ISRAEL ANCAM SERANG MALAYSIA

Oleh Dr Mamat Desa

17 Mei 2021

Sebagaimana yang telah didedahkan oleh Netanyahu dalam sidang parlimen Israel, negara musuh Palestin itu telah memasang perisik di negara-negara Teluk termasuk media propagandanya untuk mengindoktrinasikan pemikiran rakyat supaya menentang pemimpin Islam mereka.

Terkini (17 May 2021) portal WarNews 24/7 melaporkan, “Pemimpin Israel telah mengarahkan badan perisiknya (Shin Bet, Mossad) untuk membunuh pegawai tinggi Hamas baik di dalam mahupun di luar negara.

Dipetik daripada WARNEWS 24/7

“Menurut maklumat yang disiarkan oleh TV Israel, badan perisik Israel akan menyerang negara seperti Iran, Turkey, Qatar, Malaysia – negara yang menjadi negara menempatkan, membiayai dan melatih aktivis Hamas.

“Malahan, operasi tentera Israel telahpun bermula 24 jam yang lalu apabila dua bangunan Turki telah dibom, sebuah milik pertubuhan Yardmeli dan sebuah lagi milik pertubuhan TIKA yang beroperasi sebagai pusat MIT (Pertubuhan Perisikan Kebangsaan Turki atau ‘Milli Istihbarat Teskilati’).” 

Bangunan Al-Jalaa yang menempatkan media Al-Jazeera di Gaza telahpun runtuh dibedil oleh roket Israel, meskipun tiada kematian dilaporkan.

Selari dengan laporan WARNEWS 24/7, tentera Israel juga telah mengebom bangunan 13 tingkat di Qatar yang menempatkan stesen Al-Jazeera.

Menteri Dalam Negeri, DS Hamzah Zainudin telah mengesahkan ancaman Israel itu dan kementeriannya memandang serius serta mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung aspirasi perjuangan rakyat Palestin di Malaysia.

Ekoran ancaman Israel itu PDRM bersama agensi keselamatan lain sedang meningkatkan kawalan dari semua aspek yang meliputi keselamatan rakyat Palestin di negara ini.

KDN akan sentiasa peka terhadap ancaman Israel itu kerana tragedi pembunuhan jurutera elektrik Palestin di Kuala Lumpur pada 2018 oleh Mossad, membuktikan bahawa ancaman tersebut adalah serius.

Menurut portal BeritaBenar, rakyat Palestin, Fadi Al-Batsh, jurutera elektrik, juga ahli Hamas, telah ditembak mati oleh dua orang pembunuh upahan Mossad yang menunggang motosikal, ketika mangsa sedang berjalan ke surau untuk menunaikan solat Subuh.

Dipetik daripada BeritaBenar

Walau bagaimanapun DS Hamzah mahu rakyat bertenang dan yakin bahawa keselamatan negara adalah terkawal.

Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin juga telah dihubungi oleh pegawai kanan Hamas, Ismail Haniyeh untuk berkongsi tentang situasi terkini konflik Israel-Palestin.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: