
Macam-macam taktik dilakukan untuk memaksa DS Azmin Ali meletakkan jawatan atau mungkin juga meninggalkan terus dunia politik.
Dahulu semasa dia menjadi ayam tambatan Tun Mahathir dan diberikan jawatan Menteri Ekonomi dalam kerajaan PH, seluruh negara gempar pada Jun 2019 apabila video semburit yang disahkan tulen tetapi pelakonnya tidak tulen tertular.

Video itu mempertontonkan dua watak utama yang seorang daripadanya mirip Azmin, tetapi dikatakan bukan Azmin.
Manakala seorang lagi pelakon mengaku bahawa dia adalah salah seorang daripada dua watak itu, dan dia juga mengaku bahawa watak seorang lagi adalah Azmin.

Sungguh dahsyat serangan yang dihalakan kepada Azmin.
Namun meletakkan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi pada waktu itu, tidak sekali-kali, ibarat pepatah kalau patah kaki, bertongkat siku, kalau patah siku, bertongkat dagu, namun letak jawatan tidak sekali-kali.
Malahan heboh pula bahawa Azmin adalah tokoh pilihan yang diramalkan akan menggantikan Tun Mahathir sebagai PM.
Sedangkan DS Anwar Ibrahim yang telah menanti sejak 1998, hanya menjilat jari, meroyan dan merintih seorang diri, meskipun setelah diheret ke penjara.
Kali ini petisyen pula digunakan untuk memaksa Azmin meletakkan jawatannya sebagai Menteri MITI.
Pastinya kerana MITI dilihat bertanggungjawab ke atas 128,150 syarikat dan kilang yang melibatkan 1.57 juta pekerja, beroperasi ketika ‘Total Lockdown separuh masak’ PN sedang dikuatkuasakan.

Sedangkan Azmin sedar dan telah berkali-kali diingatkan oleh TS Dr Noor Hisham bahawa kluster Tempat Kerja dan Kilang adalah penyumbang tegar kepada jangkitan pandemik Covid19. Masih tidak fahamkah Azmin?

Apa yang membangkitkan kemarahan rakyat dan netizen adalah nyawa yang hilang disebabkan jangkitan Covid19.
Ia bukan jumlah yang kecil apabila WHO mendapati Malaysia berada dalam senarai 10 negara paling teruk dijangkiti Covid19 daripada 195 negara ahli PBB.
WHO juga meramalkan dengan pola peningkatan jangkitan di Malaysia, kes kematian akibat jangkitan Covid19 boleh mencecah 26,000 menjelang September ini.
Malah dari aspek jumlah jangkitan per kapita, Malaysia adalah lebih teruk daripada India.

Setakat hari ini (4 Jun), jumlah jangkitan harian ialah 7,748 dengan jumlah kumulatif 603,122 dan kes kematian harian 86 dengan jumlah kumulatif 3,182.

Sudah terang lagi bersuluh, setelah 4 hari berlangsung, ‘Total Lockdown separuh masak’ PKP 3.0 kerajaan PN, tidak berkesan.
Apakah Azmin tidak membaca laporan media antarabangsa, apabila mayat-mayat mangsa Covid19 dicampakkan sahaja di Sungai Gangga kerana pusat kremasi tidak terdaya lagi menguruskan puluhan ribu mayat sehari di India?

Petisyen ke atas Azmin itu mensasarkan 150,000 dan setakat petang tadi (4 Jun), sejumlah 138,927 tandatangan telah dapat dikumpulkan.

Tidaklah berangkaian kesalahan Azmin sehingga pihak yang membencinya berusaha menggerakkan petisyen netizen untuk mendesak dia meletakkan jawatan, kecuali atas satu alasan sahaja “Gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik.”
Bukanlah kerana dia bersemburit, tidaklah kerana dia mencabul atau mensodomi seseorang, tetapi hanya kerana dia gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan.
Bagaimana dengan menteri kanan yang lain? Adakah mereka telah berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan?
Bagaimana dengan TS Muhyiddin Yassin, adakah dia telah berfungsi sebagai PM yang diharapkan?
Bagaimana pula dengan DS Hamzah Zainudin yang dikritik hebat tempoh hari oleh bekas KPN kerana melantik ‘budak-budak dia’ dalam PDRM? Adakah dia berfungsi dengan baik?
Jumlah 140,000 petisyen waima 200,000 sekali pun bukanlah undi PRU bagi kawasan Parlimen Gombak yang boleh menyebabkan Azmin tersingkir dan tersungkur.
Ia hanyalah petisyen.
Kami percaya jika petisyen dibuat ke atas Tun Mahathir, dalam masa seminggu, 1 juta petisyen boleh dikumpulkan untuk meminta beliau bersara daripada politik.
Tetapi anehnya, tak perlu 1 juta atau 150,000 petisyen, cukup hanya sekadar beberapa ahli parlimen PH yang belot, Tun Mahathir terkial-kial terpaksa meletakkan jawatannya.
Pastinya Azmin akan terus kekal sebagai Menteri MITI, muka dia tebal, lebih tebal daripada kulit badak sumbu Afrika yang mengidap obesiti.
******
Tinggalkan Jawapan