Oleh Dr Mamat Desa
26 Mei 2021
Walaupun baru tergesa-gesa ditutup dua hari lalu kerana dikritik, rakyat tidak lihat apakah rasionalnya Casino Genting Highlands dibuka, sedangkan rakyat dihalang untuk rentas daerah, apatah lagi rentas negeri.
Adakah kerana Casino itu menjadi sarang lepak golongan kayangan apabila wang ringgit hanyalah kertas tisu bagi mereka?
Perkara yang menjadi isu ialah kenapakah gerai-gerai makan yang diusahakan oleh golongan marhaen diperintahkan ditutup sedangkan casino, kilang-kilang dan premis industri yang menjadi sumber wang kapitalis dibiarkan dibuka wewenangnya?
Mengapakah kluster kilang-kilang atau sektor industri yang lebih signifikan menjadi penyumbang kepada merebaknya Covid-19, diberikan kelonggaran?


Bukan itu sahaja, Casino di Genting Highlands juga telah wewenangnya dibuka untuk penjudi-penjudi antarabangsa.
Adakah hal ini ada kaitan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kuasa Azmin Ali atau Kementerian Kewangan di bawah kuasa Tengku Zafrul Aziz, kerana ia menjadi sumber wang haram negara?
Azmin dan Zafrul, kamu tidak belajarkah daripada kes-kes Covid di Casino Singapura yang melibatkan rakyat Malaysia?

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang bukan beragama Islam seperti kamu, telah menegur, kenapakah Casino Genting Highlands dibenarkan beroperasi sepanjang PKP sedangkan orang ramai dilarang makan dalam premis restoran, malah dilarang merentas daerah, apatah lagi merentas negeri.
Bagi rakyat yang tidak balik untuk Aidul Fitri dua tahun berturut-turut lagilah naik darah, kerana tujuan PKP adalah untuk mengekang interaksi sosial bagi mengelak pandemik Covid-19 yang kini sudah ada varian India dan Afrika Selatan hasil daripada ‘double and triple mutation.’
Varian Covid sedemikian pastinya tidak akan terkesan oleh vaksin biasa yang rakyat gunakan untuk vaksinasi.
Jadi interaksi dalam Casino Genting Highlands pasti mengetepikan SOP kerana interaksi sosial antara orang ramai, pekerja, penjudi dan pihak pengurus perjudian tidak mengenal SOP yang remeh itu.
Casino juga boleh menjadi persekitaran yang amat mesra kepada virus Covid berbanding kawasan terbuka.
Malahan kebanyakan rakyat marhaen tidak tahu apapun tentang perjudian yang melibatkan jutaan ringgit atau jika tidakpun puluhan ribu.
Apa yang mereka tahu adalah rutin mencari makan harian mereka tersekat.
Adakah ia disekat kerana ia tiada kena-mengena dengan urusan perdagangan antarabangsa dan tidak memberi sumbangan yang besar kepada kewangan negara?
Namun sungguh menghairankan bagaimanakah kaki-kaki judi itu boleh pergi ke Casino Genting dengan bebas sekali?
Siapakah yang prihatin dan mengambil berat untuk memantau interaksi sosial dalam konteks PKP, antara kaki-kaki judi itu semua?

Adakah mereka mematuhi SOP kawalan pandemik Covid-19 ketika berada dalam premis Casino itu?
Satu perkara lagi, bagaimanakah penjudi-penjudi tegar itu boleh merentasi negeri, sedangkan ramai antara kami yang hendak balik berhari raya dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur terus disekat di Lebuh Raya di sempadan negeri.
Anehnya wewenang sekali pihak keselamatan mengambil tindakan menyaman penjual burger RM50 ribu hanya kerana dia sedang menyediakan beberapa burger terakhir yang dipesan sebelum dia menutup premis perniagaan dalam rumahnya sendiri.
Tidakkah kamu Azmin dan Zafrul simpati dengan golongan rakyat sedemikian?
Jadi nampaknya Azmin dan Zafrul, rakan-rakan kamu dalam Kabinet Muhyiddin nampaknya sudah mewujudkan dua golongan masyarakat iaitu golongan kayangan dan golongan marhaen.
Golongan kayangan macam kamu berdua, buatlah apa pun, seks songsang ke, seks tonggeng-terbalik ke, semuanya kamu blanketkan sebagai fitnah, sebab kamu dibela oleh tangan ghaib.
Pada 7 Mei lalu, KMM telah mengesan 16 daripada 28 pelancong Alor Star yang mengunjungi Genting Highlands didapati positif Covid19.
Nampaknya ada pihak dalam Kabinet Muhyiddin yang sama seperti kamu berdua, tidak bertanggungjawab dan dengan mudahnya mengatakan “Saya tak tahu” – satu klise yang amat popular daripada mulut politikus tertua dunia.
Ingat sikit Azmin dan Zafrul, setakat hari ini, 26 Mei jumlah kes Covid19 telah meningkat kepada 7,478 kes dengan jumlah kumulatif kematian 2,432.

Statistik sedemikian amat menakutkan, ia lebih teruk daripada India mengikut kadar kes per kapita. Bukan sahaja menakutkan, statistik sedemikian juga memalukan.


Adakah kita bersedia, dengan situasi katil mangsa Covid-19 tidak mencukupi, dengan serangan varian baharu, dengan dakwaan bahawa ia bukan lagi terjangkit melalui sentuhan, sebaliknya ‘airborne’ atau terjangkit melalui udara.
Kamu berdua pasti tidak takut kerana kamu datang daripada puak kayangan, tetapi kami yang hina ini siapa?
*****
Tinggalkan Jawapan