KERAJAAN DAP PP MELAHAP AIR KEDAH BAGAIKAN PEROMPAK DAHAGA

Oleh Dr Rahmany Gazelle

22 Mei 2021

Pulau Pinanag (PP) pada masa ini menogok 1,100 juta liter padu air sehari daripada sumber air Sungai Muda milik kerajaan Kedah, dan jumlah tersebut jauh lebih tinggi daripada kegunaan domestik Kedah sebanyak 800 ribu liter air padu sehari.

PP dikatakan tidak membayar satu sen pun kepada kerajaan Kedah, meskipun sumber air daripada Sungai Muda milik Kedah itu datangnya daripada kawasan tadahan air Hutan Ulu Muda Kedah.

Semakan semula perjanjian bekalan air Sungai Muda Kedah kepada PP perlu dibuat berikutan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah melahap 80% sumber air Kedah mengikut kadar data semasa.

Kerajaan Kedah sudah banyak menanggung kos penyelenggaraan sumber dan saliran air, sedangkan PP menikmati faedah dan keuntungan secara percuma.

Kini kerajaan DAP PP, sebagaimana kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, bahawa PP tidak akan membayar sebagaimana yang dituntut oleh kerajaan Kedah kerana mengambil kira hak antarabangsa tentang air.

Demikianlah sikap bangsa DAP yang keras kepala sebagaimana ‘bapa saudara DAP’, iaitu PAP di Singapura yang tebal dengan sikap ‘ultra kiasu’ dan dilihat telah memperbodohkan Malaysia dengan harga air mentah RM0.03 sen per 1000 gelen yang sumbernya adalah air tadahan milik Johor.

Sebaliknya Singapura menjual semula kepada Johor air terawat dengan harga RM0.50 sen per 1000 gelen.

Tidakkah Kon Yeow sedar bahawa penyelenggaraan dan pembekalan sumber air dari Sungai Muda milik Kedah itu dikendalikan oleh kerajaan Kedah?

Tidakkah Kon Yeow malu bahawa air percuma yang mereka togok yang datangnya dari sumber air Kedah itu bukannya air lumpur tidak dirawat?

Saban tahun kerajaan Kedah terpaksa menanggung kos pemuliharaan kawasan tadahan air Ulu Muda untuk memanfaatkan pengguna yang lebih besar datangnya daripada PP.

Kini tiba-tiba Kon Yeow berdiri sombong cuba menggunakan hak antarabangsa tentang air, tanpa mahu melihat dari mana datangnya kawasan tadahan air yang masuk ke Sungai Muda itu?

Demikianlah sikap bangsa DAP yang tamak haloba, apabila dia lupa bahawa kemudahan air yang diberikan sebelum DAP berkuasa di PP adalah kepada kerajaan Gerakan yang berada bersama-sama dengan gabungan kerajaan Persekutuan.

Perjanjian yang ditandatangani pada 1985 sudah berusia 36 tahun dan dianggap lapok dengan keadaan yang sudah berubah apabila PP saban hari melahap air daripada Sungai Muda Kedah, jauh melebihi keperluan domestik Kedah.

Sebagaimana hujahan Prof Dr Redhuan Tee (HarakahDaily), tuntutan RM50 juta setahun ke atas penggunaan 1,100 juta liter padu air sehari itu amat jauh lebih rendah daripada kos pembinaan Terowong Bawah Laut PP yang penuh dengan lumpur rasuah.

Dengan itu amatlah relevan apabila perjanjian air percuma yang diperolehi PP itu disemak semula dengan mengambil kira kesesuaian, kerelevanan, kos penyelenggaraan, dan keperluan semasa.

Kerajaan PN yang turut serik dengan penyangak-penyagak DAP ketika bersama dengan PH tempoh hari, sewajarnya memberikan sokongan penuh kepada tuntutan Kedah.

Sebagaimana pengalaman Malaysia dalam isu bekalan air ke Singapura, ia menjadi naratif yang sungguh memalukan negara kerana dilihat seperti diperbodohkan oleh ultra-kiasu PAP.

Sebagaimana yang dibicarakan oleh HarakahDaily ketika kerajaan (Malaysia) mahu menaikkan harga air mentah (yang dijual kepada Singapura) daripada harga RM0.03 sen per 1000 gelen kepada harga yang lebih munasabah, Singapura langsung tidak mahu terima.

Apabila kerajaan (Malaysia) terus mendesak, ultra-kiasu Singapura menjawab bahawa penyelesaiannya adalah ‘perang’ (sila rujuk HarakahDaily) .

HarakahDaily juga menyatakan, Tun Mahathir selaku PM ketika itu telah beberapa kali membangkitkan isu harga jualan air RM0.03 sen per 1000 gelen kepada Singapura yang diterjemahkan sebagai amat tidak munasabah.

Sebaliknya Singapura menjual semula air terawat kepada kerajaan Johor yang membekalkan air mentah kepada mereka pada harga RM0.50 per 1000 gelen.

Kadar harga air yang dijual kepada Singapura dan diterjemahkan sebagai subsidi adalah sangat tidak munasabah kerana perjanjian tersebut dimaktubkan pada 1962.

Siapakah Singapura sekarang untuk menerima subsidi setelah ia keluar daripada Malaysia pada 1963?

Kadar yang rendah dan ‘penjual yang diperbodohkan’ itu amat tidak munasabah, sedangkan jualan air mentah China kepada Hong Kong adalah RM14.50 setiap 1000 gelen, China kepada Macau RM6.80 setiap 1000 gelen, China kepada Taiwan RM5.80 setiap 1000 gelen dan jualan Turki kepada Cyprus RM10.37 setiap 1000 gelen.

Demikianlah juga DNA yang ada pada bangsa DAP PP yang amat biadap dan kurang ajar.

Semasa mereka berkuasa, PDRM telah mendedahkan penglibatan pemimpin DAP PP dengan aktivis pengganas antarabangsa LTTE, malah ada tokoh pemimpin mereka yang telah dilantik sebagai Timbalan KM PP.

Sampai bilakah kerajaan Persekutuan masih mahu berlembut dengan golongan ultra-kiasu sedemikian?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: