(VIDEO) HUBUNGAN DAP-PKR SUDAH MULA BUSUK BERPEKUNG

Oleh Dr Mamat Desa

6 Jun 2021

Semalam 5 Jun, tersebar naratif perbalahan DAP-PKR dalam beberapa portal media yang menghebahkan bahawa Pemuda DAP atau DAPSY membantah penggunakan logo PKR, sebaliknya mereka mahu menggunakan logo PH pada PRU-15 nanti.

Nampak sangat bahawa DAPSY lupa semasa PRU14 logo manakah yang telah pakatan PH gunakan sehingga membawa kemenangan mereka? Tidakkah logo Mata Satu?

Tidak perlulah DAPSY menyimpan kesumat yang tersorok dalam hati-nurani, kerana ramai penganalisis tahu bahawa jika logo PKR digunakan maka PKR-lah yang dipersepsikan sebagai parti superior dalam PH.

Hakikat PKR sebagai parti superior dalam PH, amat dibenci oleh DAP, apatah lagi setelah beberapa kali berlaku perbalahan DAP-PKR yang menunjukkan bahawa PKR sedar bahawa kejatuhan PH amat signifikan disebabkan faktor DAP yang banyak meracuni dan menyakit hati kaum Melayu.

UMNO pernah membidas DAP kerana mendahului PM Tun Mahathir ketika PH berkuasa, apabila Lim Guan Eng mengumumkan barisan kabinet PH yang sepatutnya menjadi tanggunjawab PM untuk mengumumkannya. 

Jelas sekali DAP juga berlagak superior kepada parti komponen PH dan menidakkan kuasa Mahathir dalam PH.

Lagak DAP inilah yang menjadikan kuasa politik PH tidak stabil sehingga PH menjadi kerajaan yang paling singkat berkuasa di dunia yang memegang tampuk kerajaan hanya selama 22 bulan sahaja.

DAPSY juga nampaknya lupa terhadap logo PH yang dikaitkan dengan klise PH sebagai ‘Parti Hancing’ yang sering dilaungkan oleh generasi milenial yang menguasai wargamaya atau netizen.

Sebaliknya PKR juga lupa bahawa kemenangan DS Anwar di PRK Port Dickson tempoh hari adalah dengan menggunakan logo PH.

Walau bagaimanapun DAPSY lupa bahawa PH pada PRU-15 nanti adalah PH2.0 yang tidak lagi bersekongkol dengan Mahathir dan parti Pejuang yang baharu ditubuhkan.

Perbalahan DAP-PKR sebelum ini pun sudah berpekung apabila DAP marah setelah DS Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen UMNO untuk mendesak TS Muhyiddin mengundur diri.

Beberapa bulan lalu, apabila PKR menghormati keputusan UMNO untuk mewujudkan gencatan politik dan terus menyokong PN menetang pandemik Covid19, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus mengecam pendirian PKR itu.

Guan Eng melenting apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengeluarkan kenyataan bahawa PKR, menghormati pendirian UMNO menyokong PN dalam usaha mengekang pandemik Covid19.

Jelaslah bangsa DAP tidak senang hati melihat dua parti Melayu bekerjasama dalam isu tertentu.

Sama ada realiti mahupun persepsi, kerjasama PKR-UMNO adalah satu bala besar kepada DAP yang menjadikan Guan Eng paranoid dan fobia.

Nampaknya Guan Eng lupa pada kuasa politik Melayu yang merupakan kaum majoriti di bumi Malaysia ini, sebaliknya Anwar amat sedar apatah lagi apabila dia mendapati majoriti ahli parlimen PKR adalah bukan-Melayu.

Dengan itu, siapalah PH2.0 pada PRU15 nanti tanpa kuasa Melayu dalam Bersatu, Pejuang,  PAS dan paling signifikan UMNO.

PAN hanyalah melukut di tepi gantang.

Sekiranya PKR pula cuba bermain kayu tiga dengan DAP, pastilah parti cauvinis Cina itu akan tersungkur juga.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: