POLA POPULARITI MUHYIDDIN JATUH MERUDUM

Oleh Dr Mamat Desa

20 Mei 2021

Meskipun populariti tidak mempunyai korelasi langsung dalam statistik kepada PRU, namun ia amat penting untuk menggambarkan gelagat politik semasa terhadap seseorang tokoh politik serta parti yang mendukungnya.

Pada 23 April lalu, Merdeka Centre mendapati bahawa populariti TS Muhyiddin Yassin kekal stabil pada tahap 67%, namun semalam sebuah penyelidik bebas 02 Research Malaysia mendapati bahawa populariti TS Muhyiddin jatuh daripada 66% (suku kedua 2020) kepada 53% (suku keempat 2020) dan terkini 51% (suku kedua 2021), meskipun beliau masih signifikan berbanding dengan pemimpin politik yang lain.

Sumber: MH Daily

Pola penurunan ini dijangka terus menurun setelah pelbagai isu yang lebih banyak menonjolkan persepsi kelemahan urus tadbir kerajaan PN yang diterajui oleh Bersatu pimpinan Muhyiddin.

Ketika populariti Muhyiddin berada pada tahap 66-67%, beliau dicabar agar membubarkan parlimen, kerana itulah ketikanya yang amat baik untuk mendapatkan sokongan pengundi.

Malangnya dengan asakan pandemik Covid-19, bukan sahaja parlimen tidak dibubarkan, malahan Muhyiddin lebih cenderung menyelamatkan nyawa rakyat dengan proklamasi Darurat sebagaimana diperkenankan oleh DYMM Agong. Hakikat ini menjadi merit kepada Muhyiddin.

Populariti Muhyiddin juga terganggu dengan isu proklamasi Darurat yang diburuksangkakan untuk menyelamatkan partinya, dana KWAN, SOP PKP yang dikatakan tidak konsisten, wujudnya kluster Covid kayangan dan marhaen, pembelian vaksin yang lembab, sekatan PKP pada dua kali Hari Raya ( Ramadan 2020 dan 2021) serta tuduhan-tuduhan lain terhadap menteri di bawah kerajaan PN.

Data kuantitatif 51% yang diperoleh daripada data kajian 02 Research Malaysia dicatatkan sebagai tertinggi berbanding dengan tokoh pemimpin yang lain.

Presiden PAS, DS Hadi Awang berada di tempat kedua dengan dapatan 34%, SUA DAP, Lim Guan Eng 30%, Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim 26%, Presiden Amanah, Mohamad Sabu 22%, manakala DS Ahmad Zahid Hamidi hanya memperoleh 11%.

Dapatan 02 Research Malaysia ini amat menarik untuk dijadikan satu kayu ukur terhadap pola sokongan pengundi pada PRU yang akan datang.

Semoga parti-parti yang berkenaan, merenung dan cermin diri, atau mungkin menolak dapatan sedemikian untuk mengelak tindakan ‘complacency and overconfidence’ (selesa dan terlalu yakin) ketika PRU nanti.

PRK Cameron Highlands, Slim, Semenyeh, Tanjung Piai, Kimanis, Chini, dan Rantau telah membuktikan bahawa kajian populariti adalah tidak berkorelasi dengan pola dan sikap pengundi.

DS Najib Razak yang ditonjolkan oleh media sebagai ‘Perompak’, ‘Penyangak’, dan bermacam-macam lagi persepsi genjot, tetap menjadi pilihan rakyat marhaen dan menjadi tokoh kesayangan di mana-mana sahaja beliau berada.

Anehnya angka-angka statistik tidak membenarkan hakikat itu.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: