DAP CUBA GUGAT HARMONI KAUM

Oleh Dr Mamat Desa

9 Jun 2021

Hari ini tersebar lagi cerita DAP sebagai parti rasis kerana cuba menggugat keharmonian rakyat melalui hasutan di tengah-tengah kegawatan negara melawan Covid19.

DAP cuba menjadi juara apabila membangkitakan isu pengebumian mayat kaum bukan-Islam dengan alasan diabaikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara DS Ti Lian Ker menjelaskan bahawa isu pengebumian mayat bukan sahaja melibatkan kaum Cina sahaja, tetapi meliputi semua kaum kerana situasi penularan Covid19 dan langkah-langkah SOP ‘PKP Penuh’ ketika ini.

DAP seperti kehabisan isu, sehingga terpaksa memainkan sentimen pengebumian mayat yang memerlukan pemantauan serius pihak KKM supaya urusan pengebumian dibuat mengikut prosedur keselamatan dan mengekang jangkitan Covid19.

Bagi Lian Ler, kritikan semborono DAP “mempunyai niat jahat menghasut dan menyemai kebencian kaum.”

Dengan agenda sedemikian rakyat dapat melihat DAP sebagai parti yang kononnya mengambil berat, peka dan prihatin terhadap kaum Cina.

Sememangnya amat tepat sekali untuk menggulungkan DAP sebagai parti Cauvinis Cina kerana suka mengambil kesempatan, bagaikan menangguk di air yang keruh.

Lian Ker yang juga merangkap Naib Presiden MCA, turut mendedahkan bahawa DAP telah membuat “tuduhan palsu, naratif toksik dan hasutan yang bertopengkan kritikan yang semakin berani kebelakangan ini terhadap institusi DiRaja dan PM.”

Pemimpin DAP seperti jahil pada sejarah, apabila pemimpin kaum Cina terdahulu iaitu Tun Tan Siew Sin, amat menghormati dan berterima kasih kepada toleransi kaum Melayu dan pemimpin Melayu yang telah bersetuju memberikan kaum Cina kerakyatan dan tempat untuk hidup di Tanah Melayu ini.

Adakah dalam situasi yang sama, mereka boleh mendapat tempat di Indonesia, Thailand, Vietnam, Burma, Sri Lanka, Kambodia dan Filipina?

Lihat sahaja sejarah, apabila bekas Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin membuat pengakuan bahawa “Kaum Melayu melalui UMNO terlalu bermurah hati untuk melonggarkan undang-undang kerakyatan negara ini.”

Sebelum ini pemimpin DAP Perak, Ngar Kor Ming pernah membuat tuduhan yang amat rasis dan ekstrem bahawa “jika UMNO-Pas berjaya bekerjasama dan membentuk kerajaan dalam PRU-15, maka gabungan ini akan membentuk Kerajaan Taliban seperti di Afghanistan.”

Kenyataan ekstrem dan rasis Nga Kor Ming itu disokong pula oleh Pemimpin DAP lain seperti Chong Chien Jen, yang telah mencetuskan perasaan takut, rasis dan prejudis dalam kalangan masyarakat bukan-Islam terhadap orang Melayu-Islam di negara ini.

Dalam situasi negara yang sedang memerangi Covid19, dengan jangkitan di Malaysia direkodkan oleh WHO sebagai amat buruk dalam kalangan 195 negara ahli PBB, politik oportunis atau ‘menangguk di air keruh’ hendaklah dihentikan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: