23 Mei 2021
Berikut adalah sidang media TS Shafee Abdullah, peguambela DS Najib Tun Razak, dalam kes SRC yang telah pihak ‘Korek, Bongkar, Dedah’ terjemahkan dan transkrib.
Kami kira, sidang media ini adalah amat menarik dan boleh memberikan gambaran kasar tentang kedudukan DS Najib dan hujah pembelaan sebagaimana diperakui oleh peguambela beliau.

Dimuat turun daripada The Star (https://www.facebook.com/watch/live/v=858154608069349&ref=watch_permalink) Video ini telah mendapat 1500 komentar daripada netizen dalam FB.
Sebagaimana yang dijangkakan, para hakim (Mahkamah Rayuan) akan mengambil sedikit masa (untuk membuat keputusan terhadap tuduhan dan pembelaan kes DS Najib), tetapi kami tidak tahu berapa lama.
Saya rasa mereka akan membentangkan penghakiman bertulis.
Bagi kes yang besar sebegini, ia adalah berasas bagi para hakim membentangkan penghakiman bertulis supaya semua pihak awam boleh membaca (dan menilai) dan saya menghargai dan saya menghargai penghakiman.
Itu perkara yang pertama.
Saya agak gembira apabila para hakim memberikan kami kira-kira lima minggu keseluruhannya.
Sedangkan pada mulanya diperuntukkan tiga minggu, yang kami kira tidak mencukupi dan kami perlukan empat minggu, dan memang benar kami dapat menyiapkannya dalam masa lima minggu.
Kami rasa ia mencukupi, dan kami berterima kasih kepada para hakim kerana kesabaran mereka (memberikan masa kepada kami).
Kami mendapati para hakim amat berminat terhadap hujah-hujah daripada kedua-dua belah pihak.
Mereka (para hakim) amat berminat untuk membuat penyiasatan dan untuk menyoal dengan cara (kaedah) sokratik (socratic method) – mereka menyoal dan kami menjawab, mereka menyoal lagi dan kami menjawab.
Kami percaya ada cara yang lebih baik untuk memberikan perhatian (fokus) kepada isu kes dan kami bersedia berhadapan dengannya.
Sekarang bagi keseluruhan (serahan) hujahan yang telah kami buat, kami telah menyentuh perkara yang paling utama.
Kami amat yakin bahawa Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya membuka kes untuk pembelaan (pertahankan).
Ini adalah perkara yang amat kritikal (boleh dipersoalkan) kerana kesalahan sebagaimana yang dituduh (predicate offences) adalah amat lemah kerana kesalahan Seksyen 23 melalui undang-undang dan juga fakta (law and facts) tidak menyokong tuduhan berkenaan.
Manakala berkenaan kesalahan jenayah pecah amanah, amat menarik untuk saya katakan bahawa dalam kes ini dalam hal isu undang-undang dan isu fakta, kedua-duanya berseimbangan apabila mana-mana daripada kedua-duanya kukuh untuk mahkamah membuat keputusan menolak kes sekiranya para hakim bersetuju dengan kami (pihak pembelaan).
Lebih daripada itu dalam isu undang-undang dan fakta yang bermasalah, kami dapati, tanpa mengetepikan rasa hormat kami kepada mahkamah dan penghakiman, terdapat masalah yang serius pada kedua-duanya pada peringkat prima facie dan gangguan (human irritate) pada kes prima facie yang menjadi asas penghakiman kerana terdapat beberapa perbezaan yang membawa kecacatan serius kepada penghakiman. Terdapat banyak (kecacatan).
Jika kamu perhatikan, pada hari ini saya telah bangkitkan 20 kecacatan.
Dua puluh kecacatan itu adalah sesuatu yang dikenal pasti apabila pihak hakim (Mahkamah Tinggi) telah melakukan kesilapan yang besar pada asas penghakiman, meskipun telah dibentangkan dalam 802 muka surat.
Pada pendapat saya ia adalah sesuatu kesilapan yang besar.
Lebih daripada itu, apakah isu yang telah kami bangkitkan?
Seperti yang anda tahu, kami telah bermula dengan perkara asas yang anak guam kami sesungguhnya percaya dengan pendirian bahawa dia sebenar-benarnya telah memperolehi sumbangan derma daripada kerajaan Arab Saudi dan dia telah membuktikan kebenaran itu melalui 4 surat dan testimoni yang para saksi telah berikan ketika pertemuan dengan Raja Abdullah (Raja Arab Saudi).
Ini bukanlah sesuatu yang boleh direka atau dijadikan cerita palsu kerana ia melibatkan 3 Menteri dan seorang bekas Duta.
Malahan terdapat juga VIP lain yang turut hadir semasa mesyuarat Jan 2010 itu.
Ketika mesyuarat itu berlangsung, perbincangan peribadi telah diadakan di hadapan kehadiran ramai, bersama dengan delegasi Malaysia yang boleh berbahasa Arab.
Ketika itulah lahirnya idea bahawa DS Najib khususnya dan secara amnya Malaysia, memerlukan bantuan daripada kerajaan Saudi atas alasan, daripada pandangan saya, perkembangan yang dijangkakan berlaku di Timur Tengah seperti Arab Spring dan sebagainya.
Malaysia diluhat sebagai negara yang menolak ektremisme (moderate Islamic country).
Lantas amat penting kepada kerajaan Saudi supaya membantu Malaysia agar tidak terpengaruh dengan fahaman ekstremisme itu dan Malaysia tetap kukuh (dengan pendiriannya sebagai negara Islam yang sederhana) kerana banyak negara Islam yang telah terpengaruh dengan aliran ektremisme sedemikian.
Jadi, pendirian Malaysia itu telah menyebabkan (keprihatinan) kerajaan Arab Saudi menyumbangkan dana sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib kerana dia diminta membuka akaun peribadi untuk tujuan tersebut, dan kemudiannya dana daripada Arab Saudi dimasukkan ke dalam akaun tersebut.
Untuk membuktikan keluhuran dana tersebut, 99.9% tidak tidak gunakan untuk kepentingan peribadi beliau (DS Najib).
Sebaliknya ia digunakan untuk politik, kebajikan rakyat dan tujuan CSR (Social dan Corporate Responsibility – tanggungjawab sosial dan korporat) semuanya berkaitan dengan derma dan sumbangan, diderma kepada pertubuhan sosial, parti politik, UMNO, ADUN, ahli parlimen, dan termasuk rakyat yang memerlukan bantuan kewangan seperti masyarakat miskin di kampung, ibu tunggal yang menerima sebahagian dana tersebut.
Hanya 0.001% yang digunakannya untuk tujuan rasmi.
DS Najib juga mengaku sebagai tujuan rasmi, dia telah gunakan sebahagian kecil untuk mendapatkan vaksin leukimia kerana ia mungkin merupakan satu penyakit genetik setelah Allahyarham bapa beliau meninggal dunia kerana leukimia.
DS Najib boleh menggunakan wang kerajaan secara sah tetapi beliau tidak mahu membebankan kerajaan, sebaliknya menggunakan dana Arab Saudi tersebut.
Jadi kesimpulan yang harus diambil daripada pembelaan ini, sekiranya orang ini (DS Najib) mahu mencuri wang negara, kenapakah dia mencuri sebagaimana Robin Hood, dengan cara mencuri dan memberikan kepada orang lain yang sepatutnya dicuri untuk dirinya sendiri, tetapi dia tidak melakukan sedemikian.
Itu adalah isu dana sumbangan Arab Saudi.
Kami juga telah mematahkan hujahan pendakwa yang mencabar bahawa 4 surat berkenaan bukannya datang daripada Putera Arab Saudi.
Namun SPRM (MACC) telah pergi ke Arab Saudi yang melibatkan satu pasukan 7 pegawai termasuk peguam dan peguam persendirian yang telah menemui 3 Putera Arab Saudi di istana, dan mereka telah diberikan layanan VIP ke Mekah untuk melaksanakan Umrah dan sebagainya.
Dengan penghujahan kami yang sedemikian itu, adakah sumbangan tersebut datang daripada Arab Saudi?
Maka jawapannya, tanpa diragukan sudah pasti YA, Benar.
Dia (DS Najib) mengharapkan sumbangan Arab Saudi, dan sumbangan Arab Saudi itu telah diterima (dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau) dalam jumlah yang amat besar.
Jadi mengapakah PM mengesyaki sesuatu yang mencurigakan (melampau) kecuali dia diberikan amaran (peringatan oleh pihak urus tadbir SRC, bank dan BNM).
Bercakap tentang ‘amaran’, dia (DS Najib) telah melantik orang yang amat berkelayakan sebagai pengarah SRC.
Mereka adalah orang yang memiliki kelayakan tidak rendah daripada akauntan bertauliah, orang yang mempunyai kelulusan tinggi, berpengalaman tinggi dalam bidang korporat, ahli perniagaan daripada pelbagai bidang, pelbagai latar, Melayu, Cina, India daripada pelbagai kaum.
Kenapakah PM bertindak sedemikian?
Ia adalah kerana PM yang juga selaku Menteri Kewangan mahu memastikan bahawa salah satu daripada Perbadanan Kementerian Kewangan melaksanakan urusan dengan baik sebagaimana yang dia harapkan.
Sebab itu beliau melantik orang-orang yang amat berkelayakan.
Tapi lembaga pengarah ,(1MDB) seperti Jho Low telah mengecewakannya.
Ahli lembaga pengarah mengecewakannya kerana lembaga pengarah disalah pimpin (diselewengkan) oleh orang seperti Jho Low dan lebih penting lagi pegawai-pegawai urus tadbir SRC juga telah mengecewakannya begitu parah sekali.
Jadi itu salah satu daripada kegagalan.
Sebagaimana yang diketahui, DS Najib bergantung kepada pihak bank, tetapi pihak bank juga telah mengecewakannya kerana pegawai tinggi bank korup (perasuah).
Saya dedahkan ini, dan saya tidak peduli sekiranya pihak bank mahu menyaman saya di mahkamah, dan saya dengan lapang dada sedia menghadapi saman mereka.
Mungkin dengan itu kami mempunyai peluang terbaik untuk menegakkan dan membuktikan kebenaran dan kami mempunyai banyak bukti (data) tentang hal ini.

Sebahagian mereka adalah korup kerana mereka bekerjasama dengan Jho Low, mereka bekerjasama dengan pihak yang bukan anak guaman saya atau wakil anak guaman saya.
Sesetengah daripada bekas pegawai anak guaman saya seperti Nik Faisal (Pegawai Eksekutif SCR) sebagai contoh, telah lepas lari (ke luar negara).

Kami tidak tahu kenapa?
Adakah dia terlibat dengan suatu tindakannya yang salah?
Jadi itu adalah antara perkara lain yang menggagalkan bagi mereka yang sepatutnya melindungi PM.
Pihak bank telah gagal dan pihak bank itu membekalkan dokumen kepada Bank Negara dan Gavernor Bank Negara.
Terdapat 4 dokumen yang diberikan kepada Bank Negara.
Tiada sesiapa dalam Bank Negara yang memberi amaran bahawa wang yang masuk itu sebagai salah, sekiranya wang tersebut merupakan hasil aktiviti yang salah.
Tiada sesiapa yang mengingatkan (memberi amaran) kepada DS Najib.
Jadi bagaimanakah PM boleh melindungi dirinya sendiri sekiranya institusi ini semua gagal.
Aspek ini adalah amat penting (untuk diberikan perhatian oleh pihak hakim).
****
Tinggalkan Jawapan