SIAPA EXCO ARMADA YANG MAHU RAKYAT JADI LEMBU DICUCUK HIDUNG?

Editorial

2 Jun 2021

Sungguh aneh apabila Exco Armada Bersatu, Muhammad Saiful Bahari Sahari, mencaci Datok Dr Asyraf Wajdi sebagai pemimpin ‘letak otak di lutut’ hanya kerana Asyraf meminta agar Menteri Kanan Ekonomi memberikan penjelasan tentang sub-sektor perkilangan yang dibenarkan beroperasi di tengah-tengah kegawatan rakyat menentang pandemik Covid19 dalam gerakan ‘total lockdown’ PKP 3.0.

Apa ertinya ‘total lockdown’ sekiranya lebih 95 ribu syarikat dan kilang dibenarkan beroperasi yang melibatkan 1.2juta pekerja?

Saiful tidak menunjukkan sifat dinamik seorang pemimpin yang berdiri atas paksi demokrasi, sebaliknya dia lebih suka rakyat berdiam diri seperti ‘lembu dicucuk’ hidung, tanpa perlu meninjau dan prihatin terhadap apa yang sedang berlaku.

Asyraf atau sesiapa juga seharusnya diberikan platform untuk mengetahui mengapakah kerajaan PN terutamanya Menteri Kanan Ekonomi masih memberi ruang dan membuka pintu kepada sektor perkilangan sedangkan apa yang sedang digerakkan adalah ‘total lockdown’ atau ‘Perintah Kawalan Pergerakan Penuh’ di tengah-tengah pelaksanaan Proklamasi Darurat.

Selain daripada sektor ‘essential’ (asas) seperti makanan dan minuman, pihak Menteri Kanan Ekonomi juga menyebut aktiviti berkepentingan dalam rantaian global juga dibenarkan beroperasi ketika ‘total lockdown’ PKP 3.0 ini.

Tidakkah semua atau majoriti operasi perkilangan melibatkan rantaian global atau antarabangsa baik bagi hal produksi pasarannya mahupun bahan produksinya?

Dengan itu terbangkit soalan, adakah hampir semua kilang dibenarkan beroperasi dan inilah persoalan yang berlegar pada pemikiran pihak KKM, pihak MKN, NGO penggiat ekonomi, dan rakyat seluruhnya.

Soalan yang dikemukakan oleh Asyraf adalah 110% signifikan apabila penularan Covid19 adalah amat lewah pada kluster Tempat Kerja khususnya sektor perkilangan, apatah lagi yang melibatkan pekerja asing dalam konteks perkilangan global.

Semua pihak amat prihatin kerana soal ketirisan dalam hal operasi ‘total lockdown’ adalah soal nyawa rakyat.

Saiful sewajarnya melihat bagaimana mayat-mayat mangsa Covid19 di India dicampakkan sahaja ke Sungai Gangga, kerana pusat kremasi tidak mampu lagi beroperasi dengan kadar kematian yang begitu banyak.

Tidakkah Saiful membaca, baik media arus perdana mahupun media dalam talian bahawa penularan pandemik Covid19 pada kluster Tempat Kerja dan Perkilangan amat signifikan sebagai sumber penularan pandemik sebagaimana berkali-kali diingatkan oleh TS Dr Noor Hisham?

Sumber: Berita Harian

Semua sedar bahawa sektor perkilangan memberi pekerjaan kepada rakyat marhaen, tetapi inilah masanya kerajaan membantu rakyat dengan bantuan kewangan dalam jumlah yang wajar, supaya mereka diberikan cuti bergaji, atau alternatif lain, mendahulukan mereka dalam program vaksinasi KKM.

Anehnya dalam kegawatan kadar vaksinasi yang rendah di seluruh negara, tiba-tiba Menteri Kanan Ekonomi membenarkan lebih 95 ribu syarikat perkilangan dengan anggaran 1.2 juta pekerja untuk terus beroperasi di tengah-tengah ‘total lockdown’ PKP 3.0.

Adakah terminologi ‘total lockdown’ itu hanya sekadar satu sandiwara atau retorik politik yang cuba diselitkan di tengah-tengah Proklamasi Darurat?

Dengan itu amatlah wajar bagi Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf mengemukakan 7 soalan asas untuk dijawab oleh Menteri Kanan Ekonomi, DS Azmin Ali.

Saiful seperti tidak sedar bahawa Proklamasi Darurat PN gagal menyekat, mengekang, dan mendatarkan penularan pandemik Covid19, jauhlah lagi melenyapkannya, bagi membolehkan semua jentera ekonomi negara bergerak sebagaimana biasa.

Cubalah prihatin terhadap ketakutan pekerja kilang sebagaimana dilaporkan oleh MTUC, akibat daripada serangan pandemik Covid19 ke atas rakan-rakan di kilang tempat mereka bekerja.

Bagaimana pula dengan hakikat banyak hospital yang mengendalikan kes jangkitan, kini sudah kehabisan katil untuk mangsa-mangsa Covid19.

Tidakkah Saiful sedar bahawa jumlah kes per kapita jangkitan Covid19 di Malaysia adalah lebih teruk dibandingkan dengan India?

Tidakkah Armada sedar bahawa WHO telah merekodkan bahawa Malaysia adalah negara ke-7 yang paling teruk diserang Covid-19 dalam senarai 195 negara anggota PBB?

Sehingga hari ini, setelah dua hari beroperasi dalam ‘total lockdown’ graf jangkitan kes seluruh negara masih menakutkan dengan kes jangkitan baharu 7703, kematian 126, jumlah akumulatif kematian 2993, dan jumlah akumulatif kes adalah 587,165.

‘Total lockdown’ tidak menunjukkan kesan yang signifikan, sedangkan kadar vaksinasi negara adalah lembab.

Lebih menyakitkan hati apabila berlaku ketirisan dalam pelaksanaan PKP sebelumnya apabila kluster kes seperti membenarkan dakwaan bahawa pihak berkuasa telah tunduk kepada golongan kapitalis, penjudi Casino Genting, taukey-taukey kilang dan golongan kayangan lebih daripada menjaga nyawa rakyat yang terancam.

Ia menjadi signifikan apabila desakan untuk PKP penuh seperti tidak diindahkan, sehinggalah kes jangkitan melonjak kepada angka 9020 kes, tertinggi dalam sejarah negara pada 29 Mei lalu.

Hanya kerana permintaan Dr Asyraf untuk mendapatkan perincian klasifikasi sub-sektor perkilangan, pemimpin Armada itu terus mendakwa Asraf sebagai “mentaliti tidak ubah seperti pembangkang.”

Kata Saiful, “Rakyat harus melihat betapa bodoh dan dangkalnya akal Asyraf yang hanya menjadi lidah rasmi DAP dan pembangkang.”

Pelik bila memikirkan kerana semasa PH berkuasa Bersatu dan Pemuda Armadalah yang berada di bawah ketiak DAP, sehingga PM daripada Bersatu mengaku bahawa dia adalah ‘Boneka DAP’.

Inikah dia pemimpin Armada yang mahu diangkat sebagai pemimpin masa depan? Dia lebih suka rakyat berdiam diri dan menjadi boneka.

Mentang-mentang UMNO berada dalam blok kerajaan, maka haramkah pihak UMNO bertanyakan soalan serta perincian operasi ‘lockdown’, sedangkan parlimen digantung atas nama ‘Darurat’?

Siapakah yang meletakkan ‘otaknya di kepala lutut’, Ketua Pemuda UMNO atau Exco Armada yang seperti masih berhingus itu.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: