puaskan dia berkonspirasi sebagai ‘political assassin’ yang mematikan sekian ramai tokoh politik yang berbakat dan berjiwa rakyat seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Badawi, Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, DS Anwar Ibrahim, Tun Salleh Abbas (Kehakiman) dan terkini DS Najib Tun Razak?

This image has an empty alt attribute; its file name is image-68.png

Tidak hairanlah jika beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa Mahathir bukan lagi pemimpin popular, cuma dia sahaja yang perasan bahawa rakyat masih ‘gila’ memujanya.

******

3 thoughts on “TUN MAHATHIR TERIMA TAMPARAN APABILA MAJLIS RAJA-RAJA TOLAK MAGERAN

Add yours

Tinggalkan Jawapan kepada Dr Mamat Desa Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: