ISRAEL GUNA AL-QURAN UNTUK JUSTIFIKASI PENGEBOMAN – SATU PENGHINAAN TERHADAP ISLAM

Oleh Dr Rahmany Gazelle

21 Mei 2021

Nauzubillah hi min zaliq, “Kami berlindung dengan Allah terhadap perkara buruk sedemikian daripada menimpa kami.”

Umat Islam yang kini berjumlah kira-kira 1.8 bilion di seluruh pelosok dunia mengutuk Kementerian Luar Israel yang kini lebih dilihat sebagai ‘negara haram’ dan ‘negara Apatheid,’ kerana menyelitkan Surah 105 Al-Fil, dengan foto pengeboman ke atas Gaza, seakan-akan mahu menghalalkan pengeboman tersebut.

Sebagaimana yang diketahui, Surah Al-Fil adalah firman Allah SWT yang menceritakan tentang serangan tentera bergajah Raja Abrahah ke atas Kaabah di Mekah tetapi dipatahkan oleh burung-burung Ababil dengan batu kerikil panas yang diturunkan oleh Allah SWT untuk melindungi Mekah.

Tragedi bersejarah itu berlaku pada zaman pra-Islam yang memaparkan moral tentang kesombongan tentera Abrahah menyerang penduduk Mekah yang lemah.

Sikap biadap Israel menggunakan surah Al-Fil diterjemahkan sebagai satu penghinaan terhadap Al-Quran Nur Karim.

Sumber: Google

Gelagat Kementerian Luar Israel itu dipetik daripada akaun Twitter Arab-Israel yang turut memperlihatkan ayat Surah 105 Al-Fil bersama-sama dengan foto pengeboman di Gaza itu.

Twitter dan foto berkenaan mendapat kecaman yang tidak putus-putus kerana ia dilihat sebagai cuba mengejek firman Allah serta mencabar tauhid 1.8 bilion umat Islam seluruh dunia.

Akaun Twitter tersebut dimiliki oleh pegawai Kementerian Luar Israel, malahan sebelum ini Jurucakap Kementerian Pertahanan Israel, Avichay Adraee sering menggunakan petikan ayat-ayat suci Al-Quran Nur Karim dalam setiap ciapan melalui Twitternya.

Sumber: Google

Tentera regim Zionis Israel telah melancarkan serangan di Tebing Gaza sejak 10 Mei lalu dan membunuh sekurang-kurangnya 212 rakyat Palestin termasuk 61 kanak-kanak dan 35 wanita serta mencederaparahkan 1400 yang lain, sebagaimana dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin setakat 19 Mei.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: