AKHIRNYA MUHYIDDIN LULUSKAN MORATORIUM

Dr Mamat Desa

1 Jun 2021

Walaupun soal moratorium bagi 5 juta peminjam, tidak disebut sebagaimana liputan dan berita yang disiarkan oleh Astro Awani dalam perutusan khas Pemerkasa PLUS oleh PM TS Muhyiddin Yassin bagi membantu rakyat menghadapi PKP Penuh 3.0, namun Malay Mail online telah melaporkan dengan jelasnya bahawa dengan persetujuan Bank Negara, moratorium automatik akan tetap dilaksanakan.

Sumber: Malay Mail

Perakuan PM tentang moratorium itu adalah berita gembira kepada 5 juta peminjam, yang sebelumnya tertekan dengan kenyataan Gabenor Bank Negara, Datok Nor Shamsiah Mohd Yunus bahawa moratorium automatik tidak akan dilaksanakan pada PKP penuh 3.0.

Hasil daripada perbincangan dengan pengurusan Bank Negara, pihak industri perbankan telah memberi jaminan penuh dan komitmen untuk memberikan bantuan pembayaran pinjaman dan moratorium.

Dengan itu juga kumpulan B40 dan golongan yang terkesan dengan pelaksanaan PKP penuh sehingga ada yang diberhentikan kerja termasuk syarikat kecil dan industri sederhana yang tidak dibenarkan beroperasi akan mendapat kemudahan moratorium secara automatik untuk selama 3 bulan.

Muhyiddin berharap perisytiharan moratorium itu akan melegakan peminjam bank yang tertekan dengan pelaksanaan PKP penuh itu.

Sebelum itu pakar ekonomi Muhammed Abdul Khalid yang pernah dilantik sebagai Perunding Ekonomi PBB, menegaskan bahawa tiada satu bank pun yang rugi pada tahun lalu setelah memberikan moratorium kepada 5 juta peminjam.

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS), UPM, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif juga berpendapat bahawa tidak akan ada implikasi kewangan yang besar kepada pihak bank kerana sebelum ini walaupun mereka telah memberi moratorium automatik selama enam bulan kepada semua peminjam, industri perbankan masih mencatatkan keuntungan berbilion ringgit.

Sebaliknya jika pihak bank mengabaikan moratorium, ia dikhuatiri akan memberi dampak negatif kepada ekonomi dan sosial dari segi peningkatan kes gulung tikar serta meningkatkan kadar pengangguran dan muflis.

Walaupun berat bagi Muhyiddin, namun rakyat bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan PM dan Bank Negara yang akan menelan belanja RM30 bilion apabila moratorium dilaksanakan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: