SEBUAH PARLIMEN TAK BOLEH BEROPERASI, TAPI 158 RIBU KILANG BOLEH BEROPERASI

Daripada perkiraan logik akal, nampaknya kerajaan PN rela rakyat marhaen mati kerana Covid19, tetapi tidak rela pemimpin mati, sedangkan ramai pemimpin yang sanggup mengorbankan nyawa kerana rakyat.

Hanya terdapat sebuah sahaja Parlimen, dengan 222 pekerja tetapnya, tidak dibenarkan beroperasi, sebaliknya kerajaan PN sanggup mempertaruhkan 1.57 juta nyawa rakyat marhaen yang terkial-kial mencari makan di 128,150 syarikat dan kilang, kepada pandemik Covid19.

Bukan itu sahaja, kerajaan PN cuba menjustifikasi sekatannya terhadap Parlimen melalui proklamasi Darurat, tetapi nyawa 1.57 juta rakyat marhaen tidak termasuk dalam kategori sekatan Darurat.

Saban hari terdapat sahaja Ahli Parlimen yang menjerit-jerit minta Parlimen bersidang, tapi pihak TS Muhyiddin Yassin hanya memekakkan telinga sahaja, kononnya menjaga nyawa pemimpin daripada ancaman Covid19.

Muhyiddin telah menghuraikan dengan panjang lebar, bahawa Proklamasi Darurat adalah untuk menangani pandemik Covid19 di seluruh negara.

Walau bagaimanapun terdapat persepsi yang berlegar bahawa Proklamasi Darurat dilaksanakan kerana Muhyiddin cuba menolak usul ‘undi tidak percaya’ terhadap beliau atas rasional bahawa sokongan kepada PN sudah jauh merosot.

Anehnya pula jangkitan dan penularan Covid19 sejak Proklamasi Darurat pada 12 Januari lalu terus naik mendadak sehingga 9020 kes sehari dan jumlah akumulatif kematian meningkat kepada 2650 pada 29 Mei lalu.

Ia bukanlah peningkatan yang tiba-tiba menegak, sebaliknya ia adalah peningkatan ansur maju, sejak Proklamasi Darurat diumumkan lagi.

Ini bermakna Proklamasi Darurat dan gerakan PKP yang dikuatkuasakan telah ‘GAGAL’.

WHO mencatatkan Malaysia sebagai negara ke-7 paling teruk diserang jangkitan Covid19, dan dengan pola sedia ada dijangkakan kes kematian akibat Covid19 di Malaysia akan mencecah 26,000 pada September ini.

Jadi nampaknya, kerajaan PN Muhyiddin Yassin cuba menjadi jaguh menguruskan negara sendirian, tanpa mahu melibatkan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang.

Hakikat ini telah menyebabkan pelbagai kecelaruan, cacamerba, haru-biru dan porak-peranda apabila PKP 3.0 dengan ‘total lockdown separuh masak’ dikuatkuasakan.

Boleh dikatakan semua pemimpin parti politik utama negara mahu Parlimen bersidang semula dan tidak boleh membiarkan begitu sahaja Muhyiddin menguruskan negara tanpa ada tindakan ‘semak dan imbang.’

Muhyiddin gagal mengawal Covid19 dan Muhyiddin juga gagal melaksanakan vaksinasi Covid19 kerana dilihat lembab, lambat dan huru-hara.

Lantas, adakah rakyat perlu membuat petisyen seperti apa yang telah dibuat ke atas Azmin Ali, agar Muhyiddin juga meletakkan jawatan kerana gagal menangani wabak Covid19 dengan berkesan sehingga mengancam 26,000 nyawa rakyat menjelang September ini?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: