Dia tidak sedar diri dan masih angkuh dengan egosentriknya yang tegar apabila menyatakan bahawa dia sanggup bekerjasama dengan PN sekiranya ‘tiada penyangak’.
Semua penggiat media tahu, siapakah yang dia maksudkan dengan ‘penyangak’ itu.

Tun Mahathir seperti mendabik dada bahawa parti Pejuang adalah parti ‘pisang goreng’ yang sentiasa dicari orang keliling, sedangkan parti utama seperti PKR, DAP dan PAS menolak Mahathir dan parti Pejuangnya itu.
Malahan Pejuang pada hakikatnya, dipenuhi oleh ‘katak-katak hidup’ yang oportunis dan hipokrit.
Dia juga lupa bahawa dia pernah mengaku ‘partinya’ sendiri menolaknya.



Kewujudan Bersatu dalam PH yang diibaratkan ‘melukut di tepi gantang’ tidak berubah ketika ini apabila mereka mewujudkan PN.
Tidak ada di mana-mana negara, situasi yang mengangkat parti yang kecil sokongannya untuk memimpin negara seperti Bersatu Muhyiddin mahupun Bersatu Mahathir.
Tidak hairanlah jika Mahathir sendiri memperakui bahawa dia hanyalah ‘PM boneka’ apabila tali-tali yang menggerakkan boneka kaku itu ketika dia dalam PH, adalah DAP.


Hari ini Mahathir masih angkuh dan ego apabila dia rasa dia hebat dan memperakui dia akan bekerjasama dengan Muda, sedangkan RoS masih tidak meluluskan pendaftaran Muda dan parti Pejuangnya.

Pemimpin yang pernah dianggap sebagai ‘nyanyuk’ itu lupa bahawa DS Anwar Ibrahim, Mat Sabu, mendiang Karpal Singh, Lim Guan Eng dan ramai lagi, telah melabelkan dirinya sebagai ‘bapa perompak negara’.

Malahan sahabat baik Mahathir yang mengajarnya tentang perdagangan FOREX, George Soros, pernah melabelkan Mahathir sebagai ‘a corrupt moron’ dan mendedahkan skandal rasuah Mahathir dalam projek Menara Kembar Petronas.

Penganalisis politik juga geli hati apabila Mahathir mengatakan bahawa dia tidak pernah menggunakan kuasanya untuk mengawal badan perundangan, sebagaimana didedahkan oleh bekas KPN TS Hamid Bador, sedangkan tindakan Gopal Sri Ram sebagaimana didedahkan oleh bekas Peguam Negara, Apandi Ali dengan jelas mendedahkan hipokrasi Mahathir.

Apandi Ali mendedahkan Gopal Sri Ram telah diarah oleh Mahathir, ketika PH berkuasa, untuk menangkap DS Najib Razak tanpa sebarang tuduhan kesalahan undang-undang.

Di tengah-tengah kemelut RoS menolak pendaftaran Pejuang, Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan menolak sebarang kerjasama dengan Mahathir. Sungguh memalukan.
Pastinya mereka sudah muak dan loya dengan tipu-muslihat dan sikap penyangak Mahathir, terutamanya terhadap DS Anwar Ibrahim dan pengkhianatannya terhadap PH.

Sikap penyangak Mahathir terang-terang didedahkan oleh pucuk kepimpinan PKR apabila mereka menyenaraikan:
- Mahathir telah mengkhianati perjanjian dengan PH
- Mahathir tidak memperjuangkan idealisme perjuangan reformasi
- Mahathir merupakan beban kepada mana-mana parti yang beliau sertai
- Mahathir mempunyai sejarah meletak jawatan tanpa berbincang dengan ketua-ketua parti komponen PH
- Mahathir tidak lagi mempunyai idealisme, wawasan dan visi yang jelas untuk terus menjadi pemimpin politik
Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’ telah mendakwa bahawa Mahathir adalah pengkhianat kepada kerajaan PH.
Tommy menjelaskan, selepas Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Februari tahun lalu, peruntukan Perlembagaan membolehkan timbalan beliau ketika itu, DS Dr Wan Azizah dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri.

DYMM Agong telah bertindak mengikut Perlembagaan dan mahu melantik Dr Wan Azizah sebagai pemangku Perdana Menteri atau Perdana Menteri Interim.
Bagaimanapun, Mahathir mencalonkan dirinya sendiri sebagai PM Interim, setelah DYMM Agong membubarkan kerajaan ekoran peletakan jawatan beliau sebagai PM, yang menyebabkan 50 Menteri dan Timbalan Menteri hilang jawatan.
Sebaliknya Mahathir mendakwa dia mempunyai sokongan 222 ahli parlimen untuk melantiknya sebagai PM ‘Kerajaan Perpaduan’ atau ‘kerajaan tanpa parti’ tanpa ada lagi kuasa signifikan parti.
Menurut penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, buku Tommy Thomas adalah “bukti jelas bagaimana Mahathir telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya rakan-rakan dalam PH, khususnya Anwar, Wan Azizah, Mat Sabu, dan Lim Guan Eng.”

Tegas Dr Kamarul, “Tidak dapat dibayangkan jika pemimpin seperti DS Anwar, DS Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng masih sanggup bekerjasama dengan Mahathir setelah beliau dibuktikan telah mengkhianati mereka seteruk-teruknya.”
Jadi siapakah penyangak, yang masih menyangak meskipun sudah hidup 95 tahun?
******
Tinggalkan Jawapan