KERAJAAN LEBIH UTAMAKAN KAPITALIS DARIPADA NYAWA RAKYAT- PEMUDA UMNO

Oleh Dr Rahmany Gazelle

23 Mei 2021

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, meluahkan kritikan pedasnya kepada kerajaan PN setelah MKN mengetepikan PKP penuh seluruh negara semalam.

Dipetik daripada SarawakVoice

Kerajaan terlampau mementingkan golongan kapitalis atau tauke-tauke besar lebih daripada menjaga nyawa serta keselamatan rakyat dalam konteks mengawal pandemik Covid-19.

Kritikan Asyraf diluahkan setelah melihat gelagat kerajaan yang tidak konsisten sayugia teragak-agak untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan penuh seperti yang diminta dan diharapkan oleh rakyat ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19 yang menggerunkan.

Menurut Asyraf, “Data dan Sains menunjukkan kilang-kilang milik tauke dan MNC (Multinational Corporation) adalah penyumbang terbesar kepada penularan wabak Covid-19 sehingga 50%, tetapi dibenarkan beroperasi sedangkan peniaga kecil, penjaja, pengusaha kantin, pekerja gaji harian dan lain-lain berhadapan dengan situasi ‘buka-tutup’ yang tiada penghujung.”

Dengan itu juga Pemuda UMNO mendesak agak kerajaan melaksanakan PKP penuh kerana kes peningkatannya sebagaimana yang dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan setakat hari ini 23 Mei 2021 adalah 6,976 kes dengan jumlah kematian 2,199.

Data KKM 23 Mei 2021

Tindakan drastik harus diambil oleh pihak kerajaan supaya situasi hari ini tidak menjadi lebih parah.

“Dengan peningkatan kes Covid-19 yang kian parah, rakyat lebih rela ‘total lockdown’ atau PKP sepenuhnya dilaksanakan dalam tempoh 14 hingga 21 hari berbanding dengan situasi PKP berulang kali bagaikan tiada kesudahan.”

Ketua Pemuda UMNO juga menekankan bahawa kerajaan hendaklah mengutamakan apa yang perlu diutamakan kerana nyawa rakyat lebih mustahak daripada aktiviti ekonomi.

Jika nyawa rakyat selamat, maka ekonomi akan selamat.

Nampaknya pendirian dan tindakan kerajaan kelihatan seperti lebih mementingkan golongan kapitalis, malah kini rakyat melihat terdapat kepentingan terhadap golongan ‘kayangan’ berbanding keprihatian terhadap golongan marhaen (rakyat berpendapatan rendah).

Dalam isu kilang-kilang yang terus beroperasi, adakah pihak kerajaan dapat memberi jaminan kekangan penularan pandemik Covid-19 sekiranya kilang-kilang tetap beroperasi walaupun PKP diperketatkan?

Pekerja-pekerja kilang bukan tinggal dalam persekitaran kilang yang tertutup daripada orang awam, sebaliknya mereka bebas dalam komuniti awam, membeli-belah di pasar raya sama dengan ahli masyarakat yang lain yang tidak menjamin kekangan penularan pandemik Covid-19.

Cuepacs juga berpendirian yang sama dengan Pemuda UMNO agar PKP penuh 21 hari dilaksanakan demi keselamatan dan nyawa rakyat.

Melalui Presidennya, Adnan Mat, gesaan tersebut dibuat berikutan situasi semasa yang amat membimbangkan apabila perkhidmatan kesihatan negara berdepan cabaran yang terlalu dahsyat untuk merawat mangsa Covid-19.

Nampaknya golongan kakistokrasi dan DNA PH masih tebal dalam PN yang pastinya akan diajar oleh pengundi pada PRU15 nanti.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: