
Dalam satu siaran Instagramnya, DS Najib telah mengingatkan kerajaan PN terutamanya Azmin Ali yang menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bahawa ‘Total’ dalam ‘Total Lockdown’ bukanlah minyak pelincir yang boleh dipandang enteng kerana banyak pilihan minyak lain.
Sindiran DS Najib itu sewajarnya menjadi iktibar kepada kerajaan PN yang dilihat cacamerba dan haru-biru.
Masakan 128,000 syarikat dan perkilangan dengan 1.57 juta pekerja dibenarkan beroperasi ketika gerakan ‘Total Lockdown’ di tengah-tengah proklamasi Darurat yang sedang berjalan.
Sedangkan kluster Tempat Kerja dan Kilang menjadi penyumbang terbesar kepada kes jangkitan Covid19 di seluruh negara.

Jelas sekali MITI tidak faham apa ertinya ‘Total Lockdown’ yang digerakkan untuk menyelamatkan nyawa rakyat.
Nampaknya orang yang menerajui MITI itu tidak kisah dengan kematian rakyat sedangkan kes jangkitan dan kematian dalam tempoh ‘Total Lockdown’ ini tidak menunjukkan penurunan yang signifikan.
Jumlah kes jangkitan semalam 3 Jun adalah 7,703 dengan kematian 126, manakala jumlah kumulatif kematian adalah 2,993.

Adakah kematian rakyat hanya dianggap angka-angka statistik, dan tidak terkesan langsung kepada hati-nurani pemimpin PN?
Sebagaimana soalan yang dibangkitkan oleh DS Anwar Ibrahim, “Siapakah yang akan bertanggungjawab atas kematian rakyat?”

WHO mendapati Malaysia berada dalam senarai 10 negara paling teruk dijangkiti Covid19 dan dari aspek jangkitan per kapita, Malaysia adalah lebih teruk daripada India.
Malahan WHO mendapati dengan sikap tidak acuh pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan PN, kes kematian akibat jangkitan Covid19 di Malaysia boleh mencecah 26,000 menjelang September tahun ini.

Siapakah yang akan bertanggunjawab? Jika Menteri Pertahanan dan Kementerian Kesihatan bertanggungjawab melaksanakan tindakan ‘Total Lockdown’ PKP 3.0, mengapa pula MITI di bawah Azmin Ali membenarkan 128,000 syarikat dengan jumlah pekerja 1.57 juta bebas beroperasi?
Nyawa rakyat nampaknya seperti nyawa ikan terdampar di pantai yang tidak dipedulikan.
******
Tinggalkan Jawapan