AZMIN TIDAK AKAN DIPECAT KERANA DIA ORANG BERSATU

Pastinya DS Azmin Ali tidak akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), meskipun 1 juta tanda tangan diperoleh daripada petisyen yang menggesa dia meletakkan jawatan.

Apatah lagi untuk PM TS Muhyiddin Yassin melucutkan jawatan Azmin yang sedia ada.

Semuanya mungkin didorong oleh status Azmin sebagai Ahli Parlimen yang telah curang kepada PKR dan melompat masuk Bersatu.

Setakat waktu artikel ini ditulis, sokongan yang terkumpul daripada petisyen ‘dalam talian’ ke atas Azmin adalah berjumlah lebih 142 ribu yang dilihat amat pantas mendekati sasaran 150 ribu.

Berbeza dengan petisyen yang diperoleh ketika DS Tajuddin Abd Rahman dilucutkan jawatannya serta-merta walaupun dia telah menerima 139 ribu sokongan yang menggesa dia dilucutkan jawatan.

Jumlah sokongan itu adalah lebih rendah daripada jumlah sokongan petisyen ke atas Azmin.

Namun, tanpa melihat bahawa Tajuddin bukanlah Ketua Eksekutif Prasarana yang jauh lebih bertanggungjawab ke atas pelanggaran dua tren LRT, dia telah dilucutkan jawatannya serta-merta.

Adakah prestasinya dinilai daripada ‘mulutnya’ sedangkan kemalangan LRT adalah kerana soal teknikal yang harus dipertanggungjawabkan oleh Ketua Eksekutif, Pengurus Operasi Tren, dan mereka yang terlibat dengan soal operasi elektronik, bukannya ‘Pengerusi Bukan Eksekutif.’

Seorang penganalisis politik, Kenneth Cheng  menegaskan bahawa bukan sahaja Tajuddin yang harus dipecat, tetapi sesiapa juga hendaklah dipecat oleh PM TS Muhyiddin Yassin sekiranya menteri, atau timbalan menteri yang tidak berprestasi serta tidak melakukan tugas mereka dengan baik.

Kenneth Cheng juga mempersoalkan adakah Tajuddin akan dipecat sekiranya dia adalah Ahli Parlimen Bersatu?

Dr Azmi Hassan

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Azmi Hassan juga mempersoalkan sama ada PM akan memecat individu lain yang berprestasi buruk?

Dr Azmi bertanya, “Sekiranya Tajuddin boleh dipecat, bagaimana dengan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC yang lain, sekiranya prestasi mereka buruk?”

Dalam situasi terkini, Azmin Ali telah, dengan terang lagi bersuluh, menunjukkan prestasinya yang amat buruk melalui kepimpinannya dalam MITI.

Bagaimanakah MITI yang berada di bawah kuasa Azmin masih membenarkan 128,150 syarikat dan kilang yang melibatkan 1.57 juta pekerja, beroperasi ketika ‘Total Lockdown’ sedang dikuatkuasakan.

Sedangkan Azmin sedar dan telah berkali-kali diingatkan oleh TS Dr Noor Hisham bahawa kluster Tempat Kerja dan Kilang adalah penyumbang tegar kepada jangkitan pandemik Covid19. Masih tidak fahamkah Azmin?

Apa yang membangkitkan kemarahan rakyat dan netizen adalah nyawa yang hilang disebabkan jangkitan Covid19.

Ia bukan jumlah yang kecil apabila WHO mendapati Malaysia berada dalam senarai 10 negara paling teruk dijangkiti Covid19 daripada 195 negara ahli PBB.

WHO juga meramalkan dengan pola peningkatan jangkitan di Malaysia, kes kematian akibat jangkitan Covid19 boleh mencecah 26,000 menjelang September ini.

Malah dari aspek jumlah jangkitan per kapita, Malaysia adalah lebih teruk daripada India.

Sebagaimana soalan DS Anwar Ibrahim, siapakah yang akan dipertanggungjawabkan di atas kematian rakyat yang sebegitu ramai?

Setakat 4 Jun, jumlah jangkitan harian ialah 7,748 dengan jumlah kumulatif 603,122 dan kes kematian harian 86 dengan jumlah kumulatif 3,182.

Kesalahan utama Azmin sebagaimana dicatatkan oleh pihak yang menganjurkan petisyen ialah “Gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik.”

Amat jelas, Azmin adalah menteri PN yang berpretasi buruk. Azmin tidak prihatin terhadap nyawa rakyat yang terkorban. Azmin lebih mengutamakan golongan kapitalis.

Sebagaimana tindakan ke atas Tajuddin, Azmin juga hendaklah dilucutkan jawatannya serta-merta meskipun dia daripada Bersatu.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: