ISU MORATORIUM- ZAFRUL JANGAN JADI BACUL TERHADAP KAPITALIS PERBANKAN

Oleh Dr Mamat Desa

2 Jun 2021

Ketika mengendalikan bantuan ‘Pemerkasa Plus’ kepada rakyat, TS Muhyiddin seperti lupa kepada golongan yang terjejas pekerjaan dan terhimpit dengan masalah kewangan yang boleh menjejaskan kestabilan sosial dan kesejahteraan negara.

Apa yang dilihat, banyaklah retorik politik di samping syarat-syarat yang menyusahkan golongan B40 dan M40 untuk mendapatkan Bantuan Pemerkasa Plus.

Golongan M40 misalnya, yang terjejas pendapatan mereka kerana ‘total lockdown’ PKP pada hakikatnya seperti tidak mendapat apa-apa bantuan.

  • Moratorium pinjaman bank – Tiada
  • Moratorium PTPTN – Tiada
  • Bantuan tunai BPR- RM 0.00
  • i-Sinar 2.0 – Tiada
  • i-Lestari 2.0 – Tiada
  • Diskaun Elektrik – 0.00%

Anehnya dan betapa tunduknya kerajaan PN terhadap golongan kapitalis apabila 95 ribu syarikat, termasuk kilang-kilang tertentu diberikan kelulusan untuk beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ yang pada hakikatnya ialah ‘loose lockdown’ apabila kluster tempat kerja daripada kilang-kilanglah yang menjadi penyumbang terbesar kepada penularan Covid19.

Dalam konteks moratorium adakah kerajaan dan Bank Negara sudah hilang kuasa terhadap institusi perbankan sehingga terpaksa tunduk terhadap bantahan untuk melaksanakan moratorium bagi melegakan tekanan kewangan rakyat termasuk golongan M40 akibat pandemik Covid19 yang melanda?

Banyangkan bagi mereka yang masih berhutang dengan bank dalam pinjaman membeli rumah dan pinjaman membeli kereta.

Bagi pinjaman rumah ia boleh berlanjutan sehingga 25 tahun, manakala 9 tahun bagi pinjaman kereta.

Tidakkah dalam peruntukan undang-undang kerajaan boleh gunakan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 Seksyen 10 dan 11, sekiranya kerajaan gagal menggunakan budi bicara untuk pihak bank melaksanakan moratorium?

Akta berkenaan memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kewangan dan Bank Negara untuk memperbaharui lesen perbankan, dan syarat boleh dikenakan ketika pihak bank mahu memperbaharui lesen mereka bagi tujuan melindungi kepentingan negara.

Dengan itu Menteri Kewangan, Zafrul Aziz bagi pihak kerajaan, mempunyai kuasa mengarahkan pihak bank bagi melaksanakan moratorium dan pengecualian faedah pinjaman.

Zafrul telah membuat kenyataan akhbar bahawa pihaknya tidak boleh memaksa bank untuk melaksanakan moratorium.

Kenyataan sedemikian menunjukkan bahawa Zafrul tunduk kepada pihak bank dan membiarkan mereka menidakkan kuasa kerajaan.

Peliknya Zafrul juga tidak boleh memaksa 92 ribu syarikat termasuk kilang-kilang, daripada beroperasi semasa ‘total lockdown’ sedangkan Ketua Pengarah Kesihatan, TS Noor Hisham sudah berkali-kali memberi amaran bahawa kluster tempat kerja terutama kilang-kilang menjadi punca utama kepada penularan Covid19.

Adakah Zafrul lupa bahawa dalam situasi sekarang negara berada dalam tempoh ‘Proklamasi Darurat’ yang memberi kuasa mutlak kepada kerajaan PN untuk melaksanakan dasar yang dilihat ‘unilateral’ tanpa ganggu-gugat dan bantahan pemimpin pembangkang, apatah lagi pada ketika parlimen digantung?

Benarlah dakwaan bahawa kerajaan PN lebih mengutamakan golongan kapitalis, taukey-taukey besar, penjudi-penjudi Casino Genting dan golongan kayangan yang lain, lebih daripada kesejahteraan rakyat marhaen yang kini menderita akibat pandemik Covid-19.

Seorang Peguam, Derek Fernandez menegaskan bahawa kerajaan ada kuasa untuk meminta pihak bank secara sukarela bersetuju bagi melaksanakan hasrat kerajaan yang berkaitan pengurusan bank.

Kerajaan boleh menggunakan undang-undang sebagaimana Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 Seksyen 10 dan 11, untuk memaksa pihak bank melaksanakan moratorium sekiranya kerajaan benar-benar mempunyai keazaman politik untuk menjadikan beban kewangan akibat Covid19 untuk dipikul bersama oleh semua pihak terutamanya pihak bank yang sebenarnya masih boleh membuat keuntungan besar walaupun dalam situasi pandemik Covid19.

Pada 31 Mei, TS Muhyiddin Yassin sebagai PM sendiri telahpun mengumumkan bahawa bank bersetuju untuk memberikan moratorium automatik selama tiga bulan semasa perutusan khas Bantuan Pemerkasa Plus.

Malahan Zafrul sendiri telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa kelulusan automatik bagi permohonan moratorium serta pengurangan balik ansuran pinjaman sebanyak 50% akan diberi oleh bank kepada golongan yang terjejas akibat ‘total lockdown’ PKP 3.0.

Aneh dan amat mengecewakan apabila pada 1 Jun berkontradik dengan kenyataan akhbar sebelumnya, Zafrul mengeluarkan pula kenyataan yang agak bercanggah apabila dia berkata bahawa kerajaan tidak dapat mengawal pihak bank bagi menentukan bentuk bantuan kepada peminjam atau moratorium.

Kenyataan yang rakyat lihat sebagai berbelit-belit daripada PM yang tidak selari dengan kenyataan Menteri Kewangan amat jelas menunjukkan bahawa kuasa unilateral kerajaan PN, tanpa sidang parlimen amatlah mengecewakan rakyat.

Inilah akibatnya apabila Parlimen tidak bersidang, yang menjadikan situasi daruratnya sebagai satu persekitaran politik yang kelam-kabut dan caca-merba.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: