PENYELUDUPAN PATI BAGAIKAN JENAYAH YANG DIRELAKAN

14 Jun 2021

Beberapa hari lalu Sinar Harian mendedahkan PATI Rohingya sanggup membayar RM10 ribu seorang untuk masuk ke Malaysia secara haram.

Bayangkan sekiranya dalam setiap satu gerombolan PATI yang masuk secara haram melibatkan 100 orang, maka bayarannya adalah RM1 juta

Sekiranya setiap hari terdapat 2 kumpulan yang dapat melolos kerana adanya pembelot atau ‘musuh dalam selimut’ dalam kalangan pegawai keselamatan (pihak polis maritim, imigresen, polis sempadan, tentera dsb) maka sindiket akan dapat membolot RM2 juta.

Dalam sebulan sekurang-kurang mereka boleh membolot RM60 juta.

Jumlah besar sedemikian adalah pendapatan yang amat lumayan dan boleh mengelabukan mata dan menjadikan mereka yang tidak bertanggungjawab, tidak bermoral, tidak patriotik terhadap negara dan bersifat lintah darat, maka negara akan terdedah dengan pelbagai masalah.

Manakala di tengah-tengah pandemik Covid19, yang mengheret bersama kemelesetan ekonomi, negara akan terdedah dengan pelbagai masalah sosial, kesihatan, jenayah, dan ekonomi yang lebih parah, apabila ia melibatkan PATI.

Bagi masyarakat umum yang tidak nampak hubung kait pendatang ini dengan jenayah penyeludupan manusia, mereka mungkin tersepit antara isu kemanusiaan dan undang-undang.

Isu ini menjadi lebih parah kerana masyarakat Melayu amat tegar dengan soal lemah-lembut, belas-kasih, penderma, sensasi agama, dan macam-macam lagi yang secara langsung menggalakkan lagi PATI melolos masuk ke dalam negara ini.

‘Ops Dalal’ pada awal 2020 telah mendedahkan modus operandi kemasukan PATI Rohingya yang digerakkan oleh waris mereka yang sudah hidup senang-lenang di Malaysia, dengan kerjasama dalang sindiket di negara asal dan juga di Malaysia.

Bagi mereka yang tidak mempunyai keluarga atau waris di Malaysia, maka pihak sindiket akan memujuk atau memaksa mereka menjual hartanah untuk kos penyeludupan masuk ke Malaysia.

Ada PATI yang datang tidak membawa wang, tetapi sebaliknya transaksi bayaran telah dibuat melalui ejen di Malaysia dan sindiket di negara asal.

Pastinya mereka dijanjikan dengan kehidupan mewah, aman, mudah dapat pekerjaan, gaji lumayan dan sebagainya, sedangkan hakikatnya masih ada rakyat tempatan yang terkial-kial untuk mencari rezeki.

Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som
Sumber: Sinar Harian

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som mendedahkan bahawa terdapat penglibatan orang tempatan yang turut membantu penyeludupan masuk PATI Rohingya dari laut ke darat terutamanya di utara Langkawi yang merupakan pusat pendaratan popular.

Kata Mohd Zubli, “Mereka yang bertanggungjawab menguruskan semua urusan pemindahan melalui bot pada waktu malam semestinya orang tempatan yang tahu selok-belok di Langkawi.”

Menteri Dalam Negeri, DS Hamzah Zainudin juga mendedahkan laluan alternatif kemasukan PATI Rohingya melalui Aceh, Indonesia untuk melolos masuk ke Malaysia dan juga Thailand.

Ketua Penolong Pengarah (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus meyakinkan pihak media bahawa pihaknya menumpukan siasatan dan kawalan mereka pada kawasan yang menjadi tumpuan buruh paksa seperti kawasan perindustrian, pembuatan, perkilangan serta perkhidmatan pembersihan.

Pihak Atipsom bertindak tanpa henti dengan meningkatkan kerjasama antara agensi penguatkuasa seperti Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pasukan Petugas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Fadil menjelaskan, jenayah penyeludupan manusia ini menyebabkan nama Malaysia tercemar pada mata dunia dengan persepsi, tiada tindakan serius dalam mengekang perkara terbabit.

Selain itu, jenayah rentas sempadan ini juga mengancam keselamatan dan keamanan negara sehingga membabitkan hubungan diplomatik antara negara selain peningkatan masalah sosial serta penularan penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya.

Jun tahun lalu PDRM Johor telah menahan 18 anggota penguatkuasa termasuk seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan PATI.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, melaporkan penahanan 18 anggota penguatkuasa itu susulan tangkapan 40 suspek sindiket penyeludupan PATI.

Kesemua suspek membabitkan pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Johor, seorang anggota pangkat rendah Polis Marin Wilayah Dua, Tampoi, dua anggota pangkat rendah bertugas di Bukit Aman dan sembilan anggota pangkat rendah bertugas di IPD Kota Tinggi.

Polis Johor turut menahan lima pegawai dan anggota ATM.

Nampaknya kes penyeludupan PATI, seakan-akan satu kemelut jenayah yang direlakan kerana sindiket ini menjadi satu aktiviti pemerdagangan manusia yang memberikan hasil yang lumayan kepada pegawai keselamatan yang tidak bertanggungjawab.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: