
Nurul Izzah Anwar, sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, yang secara automatisnya dilihat berada dalam blok kerajaan PP, telah lantang mengkritik kerajaan DAP yang cuba menyekat periuk nasi kaum nelayan melalui projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang atau PSR.
Beliau menggesa DAP PP dan kerajaan Persekutuan supaya menghentikan projek itu serta-merta.

Projek itu didakwa tersasar daripada objektif asalnya dan dilihat lebih banyak menumpukan kepada kepentingan pihak tertentu serta mengabaikan kelestarian alam sekitar yang menjejaskan periuk nasi golongan nelayan.

Ketika projek tersebut diumumkan pada 2015, beliau menyokong projek pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih baik, tetapi kini ia tersasar kerana diubah untuk merangkumi lebuh raya mega merentasi bukit dan sungai, LRT, monorel, skycab dan pelan tambakan laut.
Pastinya keseluruhan projek hanya mengkayakan kroni Lim Guan Eng, tetapi meracuni alam sekitar serta rezeki golongan miskin kaum nelayan yang menangkap ikan di kawasan yang terlibat sejak berkurun lalu.
Jelas Nurul, “Kini jelas PSR tidak lagi menjadi punca pembiayaan PTMP tetapi tertumpu kepada penghasilan dan penjualan harta tanah spekulatif dengan meminggirkan kepentingan alam sekitar dan sistem ekologi yang seimbang.
Projek ini boleh digambarkan sebagai projek penswastaan laut secara tidak langsung untuk pembangunan yang berpaksikan kepentingan swasta.
Kerajaan DAP PP tetap meneruskan projek itu walaupun Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) telah mengesahkan bahawa PSR akan mengakibatkan kerosakan alam sekitar secara kekal.
Projek tersebut melibatkan penambakan 4,500 ekar kawasan laut, serta pembinaan pulau yang dilihat sebagai satu strategi pembangunan yang mirip kepada pembangunan Republik Singapura, sedangkan banyak tanah daratan yang boleh diusahakan tanpa meracuni rezeki kaum nelayan.
Walaupun DAP PP menawarkan pakej dan program ex-gratia untuk membantu 1,615 nelayan yang terjejas tetapi dengan penuh muslihat projek ini akan mengancam mata pencarian hampir 5,000 nelayan akibat dampak penambakan yang melangkaui Teluk Kumbar dan Perairan Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun imbuhan yang diberikan tidak berbaloi dan penuh dengan muslihat terhadap kaum nelayan yang menjadikan kerja menangkap ikan sebagai punca pendapatan harian mereka.

Komuniti nelayan yang terlibat telahpun mengemukakan memorandum kepada Ahli Parlimen PKR PP yang mendedahkan bahawa persetujuan yang diperolehi oleh kerajaan DAP PP hanyalah daripada nelayan sambilan dan nelayan yang telah bersara.
Manakala pandangan nelayan sepenuh masa yang bertukus-lumus setiap hari mencari rezeki di kawasan laut yang terjejas, tetap menolak projek berkenaan.
Inilah antara penipuan kerajaan DAP PP terutamanya kepada para nelayan yang majoriti besarnya adalah kaum Melayu.
Tidak cukupkah dengan tindakan kerajaan DAP PP yang telah berjaya mengenyahkan sebahagian besar kaum Melayu-Bumiputera PP daripada bumi yang dijajah Inggeris daripada kerajaan Kedah itu?
Nurul juga menggesa agar Kementerian Alam Sekitar dan Air membatalkan kelulusan awal yang telah diberikan kepada kerajaan DAP PP.
Nampaknya objektif asal projek berkenaan telah dicabuli oleh muslihat yang hanya memusnahkan periuk nasi kaum nelayan.

Pengerusi Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menggunakan semua saluran yang ada, termasuk undang-undang untuk membela kaum nelayan dan menolak projek PSR.
Bagi BN, sudah tentu projek tersebut akan menjejaskan peiruk nasi nelayan dan sewajarnya projek itu dikaji semula, malah kesannya terlalu buruk kepada 5000 nelayan yang mencari rezeki di persekitaran itu.
Kerajaan DAP PP juga telah mengumumkan pelaksanaan projek tambakan laut seluas 1,800 hektar di Permatang Damar Laut bagi membina tiga buah pulau buatan.
Pulau itu kemudiannya akan dijual untuk melaksanakan projek Pengakutan PP yang bernilai RM46 billion.
Jelaslah bahawa DAP PP hanya memetingkan soal projek yang akan mengayakan golongan kapitalis daripada kroninya.

Parti Gerakan juga menyokong pembatalan projek PSR itu dan melihat tingkah-laku komponen PH yang lain sebagai menodai mandat rakyat yang diberikan kepada DAP selama tiga penggal berturut-turut.
Gerakan menterjemahkan kerajaan DAP PP telah mensia-siakan mandat yang diberikan oleh rakyat kerana projek PSR telah menggugat kepentingan rakyat.
Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong menegaskan, “Jika pemimpin PH terus mendiamkan diri, ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka bukan mengutamakan kepentingan rakyat tetapi lebih mementingkan konsortium yang terlibat dalam projek mega PP, sedangkan suara hati rakyat diabaikan dan mereka terus merosakkan ekosistem persekitaran sevara kekal.”
Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan PP menggesa kerajaan DAP PP supaya tidak terus ego dan keras kepala kerana tahap kemusnahan projek berkenaan terhadap alam sekitar tidak dapat ditanggung oleh mereka.

Tegas Keong lagi, “Biar kita mengenali sikap sebenar DAP yang angkuh bukan sahaja mengabaikan kewujudan parti komponen PH yang lain, tetapi juga tidak menghormati pandangan dan pendirian yang dibuat melalui petisyen bersama antara NGO dan 110,000 rakyat PP.”
Bagi Keong sebenarnya DAP angkuh, bukan sahaja mengabaikan kewujudan parti komponen PH yang lain, tetapi juga tidak menghormati pandangan dan pendirian yang dibuat melalui petisyen bersama antara badan bukan kerajaan (NGO) dan 110,000 penduduk Pulau Pinang.
******
Tinggalkan Jawapan