ADA CERITA DI SEBALIK PELUCUTAN JAWATAN TAJUDDIN SEBAGAI PENGERUSI PRASARANA

Oleh Dr Mamat Desa

27 Mei 2021

Prasarana Sdn Bhd, pemilik sistem LRT laluan Kelana Jaya yang bertembung dalam terowong berdekatan KLCC membangkitkan isu hangat apabila Pengerusi Bukan Eksekutifnya dilucutkan jawatan serta-merta.

Dimuat turun daripada YouTube

DS Tajuddin Abdul Rahman, sebagai Pengerusi Prasarana dikecam kerana kenyataannya yang tidak berdiplomasi, tidak professional dan tidak simpatetik kepada mangsa.

Pelucutan jawatan Tajuddin seakan-akan menjadi ubat kepada depresi awam, terutamanya pihak yang menjadi mangsa kemalangan serta ahli keluarga.

Namun timbul persoalan kenapakah Ketua Eksekutif, serta pihak teknikal yang mengendalikan sistem elektronik LRT berkenaan tidak diambil tindakan.

Dalam kejadian trajis pertama negara yang melibatkan pertembungan dua LRT itu, 213 penumpang telah cedera manakala 6 daripadanya kritikal.

Kemalangan trajis itu, di tengah-tengah kegawatan rakyat melawan pandemik Covid-19 dengan angka kematian kumulatif 2,432 , telah menambahkan lagi depresi awam.

Malahan Tajuddin telah berseloroh dengan mengatakan, “The two cars together, they kiss each other.”

Tajuddin juga dilihat sebagai tidak prihatin terhadap tragedi itu apabila dia menangguhkan lawatannya ke tempat kejadian pada keesokan paginya.

Bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan LRT laluan Kelana Jaya –
Dimuat turun daripada Google

Walau bagaimanapun Prasarana akan membayar wang RM1000 sebagai bantuan khas kepada setiap daripada 213 mangsa kemalangan.

Sewajarnya Ketua Eksekutif Prasarana mestilah diambil tindakan, serta pegawai teknikal yang mengendalikan sistem rutin pergerakan LRT berkenaan.

Adakah di sebalik perlucutan jawatan Tajuddin terdapat isu politik yang berpekung di sebalik tabir.

Apa yang kami perhatikan, pihak pertama yang menyarankan agar Tajuddin dipecat adalah Charles Santiago, AP Klang dari DAP.

Hairannya kenapa Charles tidak peka terhadap punca kemalangan yang bukannya kenyataan dalam sidang akhbar, sebaliknya adalah soal teknikal dalam sistem kawalan pergerakan LRT itu sendiri, serta pihak eksekutif yang bertanggungjawab dalam membuat sebarang keputusan?

Orang yang paling bertanggungjawab mengendalikan sistem rutin operasi pergerakan LRT itu ialah Ketua Eksekutif dan Pegawai Teknikal serta sistem elektronik LRT itu sendiri dan bukannya Pengerusi Bukan Eksekutif seperti Tajuddin.

Antara lain pihak yang harus bertanggungjawab ialah:

  1. Pengurus operasi tren iaitu orang yang menguruskan sistem pergerakan keseluruhan tren
  2. Pengawal Trafik – yang menjaga sistem aliran semua tren di landasan
  3. Pengurus Penyelenggaraan –orang yang memastikan keadaan teknikal tren dalam keadaan optimum untuk beroperasi
  4. Penyelia operasi tren

Walau apapun tindakan terhadap Tajuddin, Menteri Kewangan DS Zafrul Aziz, harus juga membongkar isu di sebalik tabir, bukan sekadar terpengaruh dengan desakan Charles Santiago yang telah secara terang-terangan menyerang Tajuddin bukan kerana Tajuddin yang mengendalikan tren LRT itu, sebaliknya kerana serangan-serangan Tajuddin terhadap pemimpin DAP dalam parlimen.

Tajuddin dalam FB-nya telah mendedahkan bahawa kerajaan PN dikatakan berhasrat menjual asset Prasarana kepada kroni Muhyiddin dan kroni Tun Mahathir, sedangkan dia adalah orang yang menentang hasrat tersebut.

Tragedi kemalangan LRT itu nampaknya terkelencong daripada punca kemalangan sebenarnya, tetapi telah menjadikan UMNO sebagai kambing hitam, hanya kerana Tajuddin adalah orang UMNO.

Malanglah bagi UMNO, Penasihat BN, DS Najib pula cuba meredakan keadaan apabila beliau menjadi wakil Tajuddin untuk memohon maaf kepada mangsa tragedi.

Sumber: SinarHarian yang dimuat turun daripada YouTube

Sepatutnya Tajuddin sendiri yang tampil memohon maaf bukan kerana soal teknikal tren tetapi kerana kenyataan media yang dibuatnya tanpa diplomasi yang lebih menonjolkan sikap tidak empatik kepada mangsa.

Walau apapun persepsi rakyat, Tajuddin ‘lapang dada’ menerima pelucutan jawatan tersebut, tetapi mengapakah pemimpin kerajaan PN yang gagal menangani pandemik Covid-19, sehingga meletakkan Malaysia di tangga ke-7 negara yang paling teruk daripada 193 negara di dunia dengan jumlah kes jangkitan (mengikut WHO) 7857, dan 2491 kematian tidak meletakkan jawatan?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: